Help Us Improve
18 Min Bacaan

Terdapat pelbagai program dan perkhidmatan yang tersedia dalam masyarakat, hasil daripada Rangkaian Kesihatan Mental Bersepadu. Rangkaian ini menyatukan para penyedia penjagaan kesihatan, sosial dan masyarakat yang menyediakan khidmat kepada pelbagai klien, termasuk orang yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka.   
 
Jika anda baru memulakan perjalanan anda dengan demensia dan tidak tahu di mana untuk bermula, artikel ini adalah untuk anda. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang pelbagai program dan perkhidmatan yang tersedia, bagaimana ia dapat membantu anda, serta keperluan yang mungkin anda harus ketahui sebelum memohon.

KHIDMAT PENJAGAAN & SOKONGAN

Khidmat Penjagaan & Sokongan melibatkan penyediaan sokongan praktikal (iaitu, sokongan untuk kegiatan harian, menghubungkan klien dengan khidmat penjagaan berkaitan), emosi dan kewangan untuk orang yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka. Perkhidmatan ini boleh diberikan di rumah, pusat jagaan siang hari, atau rumah rawatan untuk klien yang memerlukan penjagaan dan sokongan yang tidak dapat disediakan di rumah. 

KEGIATAN/PROGRAM SOSIAL

Kegiatan dan program sosial mewujudkan peluang untuk berinteraksi dengan orang lain dalam masyarakat, dan ini terutamanya penting bagi mereka yang hidup dengan demensia yang lama kelamaan mungkin menjadi lebih menyendiri apabila mereka kurang bersosial atau berkomunikasi. Kegiatan dan program ini bertujuan untuk memperlahankan perkembangan demensia, menyediakan jadual yang berstruktur dan meningkatkan mood orang yang hidup dengan demensia. 

PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN

Perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan untuk orang yang hidup dengan demensia boleh merangkumi penilaian perubatan, penjagaan pemulihan, preskripsi ubat-ubat untuk membantu dalam tingkah laku, daya ingatan dan mood, serta penilaian pemakanan. Perkhidmatan ini boleh diberikan dalam pelbagai persekitaran, termasuk di rumah penerima penjagaan, pusat-pusat, hospital atau rumah rawatan. 

SUMBER TAMBAHAN

Senarai Direktori Sokongan dan Perkhidmatan Demensia

Sumber ini memberikan senarai yang komprehensif dan terperinci tentang pelbagai program dan perkhidmatan dalam masyarakat, yang terbahagi kepada 4 kawasan utama di Singapura agar mudah untuk mencari penyedia perkhidmatan berhampiran anda. 

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Baca Seterusnya

  1. Retrieved on 23 November 2023 from https://supportgowhere.life.gov.sg/.
  2. Introduction to Community Care Services. Retrieved on 23 November 2023 from https://www.aic.sg/care-services 

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content