Bantu kami memperbaiki
7 Min Bacaan

Demensia adalah keadaan progresif, di mana mereka yang hidup dengan demensia sederhana atau lanjut akan memerlukan sokongan dalam menjalankan kegiatan kehidupan harian (ADL) seperti mandi, berpakaian, dandanan, menggunakan tandas, berjalan dan makan.   

Bagi kebanyakan orang, mandi adalah kegiatan yang agak peribadi dan intim. Begitu juga untuk orang yang hidup dengan demensia. Oleh itu, boleh difahami jika mereka mungkin berasa tidak selesa menerima bantuan dan mungkin sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Perasaan tidak menentu ini juga dirasai oleh penjaga, yang sering menghadapi masalah meyakinkan orang tersayang mereka untuk mandi, atau menjadikan proses itu tenang dan selesa untuk semua orang yang terlibat.  

Namun, adalah penting untuk penjaga seperti diri anda melakukan kegiatan ini dengan pemahaman dan belas kasihan kerana ini akan membawa ke arah mengurangkan perasaan cemas dan kecewa, dengan meningkatkan mutu kehidupan untuk anda dan orang tersayang anda yang hidup dengan demensia.  

Bagaimanakah Demensia Menjejas Mandi?

Demensia menjejas setiap individu secara berbeza. Ini termasuk pengalaman mereka dengan simptom, kadar perkembangan demensia serta jenis dan tahap sokongan yang diperlukan.   

Ketahui bagaimana simptom mempengaruhi orang yang hidup dengan demensia dan berkembangnya keadaan secara beransur-ansur sepanjang peringkat ringan, sederhana, dan lanjutan di sini. 

Dalam konteks kebersihan diri, orang yang hidup dengan demensia sederhana (dan dalam beberapa kes, ringan) mungkin merasakan cabarannya untuk menjalankan urutan kegiatan dalam susunan yang betul, seperti langkah-langkah yang diperlukan untuk mandi. Mereka juga mungkin mengalami kesukaran dengan persepsi, mengenali dan memahami objek di sekeliling mereka, yang boleh membuat kegiatan mandi sesuatu yang merisaukan. Sebaliknya, orang yang hidup dengan demensia lanjutan mungkin bergantung sepenuhnya kepada penjaga mereka untuk melakukan ADL mereka.  

Tip untuk Memperbaiki Pengalaman Semasa Mandi: 

1. Orang tersayang saya enggan mandi apabila saya beritahu mereka. Apa yang patut saya buat?

Pada saat-saat seperti ini, adalah penting untuk memahami mengapa orang tersayang anda tidak mahu mandi. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:  

  • Adakah orang tersayang saya fikir mereka telah mandi? 
  • Adakah orang tersayang saya berasa cemas atau malu untuk mandi dengan orang lain di sekelilingnya?
  • Adakah terdapat sebarang masalah fizikal yang boleh menyukarkan mandi atau menyakitkan bagi mereka?  
  • Adakah mereka berasa tidak selesa menggunakan pancuran mandian di bilik mandi?  
  • Adakah mereka lebih suka mandi sedikit kemudian? Sebelum mereka didiagnosis mengalami demensia, bilakah waktunya mereka lebih suka mandi?  
  • Adakah orang tersayang saya berasa tidak selamat mandi di bilik mandi? Adakah terdapat insiden jatuh atau hampir jatuh di bilik mandi sebelum ini?  

Adalah penting untuk mengambil kira keutamaan orang tersayang anda untuk cara mandi, produk, waktu mandi, dll.  

Ia juga bermanfaat untuk memastikan bahawa kegiatan mandi dilakukan pada masa yang sama setiap hari, supaya ia menjadi sebahagian daripada aliran biasa hari mereka. Jangkaan ini akan mengurangkan tekanan dan kebimbangan mereka yang mungkin membuat mereka lebih bersedia untuk mandi.  

Di samping itu, anda boleh menggalakkan orang tersayang anda untuk mandi dengan memberi mereka alasan. Sebagai contoh, anda mungkin beritahu bahawa anda mungkin mengharapkan pelawa atau telah membuat rancangan untuk keluar pada waktu siang, atau beritahu bahawa mereka boleh minum secawan teh hangat dan melakukan sesuatu yang menyeronokkan selepas mandi. Ingatlah untuk memastikan perbualan positif secara amnya  dan elak membincangkan atau berdebat tentang mandi.

2. Orang tersayang saya sering tertekan dan gelisah apabila mereka perlu mandi. Apa yang boleh saya lakukan untuk membuat mereka berasa lebih santai?

Sebelum mandi, adalah penting untuk memastikan persekitaran sekeliling orang tersayang anda santai dan sesuai untuk aktiviti tersebut.

  • Pastikan bilik mandi atau tempat di mana ia akan berlaku diterangi dengan betul.     
  • Aturkan keperluan mandi atau mandian.  Anda boleh mempertimbangkan untuk melabelkan  barang mandian untuk memudahkan orang tersayang anda mengenalinya.  
  • Pastikan bilik mandi tidak berserak supaya orang tersayang anda mempunyai ruang yang cukup untuk mencari apa yang mereka perlukan.  
  • Jika orang tersayang anda mendapati kegiatan fizikal lebih sukar, anda mungkin ingin menyediakan kerusi mandi supaya mereka mempunyai pengalaman yang kurang memenatkan semasa mandi. Sekiranya tiada kerusi mandi, anda boleh menggunakan kerusi plastik dengan penyandar dan menyandarkannya ke dinding supaya kerusi itu stabil. Anda juga boleh memasang pemegang sokongan yang boleh dipegang oleh orang tersayang anda atau meletakkan alas lantai yang tidak licin untuk keselamatan tambahan.     
  • Sesetengah orang yang hidup dengan demensia mungkin berasa terganggu, keliru atau gelisah apabila mereka melihat diri mereka di cermin. Adalah dinasihatkan untuk menutup cermin di bilik mandi dengan tuala untuk mengurangkan perasaan tidak selesa dan tidak senang pada orang yang anda sayangi.  
  • Uji suhu air untuk memastikan ia tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Anda juga boleh menggunakan pancuran mandian pegang tangan dengan semburan yang lebih lembut atau gayung supaya ia lebih selesa pada kulit.     
  • Mainkan muzik santai semasa kegiatan tersebut untuk mewujudkan rasa tenang. 
  • Berkomunikasi dengan jelas, lembut, dan menggalakkan orang tersayang anda sambil membantu mereka dalam proses mandi. 

Bersama dengan peningkatan persekitaran fizikal, adalah penting bagi penjaga untuk menyesuaikan interaksi dengan orang yang disayangi mengikut keperluan khusus mereka untuk memanfaatkan setiap perbualan. Ketahui cara terbaik untuk berkomunikasi dengan orang tersayang anda di sini.  

Selain itu, jangan lakukan kegiatan dengan tergesa-gesa. Luangkan masa yang cukup untuk mandi supaya orang tersayang anda tidak berasa tergesa-gesa. Mereka mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk memproses maklumat, yang mempengaruhi keupayaan mereka untuk membuat keputusan tertentu. Anda mungkin ingin mengingatkan orang tersayang anda tentang langkah-langkah yang perlu diambil dan menyokong mereka dalam mengenal pasti cara mandi yang betul. Ia mungkin mengambil lebih sedikit masa, tetapi orang tersayang anda akan merasakan bahawa mereka mempunyai kawalan ke atas situasi yang sedang berlaku dan ini akan mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan tahap keyakinan diri mereka

Sekiranya kegiatan mandi membuat orang tersayang anda berasa terlalu risau, ingatlah bahawa ada cara lain untuk mengekalkan kebersihan diri mereka. Sebagai contoh, anda boleh mengelap mereka dengan span atau tuala mandi semasa mereka duduk atau berbaring di atas katil. Tisu pengelap badan juga merupakan alternatif yang baik.  

3. Orang tersayang saya berasa malu apabila saya membantu mereka mandi di bilik mandi. Apa yang boleh saya lakukan untuk melindungi kesopanan mereka semasa proses itu?

Adalah penting untuk menghormati privasi mereka sejauh yang anda boleh, terutamanya semasa aktiviti yang agak peribadi dan intim seperti mandi. Anda boleh berbuat demikian dengan: 

  • Memastikan tiada orang lain yang akan masuk semasa mereka bersihkan diri atau berpakaian  
  • Menutup bidai, tingkap atau tirai mandi untuk privasi  
  • Mendedahkan hanya bahagian badan mereka yang anda/mereka sedang bersihkan. Tuala sangat berguna untuk ini. Anda juga mungkin ingin memulakan dengan anggota badan seperti tangan dan kaki mereka untuk perlahan-lahan membiasakan orang tersayang anda ke dalam proses mandi. 

Dalam episod ini, Cik Low Mui Lang, Pengarah Eksekutif Rumah Rawatan Peacehaven dan Pusat Jagaan Siang Hari Peacehaven, menjawab soalan yang berkaitan dengan menguruskan kegiatan harian bagi orang yang hidup dengan demensia, seperti cara menghormati privasi orang yang disayangi semasa proses mandi.

Orang tersayang anda juga mungkin lebih suka seseorang dalam keluarga (atau sebaliknya) yang sama jantina dengan mereka. Mereka juga mungkin lebih suka orang tertentu untuk membantu mereka di bilik mandi berbanding yang lain.   

Sekiranya seseorang yang baharu (iaitu pembantu rumah, pengamal penjagaan, ahli keluarga yang tidak begitu dekat dengan orang tersayang anda) ditugaskan untuk membantu mereka di bilik mandi, keutamaan adalah untuk membina hubungan dan membiasakan diri dengan orang yang baru ditugaskan. Ingatlah untuk meluangkan sedikit masa kepada orang yang anda sayangi menjadi lebih selesa dengan dibantu oleh orang baharu itu. 

Adalah penting untuk anda memperkasakan orang tersayang anda untuk membuat keputusan ini dan mempertimbangkan pilihan mereka supaya mereka berasa selesa semasa aktiviti tersebut. 

4. Saya baharu dalam hal ini. Bagaimanakah saya boleh mula membantu orang tersayang saya mandi? 

Kegiatan Kehidupan Harian – Panduan Sumber untuk Penjaga
Sumber: Agensi Penjagaan Bersepadu

Sumber oleh AIC ini adalah panduan langkah demi langkah tentang cara menyokong orang tersayang anda dengan keperluan kebersihan diri mereka. Ini mungkin termasuk mandi, bersyampu, penjagaan mulut, bercukur, penjagaan kaki dan pelbagai cara lain untuk membersihkan diri. 

Sumber ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

5. Saya rasa saya memerlukan sokongan tambahan. Siapa yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan bantuan tentang aktiviti harian yang di perlukan oleh orang tersayang saya?

Adalah sangat wajar untuk mendapatkan bantuan, terutamanya jika anda baharu dalam hal ini dan berasa tidak pasti. Perkhidmatan Penjagaan Peribadi di Rumah disediakan oleh pengamal penjagaan yang terlatih untuk membantu pelanggan dan penjaga mereka dengan Aktiviti Harian (ADL), ubat-ubatan, kegiatan merangsang minda, menjaga orang tua dan tugas penjagaan lain. 

Sebelum bermulanya perkhidmatan Penjagaan di Rumah, seorang jururawat berdafter, ahli terapi atau doktor akan menilai kemahiran kognitif dan fungsi orang tersayang anda sebelum membuat merangka pelan penjagaan yang paling sesuai untuk mereka. 

Perkhidmatan Penjagaan di Rumah
Nama
Alamat
Telefon
Active Global Home & Community Care
51 Goldhill Plaza, #12-11
Singapore 308900
6536 0086
Bethesda Care & Counselling Services Centre
300 Bedok North Ave 3
Singapore 469717
6445 1500
Comfort Keepers (Toa Payoh / Bishan)
627 Aljunied Road
#07-03 Pacific Building
Singapore 389837
6282 0577
Comfort Keepers (Bedok)
1301 Bedok North Ave 4
#04-02 Goldbell Centre
Singapore 489945
6446 7361
Comfort Keepers (Bukit Merah)
221 Henderson Road
#07-18 Henderson Building
Singapore 159557
6336 3376
Dorcas Home Care Service
Blk 105 Jalan Bukit Merah
#01-1912
Singapore 160105
6377 5183
Generation Home Care Pte Ltd
1 Kim Seng Promenade
#15-12 Great World City West Tower
Singapore 237994
6402 6407
Handicaps Welfare Association (Whampoa)
15 Whampoa Drive
Singapore 327725
6254 3006
Loving Heart Multi-Service Centre
210 Jurong East Street 21
#01-389
Singapore 600210
6897 4766
Moral Home Help Service (East)
2 Chai Chee Lane
Singapore 469030
6441 6280
Moral Home Help Service (West)
301 Henderson Road
Singapore 108931
6273 2239
NTUC Health (Home Care)
6715 6715
Sunlove (Home Help Service)
70 Buangkok View
Singapore 534190
6386 9312
SWAMI Home
5 Sembawang Walk
Singapore 757717
6257 6117
Tembusu Rehab Centre – Sathya Sai Social Service
715 Jurong West Street 71
#01-47
Singapore 640715
6790 7226
Thong Teck Home for Senior Citizens
91 Geylang East Ave 2
Singapore 389759
6846 0069
Touch Home Care
Blk 173 Toa Payoh Lorong 1
#01-1264
Singapore 310173
6258 6797

Untuk perkhidmatan lain yang berdekatan dengan rumah anda, rujuk E-locator Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC). 

Anda juga mungkin ingin mendaftar dalam kursus atau program latihan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang cara menyokong orang tersayang anda dalam kegiatan harian mereka. Rujuk kepada E-Kalender Kursus Latihan Penjagaan AIC untuk melihat kursus latihan penjagaan diri yang disediakan perihal penjagaan diri di rumah. 

Sumber Tambahan

Penjagaan untuk Warga Emas – Panduan Praktikal 


Sumber: Persatuan Kebajikan Penjagaan

Buku panduan ini direka untuk memberikan perspektif yang lebih mendalam mengenai isu-isu yang biasa dihadapi oleh penjaga. Ia menampilkan: 

  • Pelbagai pendekatan praktikal untuk cabaran yang dihadapi oleh penjaga dalam  perjalanan penjagaan mereka 
  • Panduan langkah demi langkah tentang bagaimana penjaga dapat menyokong orang yang mereka sayangi dengan kegiatan kehidupan harian, merancang masa depan, dan terlibat dalam penjagaan diri 


Sumber ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

Tanya Pakar: Episod 3 – Hidup Dengan Demensia (Komunikasi)


Sumber: Agensi Penjagaan Bersepadu

Bagaimanakah perubahan yang disebabkan oleh demensia menjejas komunikasi? Apakah beberapa perkataan yang perlu dielakkan? Adakah kelajuan percakapan, kata-kata yang anda gunakan dan bahasa badan penting apabila bercakap dengan seseorang yang hidup dengan demensia? 

Dalam episod ini, Cik Michelle Ong dan Encik Anjang Rosli menjawab soalan berkaitan berkomunikasi dengan orang yang hidup dengan demensia. 

Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content