Help Us Improve
3 Min Bacaan

Penjagaan demensia berpusatkan individu bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan diri orang yang hidup dengan demensia dengan memenuhi keperluan psikologi mereka, yang dapat mengekalkan keperibadian mereka. 

Pengenalan kepada Penjagaan Berpusatkan Individu

Sumber: Agensi Penjagaan Bersepadu 

Video ini menerangkan lima keperluan psikologi yang bertujuan untuk dipenuhi oleh penjagaan berpusatkan individu dan menunjukkan beberapa senario bagaimana penjagaan berpusatkan individu boleh diaplikasikan. 

Apakah itu PCC?  

Penjagaan berpusatkan individu (PCC) adalah cara berfikir tentang seseorang yang hidup dengan demensia dan bagaimana untuk menyokong mereka meningkatkan mutu hidup mereka. 

Apabila menjaga seseorang yang hidup dengan demensia, kadang-kala sukar untuk memahami mengapa seseorang berkelakuan seperti itu, atau membuat keputusan berkaitan dengan kegiatan yang patut mereka sertai. 

PCC memberi tumpuan kepada: 

  • Melihat setiap orang yang hidup dengan demensia sebagai seorang individu yang 
    • Berharga  
    • Mempunyai sejarah, rutin, pilihan peribadi dan keperluan yang unik  
    • Mengalami dunia dengan cara mereka sendiri  
    • Melihat hubungan sosial yang dimiliki oleh individu tersebut sebagai penting bagi kesejahteraan diri mereka  
  • Meningkatkan dan menjaga tahap kesejahteraan diri individu tersebut dengan bersikap prihatin akan perkara-perkara ini. 

Ini berbeza dengan model penjagaan perubatan, yang: 

  • Melihat orang yang hidup dengan demensia hanya sebagai pesakit perubatan yang memerlukan rawatan daripada profesional kesihatan;  
  • Menumpukan perhatian kepada menjaga individu tersebut agar bersih dan selamat daripada kecederaan dan bahaya;  
  • Tidak mengambil kira sejarah, rutin dan pilihan peribadi yang unik;   
  • Mengabaikan keperluan psikologi individu tersebut.   

Apakah matlamat PCC?  

Untuk mengekalkan keperibadian seseorang itu meskipun menghadapi keupayaan mental yang merosot. 

Bagaimanakah matlamat ini dapat dicapai?  

Dengan memenuhi 5 keperluan psikologi yang dialami oleh setiap individu. 

‘Bunga Keperluan Psikologi’ oleh Tom Kitwood menunjukkan keperluan yang dimiliki oleh setiap individu, termasuk orang yang hidup dengan demensia. Keperluan ini adalah: Keselesaan, Ikatan rapat, Inclusi, Pekerjaan, Identiti dan Cinta. 

Semasa menjaga orang yang hidup dengan demensia, kita boleh berusaha untuk memenuhi keperluan ini. 

blank

Apakah yang berlaku apabila keperluan ini dipenuhi?

  • Individu tersebut merasa disayangi 
  • Individu tersebut merasa keseluruhan harga dirinya meningkat. 
  • Individu tersebut akan lebih cenderung untuk merasa bahawa dia mempunyai kawalan dan kuasa terhadap diri sendiri.  
  • Akan ada peningkatan dalam kesejahteraan fizikal dan psikologi individu tersebut.   

10 Prinsip Utama PCC menurut Tom Kitwood  

  1. Menerima keunikan setiap individu tanpa menghakimi.  
  2. Menghormati pengalaman dan pembelajaran masa lalu setiap individu.  
  3. Mengakui bahawa setiap individu mempunyai keperluan emosi, sosial, fizikal dan spiritual 
  4. Untuk kekal berkomunikasi yang memerlukan fleksibiliti, pemikiran lateral dan menerima sudut pandangan orang lain.  
  5. Mengukuhkan jalinan hubungan bermaksud memastikan orang berasa dialu-alukan dan diterima.  
  6. Mewujudkan perasaan bermasyarakat memberi kita rasa kekitaan, di mana kita diterima dan apa yang diharapkan daripada kita. 
  7. Memaksimumkan kebebasan untuk individu menyumbang kepada penjagaan mereka dan menghapuskan kawalan yang tidak perlu. 
  8. Membenarkan diri kita untuk menerima daripada orang lain dan menghargai apa yang mereka berikan (maksudnya, membenarkan orang hidup dengan demensia untuk menyumbang dalam beberapa cara kepada persekitaran penjagaan mereka, setakat yang mereka mampu).  
  9. Membina dan mengekalkan persekitaran kepercayaan – melindungi daripada dibuli, eksploitasi dan penyalahgunaan kuasa yang lain.  
  10. Menumpukan kepada perkara yang positif – pada kebolehan individu dan apa yang mereka boleh lakukan.  
blank

Penjagaan Berpusatkan Individu dalam Demensia oleh Alzheimer’s WA

Ketahui cara untuk menerapkan pendekatan penjagaan berpusatkan individu dalam kehidupan seharian bagi orang yang hidup dengan demensia.

blank

Melalui kursus dalam talian ini, anda akan belajar tentang dementia dan memahami impaknya terhadap individu serta penjaga, serta bagaimana mengamalkan pendekatan penjagaan dementia yang berpusatkan individu boleh meningkatkan kesejahteraan mereka dengan memenuhi keperluan psikologi mereka.

Anda boleh mengakses kursus ini dengan mudah dari mana-mana peranti, termasuk telefon mudah alih dan tablet, membolehkan anda belajar pada kadar anda sendiri, bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kursus ini tersedia dalam bahasa Inggeris. Daftar untuk kursus “Understanding the Psychological Needs of Persons Living with Dementia” di sini.

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

1. Kitwood, T. M. (1997). Dementia Reconsidered: The Person Comes First. Open University Press.

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content