Help Us Improve
9 Min Bacaan

Artikel ini menyenaraikan beberapa contoh kawasan kejiranan di Singapura, di mana penyesuaian telah dibuat untuk menangani keperluan orang-orang yang terkesan oleh demensia. Contoh-contoh ini menampilkan penyesuaian aspek-aspek persekitaran yang berbeza, termasuk persekitaran fizikal dan sosial, untuk membantu pencarian jalan dan menyokong kesejahteraan diri orang yang hidup dengan demensia.

Di samping itu, panduan daripada Pusat Lee Kuan Yew untuk Bandar-bandar Inovatif daripada Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura ini menyediakan garis panduan dan saranan bagi rakan kerjasama masyarakat untuk membina Masyarakat Mesra Demensia (DFC) di seluruh Singapura. 

Kebun Baru

Untuk mewujudkan Masyarakat Mesra Demensia yang inklusif (iDFC) di Kebun Baru (KB), sekumpulan pelajar dari Pusat Kepimpinan Masyarakat Chua Thian Poh NUS bekerjasama dengan Demensia Singapura (dahulunya dikenali sebagai Persatuan Penyakit Alzheimer) untuk menjalankan kajian ke atas masyarakat bagi: 

• Memahami pengetahuan dan sikap penduduk KB terhadap demensia;
• Mengetahui apakah makna DFC kepada mereka; dan
• Teroka apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan KB mesra demensia.

Dari akhir 2019 hingga Mac 2020, sebuah projek kerjasama antara Demensia Singapura, pemimpin akar umbi, dan rakan komuniti telah dijalankan di kawasan komuniti Kebun Baru, Ang Mo Kio. Salah satu inisiatif dalam projek ini ialah Projek Find Your Way, yang bertujuan untuk memudahkan orang yang hidup dengan demensia di kawasan ini untuk mencari jalan, iaitu menavigasi persekitaran fizikal. 

Perbincangan telah diadakan bersama dua orang yang hidup dengan demensia pada usia muda, para peserta daripada program Suara untuk Harapan (Voices for Hope) Demensia Singapura untuk orang yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka, serta Encik Henry Kwek (Anggota Parlimen dan Penasihat bagi Kawasan Undi Kebun Baru). Berikutan itu, mural barangan retro yang dikenali ramai dilukis pada dinding-dinding di lokasi strategik di kolong blok HDB yang berada di dalam dua Jawatankuasa Penduduk. Mural ini boleh berfungsi sebagai mercu tanda yang membezakan antara bangunan dan koridor, menjadikannya lebih mudah bagi orang yang hidup dengan demensia untuk mengorientasi diri mereka semasa melalui kawasan ini.

Sumber mengenai Kebun Baru: Demensia Singapura1

Woodlands

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Singapura Mesra Demensia yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan dan disokong oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) serta rakan kerjasama masyarakat, sebuah inisiatif DFC telah dilancarkan di Estet Woodlands pada November 2019.

Ciri utama inisiatif DFC Woodlands ialah Pasukan Mobilisasi Rakan Demensia. Pasukan ini melibatkan diri dalam mendidik dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan muda, penduduk, peniaga, pelajar, dan penjaja, mengenai apa itu demensia, bagaimana untuk berkawan dan berinteraksi dengan orang yang hidup dengan demensia, d serta langkah-langkah yang perlu diambil jika mereka bertemu dengan seseorang yang hidup dengan demensia.

Satu lagi ciri inisiatif DFC ialah adanya 15 Go-To Point di Woodlands, yang merupakan lokasi di mana anda boleh membawa orang yang hidup dengan demensia yang tersesat ke tempat ini. Di Go-To Point, kakitangan terlatih boleh memberikan nasihat, menenangkan orang yang hidup dengan demensia, dan membantu mengenal pasti dan menghubungi waris mereka. Di samping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai demensia dan lokasi-lokasi tersebut. Pada masa ini, kedai kedai, pusat perubatan dan penjagaan sosial, serta balai rakyat tergolong di dalam lokasi lokasi tersebut.

Sumber mengenai Woodlands DFC: The Straits Times2 dan TODAYonline3

Yishun

Yishun, seperti Woodlands, juga merupakan sebuah kawasan kejiranan di Singapura yang telah diikitiraf sebagai DFC. Pemerintah, peniaga swasta, pertubuhan masyarakat, serta rakan penjagaan kesihatan dan sosial telah terlibat di dalam menjadikan masyarakat Yishun lebih inklusif untuk orang yang hidup dengan demensia.

Seperti DFC yang lain, Yishun mempunyai Go-To Point demensia. Salah satu Go-To Point di Rumah Penjagaan Sree Narayana Mission adalah Go-To Point 24/7, memastikan sokongan sepanjang masa bagi orang yang hidup dengan demensia di Yishun.4

Kempen kolaboratif Forget Us Not yang kini dilaksanakan di seluruh negara, melibatkan Lien Foundation, Khoo Teck Puat Hospital (KTPH) dan Dementia Singapore. Kempen ini bermula pada 2016 sebagai inisiatif dari akar umbi di KTPH. Sejak itu, kempen ini telah menjalankan sesi pendidikan dan latihan untuk kakitangan di seluruh negara, termasuk di kawasan Yishun, tempat KTPH berada. Antara inisiatif lain yang dilaksanakan oleh kempen ini, kakitangan di pusat panggilan KTPH dan Hospital Komuniti Yishun telah menjalani latihan demensia. Latihan ini juga melibatkan kakitangan yang sering berhadapan dengan orang ramai, seperti pegawai keselamatan dan mereka yang bertugas di kawasan awam hospital.5,6

Kawasan kejiranan ini juga menampilkan blok-blok yang dicat semula dengan warna yang terang dan nombor blok untuk membantu orang yang hidup dengan demensia membezakan antara satu sama lain, memudahkan lagi untuk mereka menavigasi kawasan tersebut. Mural mural ikan, pokok dan nanas yang mengingatkan kepada sejarah Yishun juga dihasilkan untuk membangkitkan identiti kawasan ini di kalangan penduduk. 

Hab Pengangkutan Bersepadu Yishun, yang dibuka pada tahun 2019, adalah contoh bagaimana infrastruktur boleh direka bentuk dengan mengambil kira keperluan orang yang hidup dengan demensia. Ia menampilkan persekitaran fizikal yang inklusif warga tua dan demensia, dengan tanda arah yang lebih besar dan mudah dibaca, tempat menaiki dan turun bas tanpa halangan, dan ruang yang senyap untuk penumpang memperolehi persekitaran yang menenangkan.7

Satu lagi kumpulan yang terlibat dalam usaha untuk menjaga dan memperhatikan orang yang hidup dengan demensia ialah pasukan Rondaan Rakyat Pusat Polis Kejiranan Yishun North. Anggota pasukan sukarelawan rakyat dilatih untuk mengesan, bertindak, dan membantu orang yang hidup dengan demensia semasa menjalankan rondaan.8

Yio Chu Kang

Yio Chu Kang adalah DFC ketiga yang menyertakan mural mesra demensia di dinding blok HDBnya. Di Ang Mo Kio Avenue 4, sekurang-kurangnya tujuh blok telah dicat dengan mural yang menampilkan patung dan tokoh-tokoh terkenal seperti Merlion dan bintang sukan seperti LeBron James.9

Semasa audit bandar, AIC bekerjasama dengan Majlis Bandaran AMK dan pemimpin akar umbi untuk merancang peningkatan infrastruktur untuk menjadikannya lebih mesra demensia, seperti menutup longkang untuk membina lebih banyak laluan pejalan kaki. Di estet Lentor, penanda estet yang lebih menonjol, dan ruang antara generasi seperti balai anjung dan taman permainan, kawasan kecergasan dan taman masyarakat telah disertakan ke dalam peta masyarakat bersama dengan arahan ke Go-To-Point yang terdekat dengan penanda ini. Ini membantu menjadikan ruang dan bangunan lebih mudah dikenali dan diakses oleh orang yang hidup dengan demensia.

Pada tahun 2023, beberapa peningkatan mesra demensia telah dilaksanakan di kawasan-kawasan terpilih di Yio Chu Kang untuk menyokong mereka yang hidup dengan demensia dengan lebih baik. Inisiatif ini bermula daripada usaha penyelidikan berasaskan masyarakat, Kajian Kejiranan Mesra Demensia, yang dikendalikan oleh AIC, Pusat bagi Kota-kota yang Sesuai Didiami, dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD). Kajian ini, yang melibatkan lebih 100 orang penduduk Yio Chu Kang dan penjaga kepada orang hidup dengan demensia, bertujuan untuk lebih memahami keperluan unik mereka dalam masyarakat.

Sumber: The Straits Times

Salah satu hasil yang ketara daripada inisiatif ini ialah penubuhan Gelanggang Biru (Blue Court), sebuah ruang masyarakat khas yang direka untuk memupuk rasa kekitaan dan suasana kemasyarakatan.

Di dalam Gelanggang Biru, sudut aktiviti khas telah diwujudkan untuk menawarkan latihan kognitif dan permainan yang menarik. Aktiviti ini disesuaikan untuk orang yang hidup dengan demensia, dengan tujuan merangsang minda dan memperbaiki koordinasi.

Sumber: The Straits Times

Untuk memudahkan arah pergerakan orang yang hidup dengan demensia, penanda bulat berwarna kuning terang yang menyerupai pelampung diletakkan secara strategik di seluruh kawasan kejiranan. Penanda-penanda ini bukan sahaja berfungsi sebagai isyarat visual tetapi juga memberikan arah yang jelas ke lokasi-lokasi utama seperti pasar di kawasan kejiranan.

Sumber: The Straits Times

Menggunakan simbol yang mudah dikenali, seperti ikon peralatan untuk makan, penanda-penanda ini membimbing penduduk ke kemudahan penting seperti pusat penjaja yang berdekatan, dan memastikan arah pergerakan yang lancar dalam masyarakat.

Toa Payoh East

Sumber: Straits Times

Di Toa Payoh East, penanda jalan dengan nombor blok seperti bunga matahari biru dan pokok palma merah dicat pada tiang-tiang beberapa blok HDB untuk membantu penduduk yang hidup dengan demensia mencari jalan di sekitar kawasan tersebut. Penanda blok ini direka dengan nasihat Dr Chan Kin Ming, pakar geriatrik di Pusat Perubatan Gleneagles. Warna utama yang terang dan kontras serta corak yang besar memudahkan penduduk yang hidup dengan demensia untuk membezakannya daripada persekitaran.10

Dengan kerjasama pelbagai agensi perkhidmatan sosial, pemeriksaan demensia diadakan sekali setiap dua bulan secara percuma untuk warga emas mengesan demensia lebih awal. Inisiatif ini dilancarkan oleh Jawatankuasa Perundingan Rakyat Toa Payoh East pada 12 Feb 2022.

Program MANGO, yang bermaksud “Makanan, Bantuan, Keperluan, Barangan Dapur dan Peluang” membantu penduduk berpendapatan rendah dengan keperluan harian mereka. Program ini juga telah diperluaskan untuk membantu mereka yang hidup dengan demensia. Selain daripada subsidi pemerintah, program ini menyediakan bantuan kewangan dan keperluan seperti lampin pakai buang dan kerusi roda.

Toa Payoh West-Thomson

Kira-kira 25 kain rentang dipasang di sekitar kawasan Toa Payoh West-Thomson untuk menyediakan akses kepada maklumat dan sokongan bagi para penjaga orang yang hidup dengan demensia. Terdapat juga lebih 120 pelekat ditampal di atas meja-meja pusat penjaja di sekitar kawasan ini untuk memaklumkan penduduk bagaimana mereka boleh mendukung orang yang hidup dengan demensia di kawasan kejiranan ini. Bengkel setiap dua minggu juga diadakan untuk para penduduk dan sukarelawan bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk mengenal pasti dan membantu orang yang hidup dengan demensia. Blok-blok HDB diberi kod warna dan dicat dengan warna yang terang untuk membantu orang hidup dengan demensia mencari arah perjalanan di sekitar kawasan kejiranan.

Bedok

GoodLife! adalah pusat yang dikendalikan oleh Montfort Care yang berpusat di Bedok dan aktif melibatkan masyarakat agar proaktif dalam memahami keperluan orang yang hidup dengan demensia. Pasukan Mendekati Masyarakat (CREST) dan pasukan pendamping yang berpangkalan di GoodLife! Bedok berusaha untuk membantu penjaga yang sibuk mendapatkan rehat sementara dalam jadual mereka yang padat. Mereka merekrut dan melatih sukarelawan untuk bertindak sebagai penjaga warga emas, menjaga orang yang hidup dengan demensia dan berinteraksi dengan mereka secara bermakna sementara penjaga mereka menghadiri sesi kumpulan sokongan.11

Dengan itu, penjaga dapat mencari masa untuk penjagaan diri, dengan keyakinan bahawa orang yang mereka sayangi berada di tangan yang cekap. Salah seorang sukarelawan menyatakan bagaimana latihan itu sangat berharga baginya: “Ia membuka mata saya, dan melalui latihan tersebut, saya belajar lebih lanjut tentang bagaimana untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang yang hidup dengan demensia, dan saya sangat menantikan untuk berinteraksi bersama mereka setiap bulan kerana ia membuat mereka gembira.” 

Marine Parade

Marine Parade telah diisytiharkan sebagai kawasan kejiranan mesra demensia oleh Dr Tan See Leng (Menteri Tenaga Manusia, Penasihat GRC Marine Parade) semasa Karnival Kesedaran Demensia Marine Parade yang diadakan pada 3 September 2023.

Ciri utama Marine Parade ialah mural pencarian jalan yang terdapat di Blok 51 hingga 55 Marine Terrace Drive. Semasa proses reka bentuk, ikon Peranakan dipilih untuk mural pencarian jalan kerana warga emas di Goodlife! Marine Parade dapat mengenali ikon-ikon ini dengan cepat berbanding ikon lain. Banyak pihak berkepentingan terlibat dalam perbincangan tentang lokasi dan reka bentuk seperti Demensia Singapura, Montfort Care, RC Marine Terrace Haven, Majlis Bandaran Marine Parade dan WeCare@MarineParade. Lukisan mural ini merupakan usaha bersama antara pihak berkepentingan, sukarelawan masyarakat, pelajar dari CHIJ Katong Convent, dan guru-guru dari Sekolah Tao Nan.

Rangkaian Sokongan Penjaga telah dimulakan oleh WeCare@MarineParade pada tahun 2019 dan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2022. Sehingga kini, ia mempunyai lebih 100 anggota dan menganjurkan bengkel dan kumpulan sokongan untuk penjaga. Di samping itu, ia menyediakan perkhidmatan talian untuk kawasan tersebut dan Dana Bantuan Penjaga yang membayar bersama bagi keperluan perubatan, perkhidmatan penjagaan sementara di rumah dan pengangkutan untuk penjaga yang memerlukan sokongan kewangan. 

Untuk meningkatkan kesedaran tentang demensia dan cabaran yang dihadapi oleh orang yang hidup dengan demensia, pelekat telah ditampal di pelbagai pusat penjaja dan kedai kopi di Marine Parade antara November 2022 dan Februari 2023. Selain itu, terdapat juga 12 Go-To Point yang terletak di kawasan Marine Parade. 

Sumber Tambahan

DFC Accordion Card AIC

Membina Masyarakat Mesra Demensia
Sumber: Agensi Penjagaan Bersepadu

Sumber ini menyediakan maklumat, panduan panduan dan sumber-sumber untuk membina masyarakat yang mesra demensia di Singapura.

Sumber ini tersedia dalam Bahasa Inggeris.

Panduan Dementia Go-To Point
Sumber: Agensi Penjagaan Bersepadu

Panduan ini berfungsi sebagai rujukan bagi pekerja dalam organisasi yang mengendalikan Dementia Go-To Point (GTP) bagi menyokong orang yang hidup dengan demensia dalam masyarakat. Ia menyelaraskan proses penyediaan GTP, peranan dan jangkaan serta menyediakan senarai sumber-sumber dalam membantu orang yang hidup dengan demensia yang merayau. 

Sumber ini tersedia dalam Bahasa Inggeris.

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest
  1. Dementia Singapore. (2020, April 20). Building an inclusive, dementia-friendly Kebun Baru. https://dementia.org.sg/2020/04/20/building-an-inclusive-dementia-friendly-kebun-baru/
  2. Koh, F. (2019, November 24). Young people to play central role in making Woodlands dementia-friendly. The Straits Times. https://www.straitstimes.com/singapore/young-people-to-play-central-role-in-making-woodlands-dementia-friendly
  3. Tang, L. (2019, November 24). ‘Not an old-person problem’: Outreach team getting youth to help tackle dementia. TODAYonlinehttps://www.todayonline.com/singapore/not-old-person-problem-mobilisation-team-involving-youth-tackling-dementia
  4. Hong, J. (2017, September 10). First 24-hour dementia go-to point launched in Yishun. The Straits Times. https://www.straitstimes.com/singapore/first-24-hour-dementia-go-to-point-launched-in-yishun
  5. Lien Foundation. (2016, January 20). Yishun, Singapore’s first dementia-friendly estate follows the trend of leading dementia-friendly communities around the world. [Press release]. http://www.lienfoundation.org/sites/default/files/Forget%20Us%20Not%20Press%20Release%20Final%20Combined_0.pdf
  6. Lien Foundation. (n.d.). Forget Us Not. Retrieved February 22, 2021, from https://www.lienfoundation.org/project/forget-us-not
  7. Agency for Integrated Care. (2019, October 29). 5 Ways Yishun Integrated Transport Hub is Senior and Dementia Friendlyhttps://www.aic-blog.com/5-ways-yishun-integrated-transport-hub-senior-and-dementia-friendly
  8. Yap, E. (2016, January 20). Let’s not forget dementia. Ageless Online. https://www.agelessonline.net/lets-not-forget-dementia/
  9. Goh Y.H., (2021, June 14). Straits Times. Yio Chu Kang is 3rd town to feature dementia-friendly murals.
    https://www.straitstimes.com/singapore/community/yio-chu-kang-is-3rd-town-to-feature-dementia-friendly-murals
  10. Wong S. (2022, February 12). Straits Times. More help for dementia patients and their caregivers in Toa Payoh East.
    https://www.straitstimes.com/singapore/community/more-help-for-dementia-patients-and-their-caregivers-in-toa-payoh-east
  11. Channel News Asia. (2022, January 30.) Channel News Asia Video. Dementia-friendly towns help residents live independently.  
    https://www.channelnewsasia.com/watch/dementia-friendly-towns-help-residents-live-independently-safely-video-2469346 

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content