Bantu kami memperbaiki
2 Min Bacaan

Perkembangan demensia datang bersama-sama dengan perubahan pada orang yang  hidup dengan demensia: 

  • Keupayaan dalam Kegiatan Kehidupan Harian (ADL) 
  • Tingkah laku 
  • Fungsi Kognitif 
  • Orientasi kepada Orang, Tempat dan Masa 

Perkembangan demensia dan perubahan tingkah laku yang datang bersamanya perlu ditangani dengan berhemah oleh penjaga. 

Dengan maklumat dan sumber yang diperlukan, anda akan lebih bersedia untuk bertindak balas terhadap perubahan sambil menyediakan penjagaan bagi mereka yang ada demensia. 

Perkembangan Demensia

Membolehkan Orang yang Hidup dengan Demensia Melakukan Kegiatan Harian Mereka

Dalam episod keempat daripada siri 6 bahagian “Mengenai Demensia – Tanya Pakar”, Puan Low Mui Lang menjawab soalan berkaitan mengurus kegiatan harian bagi orang yang ada demensia. 

Dengan menonton video ini, anda boleh mempelajari beberapa tip berguna bagaimana anda boleh membantu ahli keluarga anda yang ada demensia untuk melakukan kegiatan hariannya, seperti menyokongnya untuk terus melakukan apa yang disukainya atau membantunya untuk mandi sambil menghormati privasinya. 

Video ini dihasilkan dalam bahasa Inggeris.

Artikel berikut menawarkan tip-tip umum yang boleh membantu anda mengurus perkembangan demensia seseorang

Perubahan Tingkah Laku

Penting untuk memahami bagaimana demensia boleh menyebabkan seseorang berubah tingkah laku, dan bagaimana untuk menangani perubahan ini secara membina. 

Di samping itu, penting untuk kita maklum bahawa orang-orang yang ada demensia menunjukkan simptom dan tingkah laku yang berbeza-beza. Simptom dan tingkah laku ini juga berbeza bagi jenis demensia yang berbeza, dan berubah sambil seseorang itu melalui peringkat demensia yang berbeza.

Bagaimanapun, terdapat banyak perubahan tingkah laku lazim yang dilihat pada orang yang ada demensia. Maklumat yang diberikan di bawah dan di halaman yang dipautkan mengandungi tip-tip tentang cara menangani perubahan-perubahan tersebut. 

Perubahan Tingkah Laku dalam Demensia Peringkat Ringan dan Sederhana

Artikel di bawah mengandungi maklumat tentang beberapa tingkah laku yang biasa dipamerkan dalam dimensia peringkat ringan dan sederhana. 

Perubahan Tingkah Laku dalam Demensia Peringkat Lanjut

Beberapa tingkah laku lazim dalam dimensia peringkat lanjut termasuk: 

  • Kehilangan mobiliti dan keupayaan untuk melakukan tugas harian
  • Kehilangan keupayaan untuk berkomunikasi
  • Menolak makanan
  • Masalah menelan

Bantu kami memperbaiki

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Bantu kami memperbaiki

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content