Playback speed:
Orang yang hidup dengan demensia sering berasa keliru dan bingung, terutamanya apabila kenangan mereka mula kabur dan fungsi mereka mula merosot. Orang tersayang anda yang hidup dengan demensia mungkin mengalami kesukaran dalam melaksanakan tugas biasa apabila keadaan mereka semakin berlanjutan. Merancang rutin harian adalah cara yang baik untuk memberi mereka struktur. Merancang aktiviti yang mereka nikmati dapat membantu dalam mengurangkan kegelisahan dan membaiki emosi mereka.
Aktiviti Fizikal
Aktiviti Sosial
Aktiviti Kerohanian
Sebelum merancang rutin harian, pertimbangan tentang orang tersayang anda berdasarkan perkara-perkara berikut akan membantu menyesuaikan rutin untuk mereka:
- Kesukaan, perkara yang mereka tidak suka, kekuatan, kebolehan dan minat mereka
- Bagaimana mereka biasa merancang hari mereka
- Waktu di sepanjang hari di mana mereka lebih bertenaga
- Mempunyai masa yang mencukupi untuk makan, mandi, dan berpakaian
- Memastikan mereka mengekalkan kitaran tidur yang baik dengan membangunkan mereka dan membiarkan mereka tidur pada waktu biasa
Contoh Rutin Harian Sesuai untuk Demensia Peringkat Awal hingga Sederhana
Menetapkan Rutin Memastikan Segalanya Teratur
Ibu Anita hidup dengan demensia dan kebimbangan. Perjalanan Anita bersama ibunya menunjukkan kepadanya betapa selesanya sesuatu kepastian, dan bagaimana rutin berstruktur juga boleh memberi manfaat kepada penjaga di sekelilingnya.
Video ini dihasilkan dalam bahasa Inggeris.
Sumber: Inisiatif ForgetUsNot oleh Yayasan LIEN, Hospital Khoo Teck Puat, & Demensia Singapura