Menjaga seseorang yang hidup dengan demensia memerlukan perancangan kewangan yang teliti, dan kadang-kala memerlukan keluarga mereka untuk memanfaatkan sumber-sumber kewangan. Terdapat beberapa skim kewangan pemerintah yang disediakan.
Blok di bawah menyenaraikan sumber-sumber kewangan yang tersedia dalam 5 bahagian berikut:
• Bantuan Mobiliti
• Bantuan Kegiatan Harian
• Bantuan Penjagaan
• Bantuan Yuran Perubatan
• Bagi Individu Berpendapatan Rendah
Klik simbol ‘+’ untuk mengembangkan senarai dalam setiap blok.
Senarai Sumber Kewangan
Dana Mobiliti dan Pengupayaan Warga Emas (SMF)
SMF menyediakan sokongan holistik untuk warga emas meniti usia lanjut dalam lingkungan masyarakat di kawasan yang sama dengan memperluaskan subsidi kepada warga emas Singapura:
- Yang memerlukan alat mobiliti dan bantuan untuk kehidupan harian secara berdikari dan dapat kekal bergerak dalam masyarakat
- Yang menerima penjagaan di rumah dan penjagaan dalam lingkungan masyarakat yang dibiayai pemerintah, dan memerlukan alat-alat penjagaan kesihatan di rumah untuk penjagaan mereka
Ketahui lebih lanjut.
Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif (EASE)
Lembaga Perumahan dan Pembangunan memperkenalkan EASE pada tahun 2012 untuk memberi subsidi ubah elok rumah agar penduduk warga emas dapat hidup dengan selesa di rumah mereka.
Berikut adalah apa yang boleh dipasang di dalam flat melalui program EASE:
• Rawatan tahan gelincir pada jubin lantai sehingga dua bilik mandi atau tandas
• Palang genggam dalam flat (lapan atau 10 palang genggam untuk tandas pertama, dan enam palang genggam untuk tandas kedua)
• Sehingga lima tanjakan dalam flat, dan/atau di pintu masuk utama – sekiranya ia boleh dilakukan
Ketahui lebih lanjut.
ElderShield
ElderShield adalah skim insurans penjagaan jangka panjang asas yang direka untuk membantu rakyat Singapura menampung perbelanjaan bagi ketidakupayaan teruk, terutamanya pada usia tua.
Skim ElderShield telah dipertingkatkan kepada skim CareShield Hayat baru yang diperkenalkan mulai pertengahan tahun 2020.
• Sehingga tahun 2019, Warga Singapura dan Penduduk Tetap yang mempunyai Akaun MediSave telah didaftarkan secara automatik dalam skim ElderShield pada usia 40 tahun, melainkan mereka menarik diri.
• Dari tahun 2020 dan seterusnya, tiada pendaftaran automatik baru ke ElderShield pada usia 40 tahun. Warga Singapura dan Penduduk Tetap yang lahir pada tahun 1980 dan selepas itu dilindungi secara automatik oleh CareShield Hayat pada 1 Oktober 2020 atau apabila mereka mencapai umur 30 tahun.
Bergantung pada pelan yang dimiliki oleh individu tersebut, ElderShield akan membayar wang tunai bulanan sebanyak $300 sebulan sehingga 60 bulan, atau $400 sebulan sehingga 72 bulan jika orang tersebut mengalami ketidakupayaan teruk. Kementerian Kesihatan telah melantik tiga syarikat insurans swasta untuk mentadbir ElderShield: Aviva, Great Eastern dan NTUC Income
Ketahui lebih lanjut daripada AIC dan ElderShield.
CareShield Hayat
CareShield Hayat ialah skim insurans penjagaan jangka panjang bagi Warga Singapura dan Penduduk Tetap yang dilancarkan pada 1 Oktober 2020 yang menyediakan perlindungan kewangan asas sekiranya seseorang individu mengalami ketidakupayaan teruk, terutamanya pada usia tua, dan memerlukan penjagaan untuk jangka masa yang panjang.
Pemegang polisi CareShield Hayat yang mengalami ketidakupayaan teruk layak membuat tuntutan, dan boleh menerima bayaran selagi mereka masih mengalami ketidakupayaan teruk, dan memenuhi terma dan syarat yang diperlukan untuk menerima bayaran. Bayaran bermula sebanyak $600 tunai sebulan pada 2020 dan meningkat setiap tahun sehingga usia 67 tahun atau apabila tuntutan berjaya dibuat, yang mana lebih awal.
Ketahui lebih lanjut daripada AIC dan CareShield Hayat.
Program Bantuan Sementara untuk Orang Lanjut Usia Kurang Upaya (IDAPE)
IDAPE adalah skim bantuan yang ditubuhkan pada 2002 untuk sekumpulan kecil warga emas yang tidak layak untuk ElderShield pada masa itu, kerana mereka terlalu tua atau mempunyai ketidakupayaan yang sedia ada.
Jika warga emas ini mengalami ketidakupayaan yang teruk, mereka boleh menerima bayaran tunai bulanan sebanyak $150 atau $250 (bergantung pada keadaan kewangan mereka) sehingga 72 bulan. Tiada sekatan bagaimana bayaran ini harus digunakan, selagi ia digunakan untuk penjagaan orang kurang upaya yang menuntut IDAPE.
Sebagai contoh, bayaran tersebut boleh membayar:
• Bil perubatan
• Kos kejururawatan
• Kos menggajikan pembantu rumah asing (FDW) untuk menjaga orang kurang upaya yang menuntut IDAPE
Warga emas tersebut boleh mencalonkan dirinya sendiri, seorang penjaga berumur 21 tahun ke atas, atau rumah rawatan di mana warga emas tersebut tinggal untuk menerima bayaran IDAPE.
Ketahui lebih lanjut.
ElderFund
ElderFund merupakan skim bantuan budi bicara yang dilancarkan pada 31 Januari 2020.
Ia disasarkan kepada Warga Singapura kurang upaya berpendapatan rendah berusia 30 tahun ke atas, yang tidak dapat memanfaatkan CareShield Hayat, ElderShield atau Program Bantuan Sementara untuk Orang Lanjut Usia Kurang Upaya (IDAPE), dan mempunyai baki MediSave yang rendah dan simpanan peribadi yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan penjagaan jangka panjang mereka
Warga Singapura yang layak boleh menerima wang tunai sehingga $250 sebulan selagi mereka masih layak, dan memenuhi terma dan syarat yang diperlukan untuk menerima bayaran.
Ketahui lebih lanjut.
MediSave Care
MediSave Care adalah skim penjagaan jangka panjang yang dilancarkan pada 1 Oktober 2020. Ia membolehkan Warga Singapura dan Penduduk Tetap kurang upaya teruk berusia 30 tahun untuk mengeluarkan wang tunai setiap bulan sehingga $200 secara keseluruhan dari Akaun MediSave mereka sendiri dan/atau suami/isteri mereka bagi keperluan penjagaan jangka panjang mereka.
Ketahui lebih lanjut daripada AIC dan CareShield Hayat.
Geran Latihan Penjaga (CTG)
CTG adalah subsidi tahunan sebanyak $200 untuk penjaga menghadiri kursus yang diluluskan supaya mereka dapat menjaga orang yang tersayang dengan lebih baik. Subsidi $200 ini disediakan untuk setiap penerima penjagaan setiap tahun kewangan (dari April hingga Mac tahun berikutnya). Sekiranya beberapa orang penjaga bagi penerima penjagaan yang sama ingin menghadiri latihan, $200 ini perlu dikongsi di kalangan ahli keluarga.
Ketahui lebih lanjut.
Konsesi Levi Pembantu Rumah Asing
Konsesi Levi Pembantu Rumah Asing (MDW) membolehkan keluarga membayar levi Pembantu Rumah Asing pada kadar konsesi $60 sebulan, dan bukan $300. Setiap isi rumah layak menerima sehingga dua konsesi levi MDW, dan menjaga dua orang tersayang pada satu masa.
Ketahui lebih lanjut.
Geran Penjagaan di Rumah (HCG)
HCG ialah bayaran tunai bulanan $200 untuk menyokong orang tersayang yang mengalami sekurang-kurangnya ketidakupayaan kekal sederhana, iaitu selalu memerlukan bantuan untuk melakukan tiga atau lebih Kegiatan Kehidupan Harian (ADL).
Geran ini boleh digunakan untuk membiayai kos perbelanjaan penjagaan, seperti kos penjagaan warga emas dan perkhidmatan sokongan penjaga dalam masyarakat, atau menggajikan Pembantu Rumah Asing (MDW).
Ketahui lebih lanjut.
Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS)
CHAS membolehkan semua Warga Singapura, termasuk pemegang kad Generasi Perintis (PG) dan Generasi Merdeka (MG), menerima subsidi bagi rawatan perubatan dan/atau pergigian* di klinik Doktor Swasta (GP) dan klinik pergigian yang mengambil bahagian.
Video ini dihasilkan dalam bahasa Inggeris.
Layari CHAS untuk maklumat lanjut.
*Hanya untuk pemegang kad CHAS Biru/Jingga, MG dan PG
Kad Pengecualian Bayaran Perubatan (MFEC)
Kad Pengecualian Bayaran Perubatan (MFEC) boleh menampung perbelanjaan bagi rawatan perubatan dan hospital standard di hospital pemerintah atau yang distruktur semula, poliklinik serta perkhidmatan penjagaan jangka sederhana dan jangka panjang yang diluluskan untuk penghuni yang memerlukan di rumah rawatan yang dibiayai MOH atau rumah perlindungan dan orang kurang upaya yang dibiayai MSF.
Pemohon yang layak harus mempunyai simpanan peribadi sebanyak $6000 atau kurang, dan pendapatan bulanan per kapita keluarga sebanyak $700 atau kurang. Mereka haruslah seorang Warga Singapura atau Penduduk Tetap, dan sama ada penghuni rumah rawatan yang dibiayai MOH atau rumah perlindungan dan orang kurang upaya yang dibiayai MSF.
Ketahui lebih lanjut.
MediFund
Dana Endowmen Perubatan (MediFund) adalah dana endowmen yang ditubuhkan oleh Pemerintah. Dana ini digunakan untuk membantu warga Singapura yang berpendapatan rendah dan tidak mampu membayar baki bil perubatan mereka selepas menerima subsidi Pemerintah dan kaedah pembayaran lain termasuk MediShield Hayat, MediSave, dan wang tunai.
MediFund Silver, skim yang merupakan sebahagian daripada MediFund, menyediakan bantuan kepada orang yang berumur 65 tahun ke atas.
MediFund boleh digunakan untuk membayar bil hospital yang distruktur semula, pusat kepakaran nasional, dan perkhidmatan penjagaan jangka sederhana dan jangka panjang.
Pemohon yang layak haruslah seorang Warga Singapura, pesakit bersubsidi, telah menerima atau memerlukan rawatan daripada institusi yang diluluskan Medifund, dan menghadapi kesukaran untuk membayar bil penjagaan kesihatan mereka selepas subsidi Pemerintah dan cara lain, termasuk MediShield Hayat, MediSave dan wang tunai.
Ketahui lebih lanjut daripada Agensi Penjagaan Bersepadu dan Kementerian Kesihatan.
MediShield Hayat
MediShield Hayat adalah insurans perubatan yang menyediakan perlindungan sepanjang hayat untuk semua rakyat Singapura. Tidak seperti skim yang sebelumnya, iaitu MediShield, anda tidak boleh menarik diri daripada MediShield Hayat.
Premium untuk MediShield Hayat boleh dibayar menggunakan dana Medisave atau wang tunai. Pemerintah juga telah menyediakan subsidi untuk rakyat Singapura berpendapatan rendah dan sederhana, serta warga emas Generasi Perintis. Terdapat juga subsidi untuk empat tahun pertama MediShield Hayat, sambil rakyat beralih daripada MediShield ke MediShield Hayat.
Ketahui lebih lanjut daripada Agensi Penjagaan Bersepadu dan Kementerian Kesihatan.
Skim Ihsan Senja (SS)
Skim SS menyediakan wang tunai tambahan setiap suku tahun kepada warga emas yang berpendapatan rendah semasa mereka bekerja dan kini kurang simpanan selepas bersara.
Tidak perlu untuk memohon Skim Ihsan Senja (SS). Lembaga CPF menyemak kelayakan untuk SS secara automatik setiap tahun. Warga emas yang layak akan menerima surat pemberitahuan daripada CPF pada bulan Disember tahun sebelumnya.
Ketahui lebih lanjut.
Skim ComCare
Kumpulan skim kewangan pemerintah ComCare menyediakan bantuan sosial kepada individu dan keluarga berpendapatan rendah, dan boleh didapati di Pejabat Khidmat Sosial (SSO).
1. Bantuan Sementara ComCare
Bantuan Sementara ComCare boleh disediakan bagi individu dan/atau isi rumah yang memerlukan bantuan mendesak dan segera bagi tempoh kurang daripada 3 bulan.
Ketahui lebih lanjut.
2. Bantuan Jangka Pendek hingga Sederhana (SMTA) ComCare
Bantuan Jangka Pendek hingga Sederhana ComCare disediakan bagi individu dan/atau isi rumah yang memerlukan bantuan kewangan sementara disebabkan masalah mencari kerja buat sementara waktu.
Ketahui lebih lanjut.
3. Bantuan Jangka Panjang ComCare (Bantuan Awam)
Bantuan Jangka Panjang ComCare disediakan bagi mereka yang tidak berupaya untuk bekerja dan memerlukan sokongan kewangan.
Ketahui lebih lanjut.
Penerima Bantuan Awam ComCare menerima subsidi penuh bagi rawatan keadaan-keadaan yang dilindungi di bawah CHAS. Ketahui lebih lanjut.
Skim Pendapatan Tambahan Daya Kerja (WIS)
Diperkenalkan pada 2007, Skim WIS merupakan langkah menyeluruh bagi rakyat Singapura yang memenuhi syarat-syarat tertentu, yang menambah pendapatan pekerja berpendapatan rendah dan membantu mereka menyimpan untuk persaraan. Ia menambah pendapatan dan simpanan persaraan mereka melalui bayaran wang tunai dan caruman CPF.
Ketahui lebih lanjut.
Klik pada imej di bawah untuk melihat kriteria kelayakan bagi sumber-sumber kewangan:
Cara Mengakses Perkhidmatan untuk Skim Kewangan
Portal ePerkhidmatan untuk Permohonan Skim Pembiayaan
Sebagai sebahagian daripada usaha Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk menyelaraskan proses permohonan skim penjagaan jangka panjang, AIC telah melancarkan portal ePerkhidmatan untuk Permohonan Skim Pembiayaan (eFASS) pada 1 Oktober 2020. Pesakit dan penjaga boleh menyerahkan permohonan dan mengurus skim penjagaan jangka panjang mereka secara dalam talian menggunakan platform ini.
Maklumat lanjut mengenai eFASS.
AIC Link
Perlukan nasihat mengenai perkhidmatan dan skim penjagaan? Menjaga orang yang tersayang dan memerlukan latihan atau bantuan? AIC Link menasihatkan penjaga dan orang tersayang untuk mendapatkan penjagaan yang betul di tempat yang betul. Perunding Penjagaan di AIC Link menyediakan maklumat mengenai penjagaan di rumah, skim bantuan, dan sokongan penjaga.
Kunjungi AIC Link untuk maklumat lanjut dan cara mengakses skim bantuan kewangan dan sokongan lain di lokasi ini.
Pejabat Khidmat Sosial (SSO)
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan umum, anda boleh menghubungi Pejabat Khidmat Sosial yang terdekat dengan anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang skim-skim bantuan yang tersedia untuk anda dan ahli keluarga. Anda juga boleh memohon bantuan kewangan di SSO.
Cari SSO yang terdekat dengan kediaman anda.
Perkhidmatan Sosial Perubatan
Sesetengah hospital dan institusi penjagaan kesihatan mempunyai perkhidmatan sosial perubatan. Antara tanggungjawab lain, pekerja sosial dan pegawai perubatan boleh memberikan maklumat mengenai bantuan kewangan. Mereka boleh membantu pesakit dan penjaga mereka untuk mencari atau merujukkan mereka kepada sumber-sumber dalam masyarakat untuk menangani keperluan kewangan, selain keperluan-keperluan lain.
Jika seseorang yang hidup dengan demensia sedang menerima perkhidmatan di hospital atau institusi penjagaan kesihatan, mereka dan/atau penjaga dan ahli keluarga mereka boleh menghubungi jabatan perkhidmatan sosial perubatan mengenai isu kewangan yang berkaitan dengan orang tersebut.
Sumber Tambahan
Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC): Bantuan Kewangan
Maklumat mengenai skim bantuan kewangan.
Maklumat tentang alat web dan aplikasi mudah alih berkaitan penjagaan dan kewangan.
Aplikasi LifeSG
Aplikasi mudah alih sehenti ini, yang dihasilkan oleh pemerintah Singapura, memaparkan maklumat mengenai senarai skim dan program-program pemerintah yang lain. Layari LifeSG dan muat turun aplikasi daripada pautan di bawah.
SchemesSG
Laman web ini dihasilkan oleh inisiatif yang dimulakan daripada bawah sebagai platform untuk orang ramai mencari skim kewangan yang sesuai dengan keperluan-keperluan tertentu dengan mudah. Layari SchemesSG.