Help Us Improve
4 Min Bacaan

Perayaan biasanya merupakan masa untuk bergembira dan meraikan yang merentasi semua budaya. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi sesuatu yang memberi tekanan bagi kedua-dua penjaga dan orang yang hidup dengan demensia disebabkan oleh beberapa gangguan dalam rutin biasa mereka. 

Berikut adalah beberapa panduan praktikal tentang bagaimana anda boleh menjadikan masa itu menyeronokkan bagi semua ahli keluarga:

1. Membuat pertimbangan tentang makanan

Makanan sering menjadi tumpuan dalam perjumpaan keluarga. Pastikan makanan yang dihidangkan boleh juga dinikmati oleh orang yang anda sayangi. Cuba hidangkan makanan bersaiz kecil, atau makanan yang lembut bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menelan.

2. Merancang hari

Cuba ikuti rutin biasa orang yang anda sayangi sebaik mungkin. Jadualkan masa rehat untuk orang yang anda sayangi jika kesibukan sepanjang hari akan membuatnya letih. Jarakkan masa untuk lawatan jika anda mempunyai ramai saudara-mara yang datang kerana ia mungkin akan meletihkan orang yang anda sayangi.  

3. Persiapan untuk perayaan

Apakah rutin biasa yang anda lakukan dengan orang yang anda sayangi semasa perayaan? Cuba libatkan mereka dengan aktiviti mudah, seperti mencanai doh semasa membuat kuih-kuih perayaan, atau melipat kertas hiasan. Proses persiapan juga boleh membantu mengorientasikan orang yang anda sayangi dan membuat mereka berasa teruja untuk perayaan yang akan datang.

4. Berkomunikasi dengan saudara-mara anda 

Pelawa saudara-mara anda untuk menghabiskan masa bersendirian dengan orang yang anda sayangi yang hidup dengan demensia. Biasanya ia berguna untuk memberitahu mereka cara terbaik untuk berkomunikasi dengan orang yang anda sayangi. Sebagai contoh, jika orang yang anda sayangi mengalami masalah pendengaran, beritahu saudara-mara anda untuk bercakap dengan nada suara yang rendah, atau gunakan pembicara poket daripada menjerit.

5. Sediakan beberapa bahan untuk mengimbau kenangan

Libatkan saudara-mara anda dengan menyiapkan sebuah buku skrap dengan gambar gambar lama dan tanda mata dari masa lalu. Anda juga boleh memilih untuk mendengar lagu perayaan, terutama lagu-lagu yang orang yang anda sayangi dan seluruh keluarga anda gemar mendengar semasa perayaan. Ianya akan berfungsi sebagai pencetus perbualan antara saudara-mara anda dan orang yang anda sayangi yang hidup dengan demensia.

6. Nikmati perayaan juga!

Minta bantuan seorang saudara dengan tugas penjagaan anda supaya anda juga boleh mengambil sedikit masa untuk diri anda menikmati perayaan dan kemeriahan tersebut. Sekiranya berada dalam keadaan tertekan dan keletihan, ingatlah untuk melakukan beberapa amalan penjagaan diri seperti memberi perhatian pada pernafasan. 

Walaupun panduan panduan ini secara amnya dapat membantu, adalah penting untuk disedari bahawa setiap orang yang hidup dengan demensia dan keluarga mereka adalah berbeza. Ini bermakna sesetengah keluarga mungkin mengutamakan panduan panduan tertentu berbanding panduan lain untuk memenuhi keperluan khusus dan apa yang disukai oleh orang yang mereka sayangi yang hidup dengan demensia dengan lebih baik. 

Berikut adalah contoh bagaimana seorang penjaga di Singapura telah menjadikan perayaan lebih inklusif demensia untuk orang yang beliau sayangi yang hidup dengan demensia: 

Kisah Encik Teng & Jacqueline

Jacqueline adalah penjaga utama kepada bapanya, Encik Teng, yang didiagnosis dengan penyakit Alzheimer pada tahun 2021. Seorang pesara di peringkat ringan demensianya, Encik Teng melalui kehidupan yang agak berdikari dan menghabiskan masanya membaca surat khabar, berjalan jauh, dan menghadiri program aktiviti mingguan yang dianjurkan oleh Pusat Perjumpaan berhampiran rumahnya. Bagaimanapun, seperti kebanyakan orang lain yang mengalami demensia ringan, beliau menghadapi masalah untuk memulakan aktiviti, mengendalikan kewangannya, dan mengingati nama dan wajah orang lain.

Semasa merancang sambutan Tahun Baharu Cina mereka, Jacqueline mengambil kira rutin harian, kekuatan serta kelemahan Encik Teng untuk mengelakkan sebarang tekanan atau kebimbangan menjelang dan semasa perayaan.

Persiapan untuk perayaan

Jacqueline memastikan untuk melibatkan Encik Teng dalam aktiviti-aktiviti seperti mengangkat beg ketika mereka membeli-belah barangan runcit, membersihkan rumah dan memilih kudapan Tahun Baharu Cina. Semasa membersihkan rumah, Encik Teng ditugaskan untuk mengelap permukaan permukaan dengan tisu basah. Beliau juga bekerjasama dengan Encik Teng untuk mengemas seluruh isi rumah dan bertanya kepadanya jika beliau ingin membuang barang barang tertentu yang sudah lama tidak digunakannya dan menghormati keputusannya sekiranya beliau masih mahu menyimpannya. 

Menjelang Tahun Baharu Cina, beliau juga membawa Encik Teng ke Chinatown untuk menikmati suasana di sana dan berbual dengan beliau tentang keadaan Chinatown pada masa lalu. 

Merancang hari

Apabila membuat perancangan untuk cuti umum dua hari tersebut, Jacqueline lebih cenderung untuk menjadualkan lawatan rumah (tidak lebih daripada 3 rumah) pada hari pertama dan  berehat sepenuhnya pada hari kedua. Oleh kerana Encik Teng gemar berjalan-jalan jauh selama 2 jam setiap hari, Jacqueline yakin bahawa Encik Teng mempunyai stamina untuk bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain tanpa masalah. 

Di rumah-rumah tersebut, beliau memastikan untuk melibatkan Encik Teng dalam tradisi memberi ang bao. Dari segi pemakanan, Jacqueline lebih cenderung untuk membiarkannya kerana Encik Teng agak mengambil berat tentang kesihatan diri dan tidak akan menghalangnya daripada menikmati beberapa keping daging itik apabila beliau mahukannya. Walau bagaimanapun, Jacqueline akan mengingatkannya untuk makan pada waktu makan biasa jika beliau terlupa untuk berbuat demikian. 

Melibatkan saudara-mara

Jacqueline juga kerap berkongsi dengan saudara-mara mereka tentang keadaan terkini Encik Teng, ini bermakna ahli keluarga lain sedar tentang keperluan Encik Teng dan akan mengawasinya untuk Jacqueline. Sebagai contoh, mereka akan bertanyakan keadaannya dari masa ke semasa, memahami apabila beliau mengulangi dirinya dalam perbualan dan tidak tersinggung apabila beliau tidak dapat mengingati mereka. 

Berkongsi tanggungjawab penjagaan dengan ahli keluarganya, walaupun buat sementara waktu, membolehkan Jacqueline berehat dan menikmati perayaan untuk dirinya juga. Selain itu, Encik Teng dan dirinya juga dapat berehat dan pulih pada hari kedua setelah penat dengan aktiviti kunjung mengunjung pada hari sebelumnya. 

Perancangan yang teliti dan direncanakan untuk sambutan Tahun Baharu Cina ini juga terbukti amat bermakna bagi Encik Teng. Beliau telah memberitahu Jacqueline pada penghujung harinya bahawa beliau merasa sangat bertuah kerana keluarganya masih mengingatinya, menjemputnya untuk perayaan dan sangat mesra dan penyayang terhadapnya. 

Kisah Encik Teng dan Jacqueline benar-benar menggambarkan bahawa ianya bukan sahaja penting, tetapi sangat berbaloi, untuk menjadikan sesuatu perayaan itu lebih inklusif demensia bagi orang yang anda sayangi yang hidup dengan demensia. 

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content