Playback speed:
Orang yang hidup dengan demensia mungkin menghadapi cabaran menavigasi persekitaran fizikal, disebabkan oleh kehilangan orientasi, ketajaman deria, kesedaran visual-ruang, dan pergerakan. Perubahan dalam sistem deria mereka boleh mengurangkan toleransi mereka terhadap rangsangan alam sekitar, seperti tahap bunyi, pencahayaan, aktiviti dan orang ramai. Bagi sesetengah orang yang hidup dengan demensia, kekurangan rangsangan deria dan kekurangan tugasan mengakibatkan merasa kurang sihat, yang membawa kepada kehilangan harga dan jati diri.
Pengalaman Demensia di Singapura (Experience Dementia in Singapore) ialah aplikasi Realiti Maya (VR) yang memberikan anda sudut pandangan seseorang yang hidup dengan demensia. Tempatkan diri anda di posisi orang yang hidup dengan demensia untuk merasakan cabaran yang dihadapi di sebuah apartmen biasa di Singapura, dan pertimbangkan bagaimana kita boleh mengubah suai persekitaran untuk menyokong kesejahteraan orang yang hidup dengan demensia di rumah.
Sebuah rumah mesra demensia bertujuan untuk membolehkan orang yang hidup dengan demensia mengekalkan kebebasan mereka dalam melakukan aktiviti harian seperti makan, pergi ke tandas, mandi, dan meneruskan hobi mereka dengan cara yang bermakna. Orang yang hidup dengan demensia harus disokong sejauh mungkin untuk melibatkan diri dalam aktiviti di luar rumah.
Senarai Sumber untuk Rumah Orang yang Hidup dengan Demensia
Sumber Tempatan
Panduan Reka Bentuk Rumah HDB Realiti Maya 360° Mesra Demensia
Panduan Reka Bentuk Rumah HDB Realiti Maya 360° Mesra Demensia adalah sumber yang dibangunkan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu dan Demensia Singapura, untuk orang yang hidup dengan demensia dan keluarga mereka, dan para penjaga profesional di Singapura. Ia menyediakan pelbagai usulan pengubahsuaian untuk mewujudkan rumah mesra demensia yang lebih mudah diakses, selesa dan selamat untuk orang-orang yang hidup dengan demensia.
Untuk tontonan dan pengalaman pengguna terbaik pada panduan realiti maya ini, adalah disarankan untuk mengaksesnya menggunakan komputer meja.
Related Resource
Panduan Reka Bentuk Rumah HDB Realiti Maya 360° Mesra Demensia
Sumber: Agensi Penjagaan Bersepadu
Rakan penjaga Michelle bercakap tentang beberapa pengubahsuaian yang telah dilakukannya untuk menjadikan rumahnya lebih selesa untuk ayahnya Thomas. Video ini memperkenalkan panduan reka bentuk rumah realiti maya setempat untuk penjaga, untuk menjadikan rumah mereka lebih mesra demensia untuk orang yang mereka sayangi, dengan reka bentuk.
Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.
HACK CARE
HACK CARE oleh Yayasan LIEN ialah sebuah katalog yang penuh dengan idea-idea melebihi 240 muka surat untuk menjadikan persekitaran di rumah lebih mesra bagi orang yang hidup dengan demensia dan keluarga mereka. Ia menggabungkan contoh-contoh praktikal, idea-idea di luar dugaan, dan panduan serta cara cara ringkas untuk memudahkan kehidupan penjaga semasa mereka menghadapi cabaran harian penjagaan, sambil mengubahnya menjadi detik-detik yang bermakna dan memperkaya.
Cara Mereka Bentuk Rumah Mesra Demensia
Seperti Yang Diberitahu Oleh Seorang Pakar
Sumber: Qanvast
Puan Koh Hwan Jing – Pengarah bagi Pengupayaan Komuniti di Demensia Singapura – menawarkan beberapa panduan praktikal tentang bagaimana penjaga boleh mereka bentuk rumah yang selamat dan sesuai untuk orang tersayang yang hidup dengan demensia dalam rencana hebat ini oleh Qanvast.
Kiri: Gunakan bandingan warna untuk menentukan ruang dengan jelas.
Kanan: Elakkan corak yang menyebabkan kekeliruan tentang kesedaran ruang.
Sumber Imej: Qanvast
Sumber Luar Negara
Menjadikan Rumah Anda Mesra Demensia
The Alzheimer’s Society di United Kingdom telah menerbitkan sebuah buku kecil yang menerangkan beberapa cara untuk mewujudkan rumah yang lebih inklusif demensia, untuk menyokong orang yang hidup dengan demensia dan keluarga mereka.
Buku kecil ini terdiri daripada beberapa bahagian, di mana setiap bahagian merangkumi aspek kehidupan yang berbeza di rumah. Beberapa panduan yang ditawarkan oleh buku kecil ini, mungkin memerlukan bantuan dan sokongan daripada para penjaga profesional juga. Bahagian tersebut merangkumi:
• Lampu
• Perabot dan hiasan
• Lantai
• Makan dan minum
• Menggunakan bilik mandi
• Mengetahui di mana letaknya barang-barang
• Meletak barang barang di tempat sepatutnya
• Menjaga keselamatan
Buku kecil ini mengandungi senarai semakan yang menyarankan beberapa perubahan yang boleh dilaksanakan oleh individu untuk menjadikan rumah mereka lebih inklusif demensia.
Keselamatan Di Dalam dan Sekitar Rumah
Sumber oleh Dementia Australia ini mengandungi panduan panduan tentang bagaimana rakan, keluarga, dan penjaga orang yang hidup dengan demensia, dapat meningkatkan keselamatan persekitaran fizikal di dalam dan di sekitar rumah.
Halaman ini terdiri daripada senarai semakan keselamatan yang ringkas bagi individu untuk menilai rumah mereka untuk sebarang bahaya keselamatan.