Playback speed:
Di suatu saat, orang tersayang anda yang hidup dengan demensia mungkin berkelakuan agresif, mempamerkan luahan emosi, atau bertindak marah terhadap individu di sekeliling mereka.
Mendefinisikan Kegelisahan & Keagresifan
Kegelisahan
Satu set tingkah laku yang melibatkan seseorang yang hidup dengan demensia mengalami kegelisahan lisan atau motor.
Orang itu mungkin menyatakan kekecewaan secara lisan atau enggan memberi kerjasama apabila dibantu semasa activiti penjagaan diri.
Keagresifan
Tahap pergolakan yang lebih lanjut di mana tingkah laku boleh diluahkan melalui penderaan lisan, ugutan, merosakkan harta benda, keganasan fizikal terhadap orang lain atau terlalu bertindak balas terhadap halangan atau kritikan kecil.1
Kemungkinan Punca Kegelisahan dan Keagresifan
Kadang-kala, orang tersayang anda mungkin mempamerkan perasaan kegelisahan atau berkelakuan agresif disebabkan keperluan yang tidak dipenuhi, yang menyebabkan mereka rasa tidak selesa. Mengurus perasaan kegelisahan dan tingkah laku agresif mereka bukanlah mudah. Walau bagaimanapun, adalah sentiasa berguna untuk mengenal pasti punca/keperluan yang tidak dipenuhi yang mencetuskan kegelisahan dan/atau tingkah laku agresif, dan mencari cara-cara yang berkesan untuk mengurusnya.1
Jadual di bawah menyenaraikan beberapa kemungkinan keperluan yang tidak dapat dipenuhi yang mungkin dialami oleh orang tersayang anda:
Biologi
Perkembangan demensia yang menyebabkan hilang kawalan ke atas tingkah laku
Ketidakselesaan fizikal, seperti sakit, demam, penyakit, atau sembelit
Reaksi buruk terhadap ubat-ubatan
Keletihan/ kurang tidur
Salah faham disebabkan penglihatan / pendengaran yang lemah
Halusinasi dan delusi
Sosial
Kurang hubungan sosial dan kesepian
Kebosanan, tidak aktif dan ketiadaan deria
Perubahan pada rutin biasa
Psikologi
Kecewa kerana tidak dapat menyiapkan tugas
Kemungkinan kemurungan
Persepsi bahawa ruang peribadi diceroboh
Persepsi bahawa kebebasan dan keupayaan berdikari terancam
Rasa diabaikan
Takut terhadap persekitaran atau orang kerana tidak lagi mampu mengenali mereka
Beberapa Cara Mengurus Kegelisahan & Keagresifan
Gaya Komunikasi dan Interaksi
- Cuba bertenang dan tarik nafas dalam-dalam. Elakkan kemungkinan konfrontasi. Sebarang ekspresi takut, cemas, gelisah atau marah boleh memburukan keadaan.
- Sabar dan dengar apa yang mereka katakan. .
- Dekati orang tersayang anda secara perlahan-lahan, kekalkan hubungan mata dan cuba galakkan komunikasi.
- Sahkan perasaan orang tersayang anda – yakinkan mereka dan akui perasaan mereka.
• Jika orang yang anda sayangi menjadi gelisah /agresif semasa anda menjaganya, terangkan tindakan anda dengan ayat ringkas dan mudah seperti “Saya akan bantu anda tanggalkan baju anda” atau “Kami ada di sini untuk bantu anda”.
•Tanya diri anda jika apa yang anda lakukan untuk orang yang anda sayangi benar-benar perlu dilakukan pada masa itu.
• Beri mereka sedikit masa dan ruang, dan kembali sebentar lagi untuk mencuba lagi secara lembut.
- Jika orang tersayang anda yang hidup dengan demensia menjadi penderaan secara fizikal
• Jarakkan diri anda berdua (sekurang-kurangnya sepanjang lengan) untuk mengelakkan diri anda daripada dicederakan secara fizikal.
• Jangan cuba menghalang atau menyekat kemarahan yang meletus melainkan ia menyebabkan kemudaratan kepada diri mereka sendiri atau orang lain.
• Dapatkan bantuan jika perlu.
• Pastikan persekitaran selamat dengan menyimpan barang-barang berbahaya, seperti gunting, pisau, atau sebarang objek tajam.
• Kenal pasti dan ketahui tanda-tanda atau tingkah laku yang menandakan perasaan kegelisahan atau tingkah laku agresif. Alihkan perhatian orang tersayang anda untuk menumpukan perhatian ditempat lain lebih awal dengan kegiatan-kegiatan yang sesuai, sebelum mereka meletus.
• Pastikan keperluan asas orang tersayang anda dipenuhi, seperti lapar, dahaga, dan tidur yang mencukupi.
• Cuba kekalkan konsistensi dalam rutin harian, persekitaran dan penjaga.
• Pastikan keadaan perubatan dan ubat-ubat orang tersayang anda disemak secara kerap oleh doktor.
Diadaptasikan daripada: Hospital Besar Changi
Ibu Galen: Perjalanan ke Demensia yang Didokumenkan Selama Bertahun-tahun
Galen Yeo mendokumentasikan perubahan drastik ibunya selama bertahun-tahun, sejak dia didiagnosis ada demensia.
Ibunya adalah tuan rumah yang suka bergaul dan disenangi rakan-rakan. Suatu hari, dia mula hilang daya ingatannya. Kecewa kerana kehilangan siapa dirinya, dia akan mempunyai saat-saat marah yang ganas. Berada dekat dengannya menjadi satu ujian yang melelahkan. Ini adalah cabaran-cabaran #menghadapidemensia.
Sumber: CNA Insider
Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.
Tell us how we can improve?
- Changi General Hospital. (2020, October 5). Managing agitation and aggression in dementia. https://www.healthhub.sg/live-healthy/843/managing-agitaton-and-aggression-in-dementia