Playback speed:
Orang yang hidup dengan demensia kadang–kala tidak mahu makan. Mereka mungkin menjadi marah, gelisah, atau mencabar untuk diberi makan semasa waktu makan. Ini boleh berlaku atas pelbagai sebab:
- Tidak menyukai makanan
- Rasa digesa-gesa
- Rasa tidak selesa dengan orang atau persekitaran
- Rasa kecewa dengan kesukaran yang mereka hadapi
Ia boleh menjadi cabaran untuk mengenal pasti masalah sebenar, terutamanya jika mereka mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi. Adalah penting untuk mengingati bahawa tindak balas ini tidak disengajakan.
Cuba jangan menggesa orang tersayang anda atau memaksa mereka untuk makan dan minum dengan cepat. Sebaliknya, cari isyarat bukan lisan seperti bahasa badan dan hubungan mata sebagai cara komunikasi. Tunggu sehingga mereka tenang dan kurang cemas sebelum meneruskan makan.
Perkara Yang Anda Mungkin Perhatikan & Cadangan Strategi Untuk Mencegah Perkara Ini
Menolak percubaan memberi makan, meludahkan makanan
• Periksa mulut mereka untuk ulser atau kesihatan pergigian yang kurang sehat kerana ini boleh menyakitkan
• Galakkan mereka untuk makan atau minum sendiri; pegang tangan mereka perlahan-lahan untuk mengarahkan kutleri ke mulut mereka jika mereka tidak boleh menyuap makanan itu sendiri
• Tawarkan makanan dan minuman biasa atau kegemaran mereka
• Jadikan makanan kelihatan dan berbau menarik – sediakan makanan dengan rasa, warna dan aroma yang berbeza
• Gunakan peralatan yang biasa
• Pastikan suhu makanan yang dihidangkan adalah sesuai
Makan dengan sangat cepat
• Menyelia waktu makan dan gunakan gesaan lisan dan bukan lisan, contohnya meminta mereka mengunyah sebelum menelan
• Letakkan tangan anda di atas tangan mereka dengan lembut untuk mengawal kadar pemakanan mereka
• Potong makanan mereka menjadi kepingan yang lebih kecil untuk mengurangkan risiko tercekik
Terganggu semasa waktu makan/ tidak prihatin terhadap makan
• Siapkan meja secara minimalis
• Pastikan tiada banyak gangguan, contohnya persekitaran yang senyap dan tenang, atau kurang orang
• Mainkan muzik yang tenang dan menenangkan di latar belakang semasa waktu makan
• Pastikan cahaya lampu yang sesuai dan mencukupi