Help Us Improve
5 Min Bacaan

Perbincangan keluarga mengenai perkongsian tanggungjawab penjagaan boleh menjadi sangat membantu apabila orang yang anda sayangi telah didiagnosis dengan demensia. Sesetengah keluarga mungkin berasa kurang selesa untuk membincangkan perkara perkara yang mengkhuatirkan berkaitan demensia, bagaimanapun adalah penting untuk ahli keluarga mempunyai pemahaman yang jelas bahawa perbincangan keluarga adalah tentang menghormati pilihan dan keinginan orang yang anda sayangi. 

Setiap ahli keluarga akan menangani diagnosis ini secara berbeza dan meluahkan fikiran dan emosi mereka dengan cara mereka sendiri. Kadang-kala, ini boleh menyebabkan perselisihan yang tidak disengajakan dalam keluarga. Beberapa perbezaan pendapat yang mungkin timbul daripada penjagaan berkemungkinan adalah tentang: 

  • Jenis penjagaan yang diberikan
  • Tanggungjawab kewangan
  • Peranan setiap ahli keluarga dalam berkongsi tanggungjawab penjagaan
  • Kesukaran dalam menguruskan pekerjaan, tanggungjawab peribadi dan menjaga orang tersayang
  • Emosi yang terbit dalam perjalanan penjagaan
  • Perkara-perkara yang terpendam berkaitan keluarga atau hubungan

Adalah penting untuk isu-isu ini dikenalpasti dan ditangani sebaik mungkin. Membuat persediaan untuk isu isu ini dapat mengurangkan tekanan dan ketegangan daripada tugas penjagaan, dan dalam proses itu, meningkatkan dan mengukuhkan hubungan dan dinamik keluarga.

Tetapkan beberapa peraturan asas untuk membantu anda dan ahli keluarga anda mengemudi perbincangan yang bermanfaat mengenai keprihatinan terhadap tugas penjagaan:

  • Pastikan perbincangan tersebut berpusat pada keperluan dan keinginan orang yang anda sayangi. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang pilihan dan keinginan mereka, anda boleh pertimbangkan untuk melakukan Perancangan Penjagaan Awal (ACP) seawal mungkin. Baca lebih lanjut tentang ACP.
  • Ketepikan masa untuk bertemu dan berbincang secara kerap mengenai penjagaan orang yang anda sayang dan pelbagai tanggungjawab penjagaan lain. Keperluan penjagaan boleh dan akan berubah mengikut peredaran masa. 
  • Adakan perbincangan meja bulat agar setiap orang berpeluang untuk bercakap dan menyuarakan keprihatinan masing-masing.
  • Hormati pandangan dan keperluan satu sama lain. Cuba lihat setiap perkara dari semua perspektif. Setiap orang mempunyai tanggungjawab peribadi yang perlu mereka fikirkan – cth, anak anak, pekerjaan, pasangan, kewangan, dsb.
  • Beri tumpuan pada satu isu pada satu masa sebelum beralih ke isu seterusnya.
  • Fikirkan tentang kaedah yang boleh anda gunakan untuk mencapai kata sepakat keluarga – cth., melalui undian majoriti, mendapatkan nasihat doktor, dsb.
  • Bersikap terbuka untuk berbincang dan jika boleh sesuaikan pandangan anda dengan keutamaan yang ada.

Siapakah yang Patut Menghadiri Pertemuan?

Sekiranya anda mempunyai keluarga yang besar, mungkin akan ada masa-masa di mana ahli tertentu tidak dapat hadir. Dalam kes yang sedemikian, sama ada ahli keluarga tertentu dapat hadir atau pun tidak, adalah penting untuk ahli keluarga yang boleh membuat keputusan utama hadir seberapa boleh. Ini tidak semestinya bermaksud saudara tertua atau orang yang membayar bil. 

Sama ada orang yang anda sayangi yang mempunyai demensia harus berada dalam pertemuan tersebut bergantung kepada yang berikut: 

  1. Adakah orang yang anda sayangi mampu secukupnya untuk berfikir dengan jelas dan menyatakan keinginannya?
  2. Adakah anda fikir dia akan berasa selesa untuk hadir dalam perbincangan tersebut?
  3. Bolehkah keluarga anda berbincang secara terbuka jika orang yang anda sayangi hadir?

Menetapkan Agenda

Dalam pertemuan yang mencerminkan perasaan mendalam dan pendapat dari setiap individu, menempatkan situasi dalam sudut pandangan yang betul akan membantu keluarga untuk beri tumpuan kepada isu utama. Ini boleh dilakukan dengan: 

  • Memberi penerangan tentang demensia supaya semua orang faham apa yang sedang berlaku. Jika selama ini anda telah berbincang dengan doktor atau penjaga kesihatan profesional, maka anda mungkin adalah orang yang terbaik untuk menerangkan apa yang anda tahu.
  • Bentangkan beberapa pilihan penjagaan kesihatan yang sesuai dan kos yang terlibat bagi setiap pilihan.
  • Melantik seseorang dalam keluarga sebagai pembuat keputusan bagi pihak orang yang hidup dengan demensia.
  • Jika orang yang anda sayangi sudah mempunyai penjaga, atau mempunyai pembantu rumah asing yang menyediakan khidmat penjagaan, ahli keluarga harus membuat penilaian sama ada penjaga tersebut mampu memenuhi keperluan keperluan baru dan yang mula terbit untuk orang yang anda sayangi.

Memutuskan Siapa Melakukan Apa

Cara terbaik untuk memilih orang yang boleh membuat keputusan adalah dengan meminta orang yang anda sayangi memilih seseorang sementara dia masih mampu membuat keputusan sendiri. Sekiranya orang tersebut belum dilantik, keluarga perlu mencalonkan seseorang yang disenangi oleh semua. 

Pertemuan ini juga adalah masa yang baik untuk setiap orang memikiran peranan yang boleh mereka ambil dalam perkongsian tanggungjawab penjagaan. Beberapa peranan utama yang kami cadangkan termasuk: 

Penjaga utama

Ia seharusnya orang yang tinggal bersama dan paling banyak menjaga orang yang hidup dengan demensia. 

Kewangan

Seseorang dalam keluarga mungkin menanggung kos penjagaan, manakala ahli keluarga yang lain membantu seberapa yang mereka mampu. 

Pengangkutan

Ahli keluarga yang memiliki kenderaan boleh membantu untuk membawa orang yang hidup dengan demensia berulang alik untuk janji temu; sekiranya keluarga tidak mempunyai kereta atau memilih untuk tidak menggunakannya, seorang ahli keluarga boleh ditugaskan untuk menguruskan pengangkutan bagi orang yang hidup dengan demensia. 

Sokongan untuk penjaga utama

Apabila penjaga utama memerlukan rehat atau bantuan tambahan, atau perlu keluar negara untuk sementara waktu, ahli keluarga yang lain boleh menawarkan diri untuk menyediakan penjagaan yang berterusan. 

Berhubung dengan penjaga kesihatan profesional

Seseorang yang boleh berkomunikasi dan menyampaikan maklumat penting penjagaan kesihatan, sekiranya penjaga utama tidak dapat melakukannya. 

Haruskah Pertemuan Keluarga Diadakan Dalam Persekitaran Penjagaan Kesihatan?

Sesetengah keluarga mungkin lebih suka untuk mengadakan pertemuan di hospital kerana mereka lebih suka berunding dengan penjaga kesihatan profesional secara langsung apabila timbul persoalan. Penjaga profesional seperti kaunselor dan pekerja sosial perubatan juga telah dilatih untuk membimbing keluarga dalam membuat keputusan yang bermanfaat kepada orang yang mereka sayang. 

Setiap keluarga mempunyai situasi mereka yang tersendiri. Anda boleh meminta pekerja sosial perubatan atau penjaga kesihatan profesional di institusi pilihan anda untuk memberikan nasihat lanjut tentang perancangan perbincangan tersebut. Di luar persekitaran penjagaan kesihatan, anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Keluarga. 

Pelajari panduan merancang pertemuan keluarga.

Penglibatan Keluarga

Selepas perbincangan, ahli keluarga harus terus berhubung antara satu sama lain. Media sosial memberikan kemudahan untuk menghubungi satu sama lain dengan pantas, dan aplikasi pemesejan seperti WhatsApp amat berguna untuk keluarga memaklumkan tentang keadaan terkini orang yang mereka sayangi. Ini juga merupakan satu cara yang baik untuk ahli keluarga menunjukkan sokongan mereka kepada penjaga utama. 

Memberikan sokongan emosi kepada penjaga adalah sama hebat seperti membantu dengan tugas harian. 

Pelajari panduan merancang pertemuan keluarga.

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content