Bantu kami memperbaiki
8 Min Bacaan

Bagaimana Komunikasi Boleh Terjejas pada Pelbagai Peringkat Demensia

Seiring dengan perkembangan  keadaan seseorang yang hidup dengan demensia, cara orang lain berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka juga harus berubah untuk menyesuaikan interaksi dengan keperluan mereka, dan untuk memanfaatkan setiap perbualan atau interaksi sebaik mungkin. 

Peringkat Awal

Orang yang hidup dengan demensia 

Mampu mengikuti dan mengekalkan perbualan yang bermakna dengan kesukaran menyebut perkataan tertentu 

Mungkin mempamerkan beberapa kesukaran dalam memberi/menerima arahan dan memahami idea-idea yang sukar

Mungkin bertanya soalan untuk mengesahkan maklumat dengan kerap atau mengulangi perbualan

Mampu berkomunikasi dalam interaksi sosial yang singkat dengan kesukaran berfungsi dalam suasana sosial yang terlalu lama 

Kesukaran untuk mengikuti perbualan yang panjang

Mungkin boleh mengikuti apa yang dikatakan, tetapi terlupa selepas tempoh yang singkat 

Jenaka dan kata-kata sindiran boleh mengelirukan, dan mungkin menimbulkan perasaan sensitif terhadap konteks

Boleh berasa terbeban oleh rangsangan yang keterlaluan

Peringkat Sederhana

Orang yang hidup dengan demensia 

Mungkin boleh mengikut arahan satu langkah yang mudah 

Mungkin mula menunjukkan lebih banyak kesukaran dalam mengikuti dan mengekalkan perbualan

Mungkin memahami maklumat bertulis secara perkataan demi perkataan

Mungkin telah mengurangkan penggunaan kata-kata untuk perbualan

Mungkin bertanya soalan berulang kali

Mungkin menarik diri daripada interaksi jika interaksi tersebut terlalu membebankan

Mungkin mengalami perubahan personaliti dan tingkah laku; Cth. sikap curiga dan delusi yang mungkin menghalang perbualan yang bermakna

Peringkat Lanjut

Orang yang hidup dengan demensia 

Mungkin tidak dapat mengucapkan kenyataan yang bermakna

Mungkin mula mengulangi selepas percakapan orang dalam perbualan 

Mungkin mengalami kesukaran dalam komunikasi lisan kerana keupayaan untuk mengingati kosa kata berkurangan

Mungkin tidak dapat memahami perkataan mudah yang dituturkan kepada mereka

Mungkin menyatakan diri mereka secara lisan dalam tampalan atau rentetan perkataan dan bunyi

Perbualan mungkin terputus 

Mungkin tidak menyedari perbualan yang ditujukan kepada mereka, dan mungkin tidak berupaya untuk bercakap dengan orang lain sama sekali

Mungkin lebih bergantung kepada isyarat visual, konteks, nada suara, dan sentuhan untuk memahami apa yang orang lain katakan kepada mereka; penggunaan kaedah komunikasi bukan lisan adalah disyorkan

Mungkin bertukar kepada bahasa yang biasa digunakan di negara asal mereka atau bahasa ibunda mereka

Diadaptasikan daripada: Kemahiran Berkomunikasi dengan Penghidap Demensia oleh Hospital Khoo Teck Puat dan Hidup dengan Demensia: Kit Sumber untuk Penjaga (yang Menyediakan Penjagaan) oleh Agensi Penjagaan Bersepadu 

Bagaimana untuk Berkomunikasi Dengan Orang Yang Hidup Dengan Demensia

Untuk Penjaga 

Berinteraksi dengan pendekatan CARE 

Sumber: Inisiatif Singapura Mesra Demensia  

Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.

Bercakap dengan orang yang hidup dengan demensia  

Video ini memberikan beberapa saranan tentang bagaimana penjaga boleh bercakap dengan orang yang hidup dengan demensia. 

Sumber: Projek ForgetUsNot oleh Yayasan LIEN  

Sumber ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.

Penjagaan di tempat awam  

Perkongsian oleh seorang penjaga tentang pengalaman lalu di mana dia dan ibunya yang hidup dengan demensia, berinteraksi dengan orang awam. 

Sumber: Projek ForgetUsNot oleh Yayasan LIEN  

Sumber ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.

Tip Umum untuk Berinteraksi Dengan Orang Yang Hidup Dengan Demensia

Seiring dengan perkembangan keadaan seseorang yang hidup dengan demensia, cara orang lain berkomunikasi dan berinteraksi dengan mereka juga harus berubah untuk menyesuaikan interaksi dengan keperluan mereka, dan untuk memanfaatkan setiap perbualan atau interaksi sebaik mungkin 

1. Jangan menguji daya ingatan orang yang hidup dengan demensia dengan bertanyakan apa yang mereka lakukan baru-baru ini.

Disebabkan penyakit ini, mereka tidak dapat mengingati banyak perkara. Anda akan mengecewakan mereka dengan bertanya, “Tidakkah anda ingat?”   Gunakan alat bantu ingatan seperti diari, jam atau kalendar untuk membantu mereka mengetahui apa yang telah mereka lakukan dan apa akan mereka lakukan kemudian. 

2. Permudahkan aktiviti dan komunikasi.

Pecahkan satu aktiviti kepada yang mudahMereka akan dapat memberi tumpuan pada satu langkah pada satu masa dan menyelesaikan aktiviti tersebut. Gunakan ayat  yang ringkas dan mudah. 

3. Yakinkan mereka dan berikan pujian.

Ini akan meningkatkan harga diri mereka dan mengukuhkan tingkah laku positif. 

4. Jangan bertengkar dengan orang yang hidup dengan demensia.

Apa yang mereka lihat, dengar atau ingat mungkin tidak sama dengan apa yang anda lihat, dengar atau tahu. 

5. Kenal pasti dan alihkan benda-benda yang mencetus tingkah laku yang tidak membantu.

Sebagai contoh, jika mereka ingin keluar dari rumah setiap kali melihat kasut di tepi pintu, alihkan kasut tersebut daripada pandangan. 

6. Kenal pasti sebab-sebab yang mendasari perubahan tingkah laku.

Cuba untuk mengenal pasti  jika mereka mempunyai sebarang keperluan mendasari yang tidak dapat mereka luahkan. Sebagai contoh, mereka mungkin menunjukkan perubahan tingkah laku ini kerana merasa terlalu panas atau letih. Mereka mungkin juga memerlukan minuman atau menggunakan  tandas. Jika mereka kelihatan tidak selesa, mungkin itu adalah masalah perubatan. 

7. Teruskan dengan kegiatan sosial.

Kebanyakan individu yang hidup dengan demensia akan mendapat manfaat daripada kegiatan fizikal atau sosial tanpa mengira tahap keterukan keadaan mereka. Kegiatan sosial memastikan mereka kekal berhubung dengan orang lain dan memberikan rasa kesejahteraan diri. Mereka yang berada diperingkat ringan hingga sederhana demensia, akan menikmati berada bersama keluarga dan rakan-rakan dalam perjumpaan kecil kerana mereka masih boleh berbual.  

Kegiatan rekreasi seperti permainan kad atau hobi juga boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk mereka. Walau bagaimanapun, orang yang berada diperingkat lanjut demensia berkemungkinan besar lebih suka berinteraksi secara perseorangan kerana mereka memerlukan lebih banyak isyarat visual dan lisan. 

8. Nikmati kegiatan luar yang selamat.

Penjagaan perlu diambil untuk mengelakkan jatuh apabila orang yang hidup dengan demensia berjalan di tempat awam — anak tangga, tangga, jalan raya dan pusat beli-belah yang sesak — terutamanya jika mereka mempunyai osteoartritis, masalah jantung atau pernah   mengalami angin ahmar sebelum ini. 

Tempat-tempat awam di mana terdapat laluan pejalan kaki yang rata dan tempat duduk yang tersedia untuk berehat adalah sesuai untuk mereka lawati. Beberapa kegiatan yang boleh mereka sertai termasuk lawatan ke taman kejiranan dan taman masyarakat, tai chi/qigong dengan kumpulan masyarakat, atau Memories Cafe atau program Family of Wisdom yang dianjurkan oleh Demensia Singapura (dahulunya dikenali sebagai Persatuan Penyakit Alzheimer). 

Diadaptasikan daripada: HealthHub.sg 

Tip Untuk Perbualan Dengan Orang Yang Hidup Dengan Demensia

Interaksi secara bersemuka

Dekati orang itu dari hadapan.  

Tarik perhatian orang tersebut 

Kekalkan hubungan mata.  

Nada dan kelantangan suara

Bercakap dengan perlahan dan jelas. 

Gunakan nada suara yang lembut, tenang, dan meyakinkan.

Gunakan jenaka yang positif dan mesra untuk menceriakan suasana.  

Elakkan bercakap menggunakan nada suara yang nyaring dan kuat.

Jika orang yang hidup dengan demensia mengalami masalah pendengaran, galakkan mereka agar menggunakan alat bantu pendengaran, dan gunakan gambar/rajah untuk membantu memudahkan perbualan.

Topik perbualan dan aktiviti

Jika anda sedang berbual dengan seseorang yang hidup dengan demensia, berikut adalah beberapa saranan yang boleh anda lakukan:  

Bercakap tentang pengalaman bersama: Anda boleh menceritakan pengalaman anda tentang sesuatu acara atau kenangan. Ini mungkin dapat mencetuskan kenangan dalam diri orang yang hidup dengan demensia tersebut.  

Lihat gambar bersama: Anda boleh melihat gambar dari buku dan surat khabar untuk memulakan perbualan.  

Lihat barang-barang yang mempunyai kenangan bersama: Jika orang yang hidup dengan demensia mempunyai barang-barang  yang sangat berharga kepada mereka, anda boleh melihatnya dan bercakap tentangnya.  

Membaca bersama: Jika mereka boleh membaca, anda boleh bertanya sama ada mereka ingin membaca buku kegemaran mereka. Anda juga boleh membacakan buku itu kepada mereka dan berkongsi pendapat anda tentangnya.  

Dengar muzik bersama: Anda boleh memainkan muzik popular atau muzik yang istimewa kepada mereka daripada zaman awal hidup mereka, dan bercakap tentang muzik ini dengan mereka, serta menyebutkan nama-nama pemuzik dan karya muzik tersebut. Anda juga boleh menyanyi atau menari bersama.  

Penggubahan Ayat

Pastikan ayat yang mudah, ringkas dan tepat.   

Elakkan perbualan yang panjang yang memerlukan pemikiran yang kompleks. Pecahkan tugasan dengan arahan langkah demi langkah yang jelas.  

Gunakan perkataan yang mudah supaya orang yang hidup dengan demensia dapat faham. 

Tanyakan soalan satu per satu kerana soalan yang banyak boleh membingungkan mereka.  

Tanyakan soalan tertutup yang boleh dijawab hanya dengan “ya” atau “tidak.”  

Tanya, “Awak nak kopi?”  

Elakkan bertanya, “Awak nak minum apa?” 

Apabila memberikan pilihan kepada mereka, hadkan pilihan kepada dua sahaja.

Bersabar

Berikan masa yang mencukupi kepada individu yang hidup dengan demensia untuk menjawab. Jangan mencelah atau menghabiskan ayat melainkan mereka meminta bantuan untuk melengkapkan ayat.  

Jika mereka tidak memberi jawapan, ulangi dengan cara yang  lembut, tenang, dan meyakinkan.  

Luangkan masa untuk mendengar apa orang yang hidup dengan demensia terasa, berfikir atau keperluan.  

Berikan sokongan

Menawarkan keselesaan dan meyakinkan mereka boleh menggalakkan mereka untuk berkongsi fikiran mereka dengan anda.  

Kadang-kala, emosi yang diluahkan lebih penting daripada apa yang mereka katakan. Cari niat di sebalik perkataan atau bunyi. Perhatikan bahasa tubuh mereka.  

Tidak mengapa jika anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau dikatakan; kehadiran anda adalah tanda sokongan yang paling penting kepada orang yang hidup dengan demensia 

Layan orang yang hidup dengan demensia dengan maruah dan hormat

Elakkan daripada merendahkan mereka apabila bercakap atau berpaling muka seolah-olah mereka tiada di situ.  

Seboleh mungkin, kekalkan hubungan mata dan akui bahawa anda faham apa yang mereka luahkan dan katakan. 

Jangan ketepikan mereka daripada perbualan dengan orang lain.  

Diadaptasikan daripada: Kemahiran Berkomunikasi dengan Penghidap Demensia oleh Hospital Khoo Teck Puat dan Hidup dengan Demensia: Kit Sumber untuk Penjaga (yang Menyediakan Penjagaan) oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC)  

Berkomunikasi Dengan Orang Yang Hidup Dengan Demensia di Peringkat Akhir Hayat

Tip untuk interaksi

Seboleh mungkin, kekalkan hubungan mata dengan orang yang hidup dengan demensia.

Bercakap tentang perkara-perkara yang menarik minat mereka atau mengenang kembali masa lalu, walaupun anda tidak fikir mereka boleh mengikuti apa yang anda katakan. Mereka mungkin respon kepada nada suara anda dan merasakan jalinan ikatan dengan anda walaupun mereka mungkin tidak memahami apa yang anda katakan.

Gunakan sentuhan fizikal yang sesuai seperti memegang tangan atau pelukan untuk meyakinkan mereka bahawa anda ada untuk mereka.

Ambil masa anda dan perhatikan isyarat-isyarat bukan lisan.

Komunikasi bukan lisan – gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan sentuhan – boleh membantu memudahkan komunikasi. 

Mengunjungi Saudara-mara dan Rakan-rakan Yang Hidup Dengan Demensia

Fahami Demensia

Memahami bagaimana demensia berkembang membolehkan anda untuk lebih memahami apa yang  dilalui oleh orang tersayang anda. Ia akan membantu anda memahami beberapa tingkah laku atau perasaan yang dialami orang tersayang anda. 

Sentiasa Perkenalkan Diri Anda

Sapa orang tersayang anda dengan memperkenalkan nama anda dan apa hubungan anda dengan mereka. Kadang-kala orang tersayang anda mungkin telah terlupa, dan mereka mungkin mengalami  kebimbangan daripada  cuba mengingati siapa anda. 

Jadikan Kunjungan Menyeronokkan!

Jadikan kunjungan itu menyeronokkan dengan membawa sesuatu bersama anda: foto lama, cenderamata daripada percutian lalu bersama, atau suatu barang daripada zaman dahulu. Membaca majalah atau akhbar juga membantu interaksi dengan orang tersayang anda dan memberi anda berdua sesuatu untuk dilakukan bersama. Gunakan muzik untuk menceriakan emosi orang tersayang anda. Muzik boleh mewujudkan suasana yang menenangkan atau menyeronokkan sama ada ia dimainkan daripada CD atau alat muzik. Ia boleh membantu orang yang anda sayangi mengingati kenangan lalu, atau hanya sekadar berseronok! 

Akui Perasaan Orang Tersayang Anda

Berfikiran terbuka dan fleksibel: Kunjungan anda mungkin tidak seperti yang anda rancangkan, tetapi itu tidak mengapa. Berfikiran terbuka tentang kunjungan anda dengan orang tersayang anda, dan sesuaikan dengan tahap tenaga, emosi mereka, dsb. Demensia boleh menyebabkan orang tersayang anda mengalami perasaan kebimbangan, kemarahan atau pergolakan. Akui perasaan orang tersayang anda untuk meyakinan mereka. 

Sesuaikan Gaya Komunikasi Anda

Terokai kaedah-kaedah komunikasi lain selain bercakap. Pegang tangan orang tersayang anda, peluk mereka, urut bahu atau tangan mereka sebagai melengkapi atau menggantikan perbualan.  

Berkomunikasi secara jelas dengan bertanya soalan tertutup dan bukan soalan terbuka. Dengar dengan sabar dan beri dia masa untuk memberi jawapan. Dengan demensia, keupayaan orang tersayang anda untuk mengekspresikan diri mereka mungkin terjejas. Cuba untuk tidak menghabiskan ayatnya. Sebaliknya, dengar dengan sabar semasa dia  bercakap dan mencari perkataan yang betul. 

Sentiasa Berhubung

Sering kali, dianggap bahawa dengan hilang ingatan, interaksi dengan orang yang disayangi dan rakan-rakan tidak mempunyai tujuan atau sedikit tujuan  

Bagaimanapun, menawarkan masa dan kehadiran anda kepada orang tersayang anda membantu mengekalkan kesejahteraan emosi mereka!  Bersikap selesa dengan senyap kerana ia bukanlah sesuatu yang buruk. Nikmati kehadiran satu sama lain dan masa anda habiskan bersama. 

Cara Tidak Berinteraksi dengan Orang Yang Hidup Dengan Demensia  

Filem pendek berikut mengandungi sketsa dengan contoh-contoh bagaimana orang awam seharusnya tidak berinteraksi dengan orang yang hidup dengan demensia yang kelihatan seperti sedang sesat di tempat awam. 

Sumber: Lembaga Penggalakan Kesihatan  

Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.

Video berikut mengandungi contoh-contoh negatif bagaimana orang awam berinteraksi dengan seseorang yang kelihatan seperti mengalami demensia dan sedang sesat semasa dalam persekitaran yang berbeza. Ia juga menyediakan contoh-contoh alternatif bagaimana orang awam boleh membantu dalam situasi yang sama dengan mengenali faktor-faktor dalam perkembangan demensia 

Sumber: Singapura Mesra Demensia 

Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.

Bantu kami memperbaiki

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest
  1. Khoo Teck Puat Hospital. (2010). Communication Skills with Persons with Dementia. Retrieved November 21, 2019.
  2. Health Promotion Board (n.d.). How to Communicate With a Loved One With Dementia. HealthHub.sg. Retrieved May 3, 2021, from https://www.healthhub.sg/live-healthy/994/how-to-communicate-with-a-loved-one-with-dementia
  3. Agency for Integrated Care. (2018). Living with Dementia – A Resource Kit for Caregivers, Providing Care. https://www.aic.sg/resources/Documents/Brochures/Mental%20Health/4%20Books/Book%203%20-%20PROVIDING%20CARE.pdf
  4. Agency for Integrated Care. (2018). Living with Dementia – A Resource Kit for Caregivers, Planning Care. https://www.aic.sg/resources/Documents/Brochures/Mental%20Health/4%20Books/Book%202%20-%20PLANNING%20CARE.pdf

Bantu kami memperbaiki

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content