Penjaga mahu orang yang disayangi tinggal di persekitaran yang paling selesa untuk mereka, yang biasanya adalah di rumah. Walau bagaimanapun, keadaan mungkin memerlukan seseorang yang hidup dengan demensia untuk berpindah ke rumah rawatan jika keperluan mereka tidak dapat dipenuhi di rumah. Ketahui lebih lanjut tentang bila anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan orang tersayang anda, dan bagaimana anda boleh menyokong mereka sepanjang proses tersebut.
Mengapa berpindah ke rumah rawatan?
Adalah dinasihatkan untuk orang yang hidup dengan demensia untuk tinggal di rumah supaya mereka dapat menua di tempat yang dikenali dan selesa untuk mereka. Walau bagaimanapun, keadaan tertentu mungkin membuat orang tersayang anda perlu berpindah ke rumah rawatan. Situasi sedemikian termasuk:
- Jika penjaga utama tidak lagi dapat memberikan penjagaan yang diperlukan oleh orang itu untuk hidup dengan baik
- Jika orang yang hidup dengan demensia tinggal bersendirian, tetapi memerlukan penjagaan tambahan yang terlalu mahal atau sukar diakses dari rumah kerana mereka menggunakan kerusi roda atau terbaring dikatil
- Jika perkhidmatan masyarakat tidak dapat memenuhi keperluan mereka dengan secukupnya
- Kebimbangan keselamatan apabila penjaga tidak dapat mengatasi simptom tingkah laku dan psikologi demensia yang teruk (BPSDs) atau ‘sundowning’ yang dialami oleh orang yang hidup dengan demensia
Pakar penjagaan kesihatan bersekutu mungkin menasihati perubahan pengaturan tempat tinggal dengan pertimbangan berikut, mengikut urutan keutamaan:
- Kesihatan perubatan orang yang hidup dengan demensia
- Keperluan psikoemosi penjaga (sama ada keupayaan penjaga untuk mengatasi tekanan, mengekalkan hubungan peribadi dan mutu hidup dipengaruhi oleh pengaturan penjagaan semasa)
- Status berfungsi (keupayaan untuk menjalankan kegiatan kehidupan harian) dan keselamatan orang yang hidup dengan demensia
- Pertimbangan sosio-ekonomi
Perubahan keadaan mendadak pada orang yang hidup dengan demensia atau kesihatan penjaga mungkin memerlukan orang yang hidup dengan demensia untuk mengubah pengaturan tempat tinggal. Oleh itu, adalah lebih baik untuk bersiap lebih awal lagi dan memilih rumah rawatan terbaik untuk keperluan orang tersayang anda dengan membincangkan rancangan penjagaan jangka panjang dengan mereka sementara mereka masih mempunyai keupayaan mental.
Siapa yang membuat keputusan untuk berpindah?
Keputusan harus diserahkan kepada orang yang hidup dengan demensia, selagi mereka telah dinilai masih mempunyai keupayaan mental. Ini bermakna mereka dinilai masih mampu membuat keputusan penting. Mereka mesti dapat memahami maklumat dan menimbang pilihan, serta memberitahu keputusan mereka.
Walau bagaimanapun, jika orang yang hidup dengan demensia telah kehilangan keupayaan mental yang diperlukan untuk membuat keputusan ini, Penerima Kuasa (donee) Surat Kuasa Berkekalan (LPA) boleh membuat keputusan ini bagi pihak mereka.
Sekiranya orang yang hidup dengan demensia tidak melantik sesiapa sebagai penerima kuasa (donee) LPA mereka, pakar perkhidmatan kesihatan dan sosial boleh menasihati waris mereka mengenai keputusan ini.
Jika seseorang yang hidup dengan demensia tidak lagi mempunyai keupayaan mental dan telah kehilangan hubungan dengan waris mereka, maka badan profesional boleh dilantik sebagai Penerima Kuasa (donee). Mereka kemudiannya dirujuk sebagai pemegang amanah awam.
Untuk maklumat lanjut mengenai Akta Keupayaan Mental, sila rujuk Kod Amalan.
Kod Amalan – Akta Keupayaan Mental
Sumber: Pejabat Penjaga Awam
Kod amalan menghuraikan Akta Keupayaan Mental, terutamanya dalam cara ia digunakan dalam situasi sebenar. Ia membantu para profesional, penjaga berbayar, penjaga tidak formal, keluarga dan rakan-rakan orang yang hidup dengan demensia memahami peranan dan tanggungjawab mereka di bawah akta untuk melindungi kepentingan orang yang kekurangan keupayaan mental.
Sumber ini disediakan dalam bahasa Inggeris.
Adalah perkara biasa bagi penjaga merasa bimbang tentang perubahan hidup yang boleh terjadi semasa hidup dengan orang tersayang mereka yang hidup dengan demensia. Ramai juga yang merasa bersalah atas keputusan untuk memindahkan orang tersayang mereka ke rumah rawatan walaupun ia adalah untuk kebaikannya.
Bagaimanakah berpindahan ke rumah rawatan perlu dilaksanakan?
Orang tersayang anda akan melalui tempoh penyesuaian apabila mereka memasuki rumah rawatan. Penjagaan Sementara di Rumah Rawatan adalah perkhidmatan yang menawarkan penjagaan jangka pendek untuk orang yang hidup dengan demensia, dan boleh berlaku selama beberapa hari hingga tempoh maksimum satu bulan. Walaupun tujuan utamanya adalah untuk memberi rehat kepada penjaga apabila mereka tidak dapat memberikan penjagaan buat sementara waktu, ini mungkin cara yang baik untuk melihat bagaimana orang tersayang anda bertindak balas terhadap persekitaran penjagaan di rumah rawatan dan untuk keluarga menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.
Untuk layak mendapatkan pilihan penjagaan sementara, orang tersayang anda mesti memenuhi beberapa kriteria minimum:
- Mempunyai keperluan penjagaan kejururawatan tahap sederhana hingga tinggi
- Mesti mempunyai pelan penjagaan pelepasan selepas tamat tempoh penjagaan sementara (mereka mesti mempunyai tempat tinggal tetap untuk mereka kembali)
- Permohonan memerlukan rekod perubatan
Selalunya, permohonan ke rumah rawatan dilakukan melalui komunikasi dengan pekerja sosial. Sebagai sebahagian daripada permohonan itu, penilaian keperluan akan dijalankan untuk menilai kesesuaian orang tersayang anda untuk program rumah jagaan sementara atau rumah rawatan, serta mesyuarat keluarga akan dikendalikan untuk mendengar pendapat semua orang yang terlibat. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kriteria permohonan di sini.
Anda atau penjaga yang diberi kuasa juga perlu memberikan laporan perubatan terbaharu orang tersayang anda (bertarikh tidak lebih awal daripada enam bulan dari penyerahan permohonan), yang mesti termasuk yang berikut:
- Diagnosis
- Sejarah Klinikal
- Status fungsian semasa
- Prosedur penjagaan kejururawatan yang diperlukan
- Sejarah alahan ubat (termasuk senarai ubat-ubatan yang ditetapkan pada masa ini)
- Simptom kognitif dan tingkah laku (jika berkenaan)
- Keputusan X-Ray dada (negatif untuk penyakit berjangkit)
- Maklumat vaksinasi COVID-19 (status vaksinasi penuh diperlukan)
Anda juga boleh menggunakan ringkasan pelepasan hospital orang tersayang anda jika mereka dilepaskan dalam tempoh enam bulan permohonan dibuat. Semua dokumen ini boleh disediakan oleh doktor utama orang tersayang anda.
Rumah rawatan akan mengutamakan permohonan berdasarkan kesesuaian orang tersayang anda dengan kriteria yang ditetapkan. Beberapa rumah rawatan mempunyai wad demensia khusus bagi mereka yang boleh bergerak tetapi mungkin mempunyai tingkah laku yang menjadikan mereka tidak sesuai untuk wad umum. Keutamaan biasanya diberikan kepada warga emas yang menggunakan kerusi roda atau terbaring di katil untuk rumah rawatan awam. Untuk rumah rawatan swasta, sesiapa sahaja boleh memohon.
Anda boleh berbincang dengan perunding penjagaan di AIC Links untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai perubahan dalam pengaturan tempat tinggal. Sebagai alternatif, anda boleh berbincang dengan pekerja sosial perubatan di poliklinik semasa lawatan doktor yang berjadual untuk orang tersayang anda.
Menangani keperluan orang tersayang anda semasa berpindah
Apabila orang tersayang anda diterima dan berpindah kerumah rawatan, barang peribadi yang mereka dibenarkan bawa akan dihadkan. Selalunya, mereka hanya diberikan sebuah almari pakaian, atau bahkan hanya satu laci untuk pakaian peribadi. Mereka juga tidak boleh membawa haiwan peliharaan bersama mereka, yang merupakan pertimbangan lain jika orang tersayang anda sangat rapat dengan haiwan peliharaan keluarga. Di mana mungkin, anda juga harus mempertimbangkan sama ada keutamaan kepercayaan agama dan pilihan bahasa orang tersayang anda sepadan dengan rumah rawatan yang anda mohon. Terdapat beberapa rumah rawatan yang bergabung dengan organisasi berasaskan kepercayaan agama.
Setelah berpindah, seawal mungkin, bercakaplah dengan orang yang hidup dengan demensia untuk mengetahui bagaimana perasaan mereka tentang perpindahan itu. Ramai warga emas mengalami tekanan penempatan semula apabila berpindah ke rumah rawatan walaupun tempoh penyesuaian berbeza untuk setiap orang. Sesetengah rumah rawatan juga mempunyai kumpulan sokongan untuk keluarga dan rakan-rakan penghuni rumah tersebut, yang boleh membantu jika anda merasa cemas atas keputusan itu. Bercakap dengan jururawat/kakitangan rumah rawatan tentang sejarah hidup dan minat orang tersayang anda. Anda masih boleh terus terlibat secara aktif dalam penjagaan orang tersayang anda walaupun selepas mereka berpindah ke rumah rawatan.
Berpindah dari Rumah Rawatan kembali ke rumah
Anda atau penjaga yang diberi kuasa juga perlu memberikan laporan perubatan terbaharu orang tersayang anda (bertarikh tidak lebih awal daripada enam bulan dari penyerahan permohonan), yang mesti termasuk yang berikut: Ia bukan perkara biasa bagi orang yang hidup dengan demensia untuk berpindah dari rumah rawatan kembali ke persekitaran rumah. Sekiranya ia berlaku, penjaga harus mengadakan perbincangan dengan pasukan penjagaan di rumah rawatan sebagai sebahagian daripada perancangan penjagaan selepas pelepasan. Anda juga boleh mengatukan untuk seorang ahli terapi pekerjaan untuk membuat lawatan ke rumah dan mengesyorkan perubahan yang diperlukan untuk menjadikan rumah lebih selamat untuk orang tersayang anda. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memindahkan orang tersayang anda pulang ke rumah, anda boleh memohon cuti rumah dari rumah rawatan supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Di bawah cuti rumah, penghuni dari rumah rawatan dibenarkan keluar sementara untuk tinggal di rumah.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan sokongan yang tersedia, hubungi Pasukan Mendekati Masyarakat (CREST).
Sokongan kewangan untuk permohonan ke rumah rawatan
Kos rumah rawatan boleh menjadi sangat tinggi. Sebelum subsidi, kos purata sebulan ialah $4,000 untuk rumah rawatan awam.
Warganegara Singapura dan Penduduk Tetap layak mendapat subsidi antara 10-75% bagi rumah rawatan bergantung kepada pendapatan isi rumah bulanan setiap orang. Jadual tahap subsidi boleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan.
Sokongan Kewangan Lain
- Kecacatan sederhana/ringan: Skim Bantuan Generasi Perintis Kurang Upaya
- Hilang upaya teruk: Program Bantuan Hilang Upaya Interim untuk Warga Emas/ElderFund, MediSave Care, Skim Bantuan Generasi Perintis Kurang Upaya
Anda boleh mendapatkan senarai skim kewangan yang lebih terperinci di sini.
Pilihan lain
Adalah terbaik untuk orang yang hidup dengan demensia melanjutkan usia di rumah selama mungkin. Jika orang tersayang anda tidak memerlukan penjagaan kejururawatan tetapi mempunyai keperluan penjagaan yang tinggi, terdapat beberapa perkhidmatan yang boleh menawarkan sokongan yang mereka perlukan untuk kegiatan kehidupan harian, termasuk:
Sekiranya mereka menghadapi kesukaran dengan beberapa Kegiatan Kehidupan Harian (ADL), anda boleh memohon pakej Penjagaan di Rumah dan Siang Hari Bersepadu (IHDC), yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan penjagaan berasaskan rumah dan pusat yang disesuaikan dengan keperluan orang tersayang anda.
Sekiranya anda menjaga orang tersayang anda di rumah dengan bantuan pembantu rumah, anda juga layak mendapat Geran Penjagaan di Rumah dan Potongan Levi Pembantu Rumah Hijrahan (MDW) sebagai tambahan kepada skim yang disenaraikan di bawah Sokongan Kewangan Lain di atas.
Anda juga boleh mempertimbangkan kemudahan hidup berbantu, seperti St. Bernadette’s Lifestyle Village atau Red Crowns Assisted Living. Kemudahan ini adalah ruang kediaman komunal yang menawarkan perkhidmatan yang disebutkan di atas termasuk mengemas rumah. Ia bertujuan untuk mereka yang memerlukan bantuan dengan kegiatan kehidupan harian (ADL), tetapi bukan penjagaan kejururawatan atau rawatan perubatan, dan boleh menawarkan penduduk lebih kebebasan dan privasi berbanding dengan rumah rawatan.
Jika orang tersayang anda tinggal bersendirian dan lebih suka terus berbuat demikian, anda boleh mengatur perkhidmatan pendamping atau untuk jururawat masyarakat membuat lawatan berkala. Anda juga boleh berhubung dengan pasukan Perkhidmatan Pengurusan Kes Masyarakat (CCMS) untuk penyelarasan penjagaan. Pembekal CCMS bergantung kepada kawasan kediaman orang tersayang anda, jadi anda boleh bercakap dengan perunding penjagaan AIC untuk mengetahui lebih lanjut atau mendapatkan rujukan dari GP orang tersayang anda.
Anda juga boleh memohon Sistem Pemantauan di Rumah (HoME+) oleh Palang Merah Singapura, yang merupakan sistem bukan invasif yang menggunakan sensor gerakan dan butang panik untuk memantau keselamatan orang tersayang anda dan membantu mereka sekiranya berlaku kecemasan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini memerlukan anda menyediakan rangkaian Wi-Fi di rumah anda. Masa menunggu dari tarikh permohonan HoME+ boleh mengambil masa sehingga enam bulan.
HoME+ Palang Merah Singapura
HoME+ membantu warga emas yang hidup sendiri, melalui talian bantuan dan sistem pemantauan, amaran dan tindak balas untuk keselamatan rumah. Ia menawarkan 100% privasi (tiada CCTV), dan memperkasa warga emas dengan lebih kebebasan dan keselamatan di rumah mereka sendiri. Sistem ini mempunyai 2 sensor gerakan, 1 sensor pintu, 1 get laluan dan 1 butang dures, disokong sepenuhnya oleh pusat panggilan, responder masyarakat dan perkhidmatan ambulans Palang Merah.
Sumber Tambahan
MENCARI RUMAH JAGAAN | Menghubungkan Tip Penjaga
Bagi mereka yang menjaga orang yang hidup dengan demensia, memilih rumah rawatan mungkin akan menjadi keperluan juga pada akhirnya.
Patsy Chia adalah penjaga kepada ibunya selama lebih dari 10 tahun. Dia mengkhususkan faktor-faktor dalam mencari rumah rawatan untuk orang tersayang anda, dan bagaimana keluarga dapat memberikan penjagaan dan keprihatinan walaupun orang yang mereka sayangi tidak tinggal di rumah.
Tell us how we can improve?
Ministry of Health. Subsidies for Residential Long-Term care services. (n.d.). https://www.moh.gov.sg/healthcare-schemes-subsidies/subsidies-for-residential-long-term-care-services
Bursack, C. B. (2020, May 21). Coping with the Decision to Put Your Parent in a Nursing Home.
AgingCare. https://www.agingcare.com/articles/coping-with-nursing-home-decision-149754.htmYeo, J. (2023, January 12). Everything You Need to Know About Nursing Homes in Singapore. NTUC Income. https://www.income.com.sg/blog/nursing-homes-in-singapore