Bantu kami memperbaiki
5 Min Bacaan

Demensia disertai dengan perubahan tingkah laku, yang menjejas orang tersayang anda yang hidup dengan demensia dan serta semua orang di sekelilingnya. Perubahan tingkah laku boleh menjadi salah satu aspek demensia yang paling sukar untuk ditangani. Orang yang hidup dengan demensia dan mengalami perubahan tingkah laku sering digambarkan sebagai mempunyai “personaliti yang sama sekali berbeza” daripada “diri lama” mereka. Perubahan tingkah laku yang berbeza berlaku pada titik yang berbeza dalam peringkat demensia ringan dan sederhana, dan berbeza antara individu serta jenis demensia yang berlainan. 

Berikut adalah beberapa tingkah laku lazim yang dipamerkan oleh orang yang hidup dengan demensia diperingkat ringan, sederhana, dan lanjut, yang berbeza dari seorang ke seorang: 

Demensia Ringan

Terlupa perkara/barang 

Sesekali mengulangi diri sendiri 

Mengasingkan diri daripada orang lain 

Rasa letih sepanjang masa 

Mudah marah

Demensia Sederhana

Sesat di tempat yang biasa mereka pergi

Mengulangi perkara yang dikatakan

Masalah berkomunikasi 

Mengabaikan kebersihan diri dan penjagaan diri

Lupa tentang masa & peristiwa

Hilang barang secara lebih kerap

Gangguan tingkah laku 

Terlupa nama objek biasa dan orang yang dikenali  

Terlupa peristiwa penting, cth. hari lahir anak mereka 

Menjadi keliru tentang masa dan tempat 

Pertimbangan yang lemah atau berkurangan  

Masalah dengan pemikiran abstrak

Masalah menelan

Demensia Lanjut

Kehilangan mobiliti dan keupayaan untuk melakukan tugas harian  

Kehilangan keupayaan untuk berkomunikasi 

Tidak mahu makan

Masalah menelan

Kadang-kala, perubahan tingkah laku di peringkat demensia ringan dan sederhana boleh menimbulkan keprihatinan. Beberapa contoh tingkah laku yang menjadi keprihatinan yang lazim dilihat termasuk:

Pencerobohan (Aggression) 

Pergolakan (agitation) 

Mudah  kecewa

Mudah marah

Cenderung untuk bertengkar

Menjerit atau menangis tanpa sebab

Tidak mahu mandi atau didandan 

Lari dari rumah

Tingkah laku yang tidak terhalang 

Tingkah laku seksual yang tidak sesuai 

Tingkah laku sosial yang tidak sesuai 

Penimbunan (Hoarding) 

Bangun pada waktu malam 

Tingkah Laku yang Berulang-ulang

‘Sundowning’

Kegelisahan atau kebimbangan yang melampau 

Sikap apati atau tidak peduli

Delusi dan/atau halusinasi

Kemurungan  

Tidak dapat mengecam orang-orang yang biasanya dikenali  

Kisah Peribadi

Apa yang Nenek Saya Cuba Katakan 

Dalam video ini, Dr. Chen Shiling, yang menjaga mendiang neneknya yang hidup dengan demensia, memberitahu kita bagaimana dia belajar untuk memahami apa yang cuba dikomunikasikan oleh neneknya sepanjang pelbagai pengalaman yang mencabar serta perubahan tingkah laku neneknya, termasuk, membuat tuduhan yang salah, tingkah laku merayau, dan kemurungan. 

Dr. Chen Shiling adalah seorang Doktor Residen di hospital Khoo Teck Puat. Dia dibesarkan oleh neneknya yang hidup dengan demensia 

Sumber: Inisiatif ForgetUsNot oleh Yayasan LIEN, Hospital Khoo Teck Puat & Demensia Singapura

Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.

Di Mana Wang Saya?

Episod yang melibatkan tuduhan, pertengkaran dan ketegangan adalah mencabar dan menegangkan bagi ahli keluarga. Malangnya, situasi ini biasa berlaku dalam keluarga dengan orang yang hidup dengan demensia.  

Dalam video ini, Lily berkongsi rahsia bagaimana dia selalu dapat ‘jumpa’ wang yang ibu mertuanya hilang. 

  

Lily Phang adalah seorang penjaga dan pengasas bersama Homage, sebuah perkhidmatan penjagaan. Dia membantu keluarganya menangani simptom dan perubahan tingkah laku yang dihadapi ibu mertuanya, Tan Mui Hua. 

Sumber: Inisiatif ForgetUsNot oleh Yayasan LIEN, Hospital Khoo Teck Puat & Demensia Singapura 

Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.

Punca Perubahan Tingkah Laku

Setiap individu mempunyai keperluan yang perlu dipenuhi. Bagaimanapun, oleh kerana demensia menjejas otak yang mengawal semua fungsi mental dan tingkah laku sukarela termasuk pemikiran, emosi dan pertuturan, perkembangan demensia mungkin menyebabkan orang tersayang anda menjadi semakin kurang berupaya untuk mengenali keperluan mereka, mengetahui cara untuk memenuhinya atau menyampaikannya. Di samping itu, perubahan tingkah laku juga berlaku disebabkan oleh perubahan dalam otak. Jenis perubahan tingkah laku yang dipamerkan bergantung pada bahagian otak yang terjejas oleh keadaan yang menyebabkan demensia individu itu juga. 

Ia juga penting untuk memahami tingkah laku ini daripada perspektif orang tersayang anda yang hidup dengan demensia. Mereka mungkin mempamerkan tingkah laku ini akibat keperluan mereka yang tidak dipenuhi, percubaan mereka untuk memenuhi keperluan, atau percubaan untuk berkomunikasi dengan individu di sekeliling mereka. 

Keperluan yang tidak dipenuhi yang menjadi asas pada perubahan tingkah laku secara amnya boleh dikategorikan kepada empat faktor berikut:

1. Keperluan Fizikal: Orang tersayang anda yang hidup dengan demensia mungkin sedang mengalami kesakitan atau tidak selesa, dan mungkin mengalami penyakit lain pada masa yang sama.

2. Keperluan Psikologi/Kognitif: Orang tersayang anda mungkin kemurungan atau mempunyai masalah kesihatan mental yang lain. Mereka juga mungkin berasa keliru atau terancam dalam persekitaran yang tidak mereka kenali atau rasa selesa.

3. Keperluan Sosial: Orang tersayang anda mungkin berasa sunyi, terasing atau bosan.

4. Keperluan Persekitaran/Luaran: Orang tersayang anda mungkin berada dalam persekitaran dengan rangsangan yang keterlaluan (cth., dengan bunyi bising atau persekitaran yang sibuk), atau mengalami rutin yang berbeza dan tidak dikenali.

Menguruskan Perubahan Tingkah Laku

Apabila menguruskan tingkah laku orang tersayang anda, adalah penting sebagai penjaga, untuk mengenal pasti beberapa faktor yang mungkin boleh menyebabkan tingkah laku tertentu berlaku. Sebagai contoh:

Apa yang mencetuskan tingkah laku tersebut: Pertimbangkan keperluan lazim yang  tidak dipenuhi, seperti sembelit, sakit, dan keperluan ketandas, atau pencetus persekitaran seperti bunyi, bau, dan suhu.

Sama ada tingkah laku tersebut menyebabkan kesusahan pada individu tersebut: Jika ya, rawatan segera mungkin diperlukan.

Sama ada keselamatan individu terjejas: Jika ya, persekitaran rumah mungkin perlu diubah suai sedikit untuk memastikan persekitaran selamat.

Bagi setiap perubahan tingkah laku, adalah baik untuk anda berkongsi maklumat di atas yang telah anda kumpulkan dan dapatkan nasihat doktor (pakar geriatrik atau psiko-geriatrik) yang merawat orang tersayang anda yang hidup dengan demensia untuk menyingkirkan sebarang kemungkinan masalah kesihatan fizikal (contohnya, jangkitan, kesan sampingan ubat) yang mungkin menyebabkannya. Selepas menolak kemungkinan masalah-masalah ini, pendekatan bukan farmakologi harus dicuba terlebih dahulu untuk memenuhi keperluan yang belum dipenuhi oleh orang tersayang anda, dan mengurangkan atau mencegah perubahan tingkah laku mereka, sebelum mempertimbangkan pengurusan farmakologi.

Selalunya, kaedah dan teknik harian yang bukan farmakologi yang terbukti berkesan dalam jangka panjang. Langkah-langkah bukan farmakologi seperti intervensi psikososial (cth., terapi muzik, terapi seni) biasanya merupakan pendekatan barisan pertama sebelum rawatan ubat-ubatan dipertimbangkan. Berikut adalah beberapa contoh teknik bukan farmakologi mudah yang boleh dipertimbangkan juga:

1. Semak Semula Pendekatan Anda. Tugas yang dilakukan mungkin terlalu sukar dan perlu dipermudahkan, atau orang tersayang anda yang hidup dengan demensia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk melakukannya. Bantu mereka untuk memberi tumpukan  kepada keupayaan, dan bukan pada ketidakupayaan mereka.

2. Mengesahkan perasaan orang tersayang anda. Akui perasaan dan pengalaman orang tersayang anda, dan sampaikan pengakuan ini dengan sabar melalui kata-kata dan tindakan anda. Jangan berdebat atau bertengkar – tidak perlu untuk sentiasa membetulkan mereka apabila mereka melakukan kesalahan.

3. Arahkan perhatian mereka ke perkara lain. Kenal pasti punca di sebalik tingkah laku tersebut dan tanganinya dengan melibatkan orang tersayang anda dalam kegiatan yang bermakna.

Kadang-kala, gabungan kedua-dua pengurusan bukan farmakologi dan farmakologi mungkin  memberikan hasil yang lebih baik. 

Beberapa Tip untuk Menguruskan Perubahan Tingkah Laku

Dalam episod kelima daripada siri 6 bahagian “Semua Tentang Demensia – Tanya Pakar”, Dr Ng Wai Chong menjelaskan mengapa orang yang hidup dengan demensia mengalami perubahan dalam tingkah laku mereka. Beliau juga menjawab soalan-soalan berkaitan strategi dalam menguruskan perubahan tingkah laku ini, seperti tingkah laku suka merayau, tingkah laku berulang-ulang, tidak mahu mengambil ubat, dan tidak mahu makan.

Sumber: Agensi Penjagaan Bersepadu

Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.

Persatuan Alzheimer dari United Kingdom menyediakan tip-tip umum untuk para penjaga dalam keluarga tentang cara-cara menyokong orang yang hidup dengan demensia bagi memenuhi keperluan mereka serta mengurangkan perubahan tingkah laku mereka menggunakan pendekatan bukan farmakologi. Ia juga menyenaraikan strategi lima langkah untuk menguruskan perubahan tingkah laku. Baca lebih lanjut tentang tip dan strategi Persatuan Alzheimer.  

Akhir sekali, bukan mudah untuk mengurus perubahan tingkah laku yang dipamerkan oleh orang tersayang anda yang hidup dengan demensia. Oleh itu, adalah sama pentingnya untuk anda menjaga diri anda dengan baik dengan mendapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, kaunselor atau kumpulan sokongan, agar dapat membantu anda menangani perjalanan penjagaan anda dengan lebih baik. Ketahui lebih lanjut tentang tip dan sumber tentang bagaimana untuk menjaga diri anda.

Bantu kami memperbaiki

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Bantu kami memperbaiki

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content