Apakah Inisiatif-inisiatif Utama dalam Komuniti yang Mesra Demensia?
Go-To Point Demensia (GTP)
GTP terletak di premis organisasi yang menyokong gerakan #DementiaFriendlySG. Pusat-pusat masyarakat ini menyokong orang yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka melalui yang berikut:
a) Pusat Sumber
Ahli masyarakat dan penjaga boleh mendapatkan sumber pendidikan dan maklumat berguna tentang demensia di sini.
b) Tempat Selamat untuk Pulang
Orang ramai boleh membawa orang yang hidup dengan demensia yang kelihatan sesat dan tidak berupaya pulang untuk mendapatkan bantuan kakitangan di sini.
Jika anda terjumpa orang yang hidup dengan demensia yang kelihatan sesat, anda boleh ke GTP yang terdekat untuk mendapatkan bantuan. Klik banner di bawah untuk melihat senarai GTP di kawasan anda.
Direktori Demensia Go-To Point
Apa itu Go-To Point dan bagaimanakah pekerja organisasi yang mengendalikan Go-To Point boleh menyokong individu yang hidup dengan demensia di Go-To Point ini? Tonton video ini untuk ketahui lebih lanjut.
Menyediakan video GTP: https://www.aic.buzz/SetUpaGTP
Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.
Manual ini berfungsi sebagai rujukan bagi pekerja dalam organisasi yang mengendalikan Go-To Point Demensia (GTP) untuk menyokong orang yang hidup dengan demensia dalam masyarakat. Ia menyelaraskan proses penyediaan GTP, peranan dan jangkaan serta menyediakan senarai sumber-sumber dalam membantu orang yang hidup dengan demensia yang tersesat.
Rangkaian Sokongan Penjaga (CSN)
CSN adalah satu lagi inisiatif di bawah Singapura yang Mesra Demensia untuk menyokong dan berhubung dengan para penjaga kepada orang yang hidup dengan demensia, masalah kesihatan mental atau fizikal. Tujuan CSN dibangunkan adalah untuk mengupayakan penjaga menjaga diri mereka sendiri dan menjadi tunggak sokongan untuk satu sama lain.
Terdapat 3 bidang fokus utama iaitu Penjagaan Diri, Rangkaian Sokongan Rakan Setara dan Pengiktirafan. Kami berharap CSN dapat mempromosikan kesedaran tentang keperluan berbeza yang diperlukan untuk menyokong tugas penjagaan serta menggalakkan pembinaan rangkaian sokongan di mana pihak berkepentingan masyarakat boleh memainkan peranan secara aktif dalam menyokong penjaga dan kesejahteraan diri mereka sendiri dalam masyarakat. Tonton video ini dan muat turun kit alat untuk mengetahui lebih lanjut tentang CSN.
Melaksanakan video CSN yang berkesan: https://www.aic.buzz/SetUpaCSN
Video ini dipamerkan dalam bahasa Inggeris.
Kit alat yang direka khas untuk memberdayakan individu dalam menubuhkan Rangkaian Sokongan Penjaga (CSN) yang menekankan penjagaan diri, sokongan rakan sebaya, dan pengiktirafan kesejahteraan penjaga dalam komuniti. Ia menyelaraskan proses penubuhan CSN dan templat untuk kegunaan anda.
Perkhidmatan
Dalam setiap DFC, terdapat pasukan mendekati masyarakat, juga dikenali sebagai CREST yang mempromosikan DFC, memacu penyediaan program penjagaan, khidmat kesihatan mental dan penjagaan demensia.
Berikut adalah pasukan CREST dalam DFC masing-masing:
DFC | Penyedia Perkhidmatan |
---|---|
1. Yishun | Montfort Care |
2. Hong Kah North | Persatuan Khidmat Masyarakat REACH |
3. MacPherson | Brahm Centre Ltd |
4. Queenstown | Khidmat Masyarakat Fei Yue |
5. Bedok | Montfort Care |
6. Fengshan | The Salvation Army |
7. Bukit Batok East | Perkhidmatan Masyarakat Anglican Singapura |
8. Woodlands | AWWA Ltd |
9. Teck Ghee | AMKFSC Community Services Ltd |
10. Taman Jurong | NTUC Health Co-operative Ltd |
11. Kebun Baru | AMKFSC Community Services Ltd |
12. Yio Chu Kang | AWWA Ltd |
13. Toa Payoh East | Care Corner Seniors Services Ltd |
14. Toa Payoh West-Thomson | Care Corner Seniors Services Ltd |
15. Clementi | Khidmat Masyarakat Fei Yue |
16. Marine Parade | Montfort Care |
Pengupaya Teknologi
Aplikasi Mudah Alih CARA
CARA adalah platform digital gaya hidup dan masyarakat yang menyediakan akses mudah untuk individu yang hidup dengan demensia dan penjaga berhubung dengan ekosistem penyelesaian melalui aplikasi mudah alih.
Sebuah inisiatif oleh Demensia Singapura – peneraju kebangsaan dalam penjagaan demensia khusus, CARA adalah singkatan bagi Community, Assurance, Rewards and Acceptance atau Masyarakat, Jaminan, Ganjaran dan Penerimaan – yang berfungsi sebagai pusat utama untuk ahli mendapatkan sokongan yang diperibadikan dalam perjalanan mereka sebagai orang yang hidup dengan demensia dan penjaga.
Disokong oleh AIC dan NCSS, CARA ialah program keahlian demensia yang pertama seumpamanya di dunia dan boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store. Muat turun adalah percuma.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi CARA dan manfaat daripada rakan kongsi yang mengambil bahagian, lawati laman web CARA.
Bagaimanakah DFC Menyokong Orang yang Hidup dengan Demensia dan Penjaga mereka?
Bagaimanakah Komuniti yang Mesra Demensia Dapat Memberi Manfaat kepada Masyarakat?
Bina Kesedaran Masyarakat
- Tingkatkan kesedaran demensia melalui ceramah, bengkel, gerai acara dan mendekati masyarakat dari rumah ke rumah
- Anjur bengkel kesedaran untuk kakitangan barisan hadapan dan perniagaan tentang cara menyokong orang yang hidup dengan demensia
- Rekrut pelajar, sukarelawan dan pendamping sebagai Rakan Demensia yang akan bantu memerhatikan orang yang hidup dengan demensia dan menyokong usaha kesedaran demensia
- Anjur saringan bersasar untuk pengesanan awal risiko demensia
- Sediakan Go-To Point Demensia agar maklumat mudah diakses dalam masyarakat dan menjadi tempat selamat untuk pulang bagi warga emas yang tersesat
Sokongan untuk Warga Emas Berisiko/ Orang yang Hidup dengan Demensia
- Wujudkan rangkaian yang menekankan penjagaan diri, sokongan rakan setara dan pengiktirafan
- Penyediaan khidmat masa singkat, maklumat dan sumber
Kejiranan yang Selamat untuk Orang yang Hidup dengan Demensia
- Memanfaatkan kajian sekitaran dan peningkatan infrastruktur untuk menjadikan kawasan kejiranan selamat bagi orang yang hidup dengan demensia
- Memanfaatkan teknologi seperti aplikasi CARA untuk mendapatkan sokongan masyarakat agar terus memerhatikan orang yang hidup dengan demensia yang tersesat
- Bekerjasama dengan perniagaan yang merupakan Rakan Kongsi Mesra Demensia bagi mewujudkan persekitaran inklusif untuk kakitangan dan pelanggan mereka
Peranan rakan kongsi masyarakat – peringkat setempat
- Bertanggungjawab dan memacu inisiatif yang memenuhi keperluan masyarakat
- Memulakan perbincangan dan sokongan dalam membangunkan bersama pelan pelaksanaan
Peranan rakan kongsi masyarakat – peringkat kebangsaan
- Bentuk perkongsian strategik untuk menggabungkan dan mempengaruhi dasar-dasar dan amalan dalam mewujudkan persekitaran yang inklusif
- Pemimpin sektor harus mencipta bersama penyelesaian yang memberi manfaat kepada para penduduk secara umum
Peranan AIC
- Libatkan dan hubungkan rakan kongsi masyarakat yang berfikiran sama untuk mencipta penyelesaian bersama dalam pembangunan DFSG
- Nasihat tentang demensia dan potensi peluang
- Berkongsi sumber
Di manakah lokasi Komuniti yang Mesra Demensia?
Pada masa ini, terdapat 16 DFC di seluruh Singapura. DFC terdapat di setiap divisyen. Divisyen merujuk kepada wad dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) atau Kawasan Undi Perseorangan (SMC).
16 DFC mengikut susunan kronologi ialah:
Lima Prinsip Komuniti yang Mesra Demensia
1. Masyarakat tahu tentang demensia dan tahu cara-cara berkomunikasi dengan orang yang hidup dengan demensia
- Penduduk dan rakan kongsi masyarakat tahu di mana untuk mendapatkan bantuan, tahu tanda-tanda dan simptom demensia serta cara-cara berkomunikasi dengan orang yang hidup dengan demensia
- Sertakan barisan hadapan masyarakat seperti akar umbi, sukarelawan, sekolah, kumpulan berasaskan agama, agensi pemerintah, penjaja, perniagaan, peruncit, bank dan kakitangan pengangkutan
- Bina sekumpulan Rakan Demensia yang akan membantu orang yang hidup dengan demensia dan memerhatikan sekiranya mereka tersesat contohnya bawa mereka ke Go-To Point (GTPs)
2. Sumber-sumber wujud untuk pengecaman awal dan sokongan bagi orang yang hidup dengan demensia
- GTP yang mudah diakses dalam setiap DFC harus menyediakan maklumat, sumber dan hubungan perkhidmatan
- Sumber-sumber contohnya bahan-bahan, video, portal sumber demensia (DementiaHub.SG) tersedia untuk penduduk, rakan kongsi masyarakat dan penjaga
- Saringan demensia dengan rawatan susulan disediakan
3. Individu yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka berasa disokong
- Orang ramai tahu tentang demensia dan di mana untuk mendapatkan bantuan, jika perlu
- Penjaga diberi sokongan secukupnya. Contohnya, jadi sebahagian daripada kumpulan sokongan dan mempunyai rakan untuk mendapatkan bantuan apabila perlu
- Sukarelawan dilatih sebagai pendamping untuk memberikan sokongan emosi
- Maklumkan tentang kes apabila terdapat keperluan yang tidak dipenuhi dan hubungkan dengan perkhidmatan
- Teknologi tersedia untuk membantu orang yang hidup dengan demensia yang tersesat
- Platform nasional untuk menyokong penjaga mendapatkan nasihat, melaporkan kehilangan orang tersayang yang hidup dengan demensia. Orang ramai juga boleh menghubungi untuk memaklumkan bahawa mereka telah menjumpai orang yang hidup dengan demensia yang dilaporkan hilang
- Program keahlian demensia untuk penjaga dan orang yang hidup dengan demensia
- Aplikasi mudah alih yang memaklumkan Rakan Demensia apabila seseorang yang hidup dengan demensia hilang
4. Perniagaan dan perkhidmatan bersikap hormat dan membantu terhadap orang yang hidup dengan demensia
- Memahami cabaran yang dihadapi oleh orang yang hidup dengan demensia
- Bina sekitaran fizikal yang membolehkan orang yang hidup dengan demensia bergerak dengan selamat
- Bantu orang yang hidup dengan demensia yang memerlukan bantuan mencari jalan pulang atau membawa mereka ke GTP
- Menerapkan latihan kesedaran demensia sebagai sebahagian daripada program latihan kakitangan
5. Persekitaran adalah selamat dan mudah untuk individu yang hidup dengan demensia berulang-alik
- Berupaya bergerak di kawasan kejiranan dengan selamat
- Perniagaan/agensi pemerintah pertingkat ruang mereka untuk menjadikannya lebih mesra warga emas contohnya lorong laluan lebih besar, papan tanda lebih besar, penanda jalan yang lebih baik