Bantu kami memperbaiki

Apa itu Rakan Mesra Demensia?

Rakan Mesra Demensia adalah organisasi korporat yang melahirkan minat untuk memulakan komitmen jangka panjang untuk melaksanakan amalan-amalan mesra demensia dalam perniagaan/penyampaian perkhidmatan mereka.

Dengan meningkatnya kelaziman demensia, organisasi mungkin melihat peningkatan dalam bilangan pelanggan atau pekerja mereka yang hidup dengan demensia.  Organisasi yang berminat untuk menerapkan amalan-amalan mesra demensia boleh memainkan peranan dalam memastikan perniagaan mereka dilengkapi untuk menangani keperluan yang semakin meningkat dalam empat bidang utama berikut.

1. KAKITANGAN: Perkenalkan Latihan Kesedaran Demensia untuk Kakitangan

Tingkatkan kesedaran demensia di kalangan kakitangan, terutamanya barisan hadapan masyarakat di mana mereka akan mempelajari tanda-tanda dan simptom demensia, untuk memerhatikan dan membantu orang yang hidup dengan demensia yang mungkin mengalami tekanan atau kekeliruan dan memerlukan bantuan apabila mengunjungi premis mereka.

Pilihan yang tersedia:

    • E-pembelajaran: Organisasi boleh menggalakkan para pekerja mereka untuk melengkapkan modul kesedaran demensia mengikut kadar keselesaan mereka sendiri dalam talian sebagai sebahagian daripada program latihan kakitangan.
    • Bengkel yang disesuaikan: Organisasi boleh melibatkan agensi perkhidmatan sosial yang berkaitan (iaitu Demensia Singapura dan Yayasan Tsao) untuk menyediakan latihan yang disesuaikan bagi bidang perkhidmatan mereka. Biasanya bayaran akan dikenakan untuk menyesuaikan latihan dengan menyertakan aktiviti bermain peranan, kajian kes atau pembelajaran pengalaman.
      Hubungi [email protected] untuk maklumat lanjut.
  • Latihan kakitangan dalam syarikat: Organisasi boleh menerapkan kandungan latihan yang dibangunkan oleh AIC untuk pelatih syarikat mereka melatih kakitangan. Ini akan memastikan kakitangan baru menerima latihan demensia yang berkaitan bagi kesinambungan perkhidmatan.

2. PROGRAM: Tingkatkan Tawaran Perniagaan

Melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan rekreasi boleh membantu mencegah risiko demensia bagi warga emas yang sihat serta melambatkan permulaan demensia bagi mereka yang hidup dengan demensia ini.  Aktiviti yang bermakna juga boleh menjadi satu bentuk rehat sementara untuk penjaga. Ini membantu mengekalkan kesejahteraan mental yang baik, lantas mengurangkan tekanan tugas penjagaan mereka. Organisasi boleh pertimbangkan untuk meningkatkan tawaran program mereka (iaitu seni, muzik, tarian, sukan) atau memperkenalkan manfaat (seperti diskaun dan rebat) yang memenuhi keperluan orang yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka.

3. PROSES: Bangunkan Proses Dalaman bagi Menyokong Orang yang Hidup dengan Demensia

Organisasi boleh meneroka pilihan untuk melaksanakan amalan-amalan dalaman bagi menyokong orang  yang hidup dengan demensia di premis mereka. Sebagai contoh, pengendali pengangkutan awam boleh perkenalkan proses untuk membantu orang yang hidup dengan demensia yang kelihatan tersesat dalam pusat pengangkutan mereka. Sektor pengangkutan juga boleh perkenalkan lanyard “’Bolehkah Saya Duduk di Sini” (May I Have a Seat Please) yang memaklumkan penumpang agar memberikan tempat duduk mereka kepada orang yang mengalami kekurangan upaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar semasa menaiki pengangkutan awam.

4. TEMPAT:  Terapkan Reka Bentuk Infrastruktur yang Mesra Demensia

Mewujudkan persekitaran binaan yang lebih mesra demensia membolehkan orang yang hidup dengan demensia terus bergerak dengan selamat. Reka bentuk sedemikian boleh diperkenalkan di kawasan kejiranan, ruang masyarakat seperti kelab masyarakat, kemudahan seperti kedai, pusat beli-belah dan fasiliti pengangkutan atau kawasan penjagaan. Reka bentuk ini mengambil kira keperluan kognitif orang yang hidup dengan demensia (contohnya koridor lebih luas dan berwarna untuk memudahkan mereka mengenali dan mengingati laluan). Ubah suai pada reka bentuk persekitaran binaan ini juga memberi manfaat kepada semua lapisan usia.

 

Lima Sektor Rakan Mesra Demensia yang dikenal pasti dan Peranan mereka

Sektor-sektor ini (tidak menyeluruh) berada dalam kedudukan lebih baik untuk menyokong orang yang hidup dengan demensia hidup dengan selamat dan selesa dalam masyarakat.

Sektor Utama 1: Bangunan

Peranan: Pertingkatkan Infrastruktur
Rasional: Membolehkan orang yang hidup dengan demensia mendapat akses yang lebih baik (iaitu, mencari jalan) dan boleh berulang-alik di sekitar kawasan kejiranan mereka dengan selamat (akses yang lebih mudah dan selamat untuk berulang-alik di kawasan kejiranan mereka)

Rakan Kongsi
  • Penguasa Bangunan dan Binaan
  • Pusat bagi Kota-kota yang Sesuai Didiami
  • Lembaga Perumahan dan Pembangunan
  • Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura
  • Majlis Bandaran
Sektor Utama 2: Pengangkutan

Peranan: Tingkatkan pengalaman berulang-alik
Rasional: Membolehkan orang yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka melakukan perjalanan dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah. Mempromosikan perkhidmatan yang membantu meningkatkan mutu hidup serta aktiviti rekreasi untuk orang yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka

Rakan Kongsi
  • Go-Ahead Singapore
  • Majlis Pengangkutan Awam
  • SBS Transit
  • SMRT Corporation
  • Tower Transit Ltd
Sektor Utama 3: Seni & Riadah

Peranan: Mempromosikan kesihatan mental
Rasional: Mempromosikan perkhidmatan yang membantu meningkatkan mutu hidup serta aktiviti rekreasi untuk individu yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka.

Rakan Kongsi
  • Galeri Nasional Singapura
  • Lembaga Perpustakaan Negara
  • Muzium Negara Singapura
  • The Esplanade Co Ltd
Sektor Utamat 4: Perbankan & Kewangan

Peranan: Tingkatkan kecelikan kewangan
Rasional: Memperkasakan orang yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka agar perbaiki perancangan kewangan mereka.

Rakan Kongsi
  • DBS
  • POSB
Sektor Utama 5: Runcit

Peranan: Tingkatkan bilangan pusat perkhidmatan
Rasional: Wujudkan lebih banyak pusat masyarakat untuk menyebarkan kesedaran demensia di kalangan populasi yang lebih besar

Rakan Kongsi
  • Frasers Property Singapore
  • Pasar Raya NTUC FairPrice
  • Pasar Raya Sheng Siong
Sektor Utama
Rakan Kongsi
Peranan
Rasional
1. Bangunan
• Penguasa Bangunan dan Binaan
• Pusat bagi Kota-kota yang Sesuai Didiami
• Lembaga Perumahan dan Pembangunan
• Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura
• Majlis Bandaran
Pertingkatkan Infrastruktur
Membolehkan individu yang hidup dengan demensia mendapat akses yang lebih baik (iaitu, mencari jalan) dan boleh berulang-alik di sekitar kawasan kejiranan mereka dengan selamat (akses yang lebih mudah dan selamat untuk berulang-alik di kawasan kejiranan mereka).
2. Pengangkutan
• Go-Ahead Singapore
• Majlis Pengangkutan Awam
• SBS Transit
• SMRT Corporation Ltd
• Tower Transit Singapore
Majlis Pengangkutan Awam
Membolehkan individu yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka melakukan perjalanan dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah. Mempromosikan perkhidmatan yang membantu meningkatkan mutu hidup serta aktiviti rekreasi untuk individu yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka.
3. Seni & Riadah
• Galeri Nasional Singapura
• Lembaga Perpustakaan Negara
• Muzium Negara Singapura
• The Esplanade Co Ltd
Mempromosikan kesihatan mental
Mempromosikan perkhidmatan yang membantu meningkatkan mutu hidup serta aktiviti rekreasi untuk individu yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka.
4. Perbankan & Kewangan
• DBS
• POSB
Tingkatkan kecelikan kewangan
Memperkasakan individu yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka agar perbaiki perancangan kewangan mereka.
5. Runcit
• Frasers Property Singapore
• Pasar Raya NTUC FairPrice
• Pasar Raya Sheng Siong
Tingkatkan bilangan pusat perkhidmatan
Wujudkan lebih banyak pusat masyarakat untuk menyebarkan .kesedaran demensia di kalangan populasi yang lebih besar.

Projek Kolaboratif yang Ditampilkan

Sektor-sektor ini dikenal pasti mampu menyokong orang yang hidup dengan demensia untuk hidup dengan baik dalam masyarakat.

Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek kerjasama sedia ada dengan Rakan Mesra Demensia kami:

Latihan Kesedaran Dementia untuk Pekerja Bank

DBS/POSB telah menerapkan kursus Kesedaran Demensia oleh Agensi Penjagaan Bersepadu dalam latihan dalamannya. Ini akan melengkapkan kakitangan dengan kemahiran untuk mengenali tanda-tanda demensia pada pelanggan, dan cara berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang yang menunjukkan tanda-tanda demensia.
Imej: Development Bank of Singapore

Inisiatif 'Cari Jalan Anda' (Find Your Way)

Inisiatif oleh SBS Transit untuk membantu orang yang hidup dengan demensia berulang-alik di sekitar pusat pertukaran bas dan stesen MRT yang sibuk. Menggunakan mural nostalgia barangan warisan untuk membantu mencari jalan.

Inisiatif Go-To SMRT

Go-To SMRT adalah inisiatif oleh SMRT Corporation untuk pertingkatkan perkhidmatan dan kemudahannya untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada orang yang hidup dengan demensia. Go-To point yang Mesra Demensia berfungsi sebagai pusat dalam masyarakat yang menghubungkan mereka yang memerlukan bantuan dengan perkhidmatan berkaitan demensia yang berkaitan.
Imej: SMRT

Kerusi Baik Hati Mesra Demensia

Sebagai sebahagian daripada usaha yang berterusan untuk menjadikan rangkaian pengangkutan awam kita lebih mesra demensia, semua stesen kereta api di seluruh Singapura akan disenaraikan sebagai Go-To Point Demensia (GTP) menjelang akhir tahun 2022. Inisiatif Kerusi Baik Hati ini mempamerkan cara mudah bagaimana penumpang boleh memainkan peranan dalam menjadi sebuah negara yang mesra demensia.
Imej: SMRT

Estet yang Mesra Demensia

Di Yishun, Nee Soon dan kawasan kejiranan lain, inisiatif berasaskan masyarakat telah muncul di serata Singapura bagi membantu mengurangkan beban para penjaga dan menyediakan sistem sokongan untuk orang yang hidup dengan demensia.
Imej: The Straits Times

Seni Bersama Anda

Seni Bersama Anda adalah program muzium berasaskan sains yang dibangunkan oleh Galeri Nasional dengan kerjasama Demensia Singapura, bertujuan untuk memupuk penglibatan positif dan bermakna yang menyokong kesejahteraan diri penjaga dan orang yang hidup dengan demensia dengan mewujudkan persekitaran yang inklusif dan mesra demensia.
Imej: National Gallery

Sing Out Loud! (Nyanyi dengan Lantang!) Bengkel untuk Penjaga

Sing Out Loud! (Nyanyi dengan Lantang!) ialah program penglibatan masyarakat oleh Esplanade dengan kerjasama Demensia Singapura (dahulunya Persatuan Penyakit Alzheimer). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang yang hidup dengan demensia untuk memperdalam penglibatan mereka dengan muzik menerusi kenangan lagu-lagu dan nyanyian vokal.
Imej: Esplanade Theatres by the Bay

Skip to content