Tentang Gerakan Singapura yang Mesra Demensia
Gerakan #DemensiaFriendlySG - Ayuh Kita Sama-sama Membina Singapura yang Prihatin dan Mesra Demensia!
Hulurkan Bantuan, Jadi Rakan Demensia
1. Memerhatikan satu sama lain
Orang yang hidup dengan demensia mungkin menghadapi kesukaran dengan pertuturan, koordinasi pergerakan atau daya ingatan yang lemah. Ini adalah antara cabaran akibat kemerosotan kognitif di otak yang menjejas fungsi tubuh mereka.
Mereka mungkin memerlukan bantuan kita apabila bergerak di kawasan kejiranan semasa melakukan aktiviti harian mereka. Anda boleh memainkan peranan dengan mengetahui tentang demensia dan simptomnya supaya anda boleh terus memerhatikan apabila mereka memerlukan bantuan.
2. Ketahui Go-To Point Demensia (GTP) yang terdekat dengan anda
Pada 20 November 2022, Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) secara rasmi melancarkan kempen sulung untuk menerajui gerakan nasional dalam menjadikan Singapura mesra demensia. Gerakan sosial ini bertujuan untuk menghimpunkan masyarakat, termasuk individu dan perniagaan agar memainkan peranan dalam membina Singapura yang penyayang dan mesra demensia. Ia bertujuan untuk tingkatkan kesedaran orang ramai tentang demensia dan menggalakkan setiap individu agar menghulurkan bantuan sebagai Rakan Demensia. Penting untuk negara kita yang semakin menua bina persekitaran yang prihatin dan menyokong bagi individu yang hidup dengan demensia untuk terus menjalani kehidupan yang selesa dalam masyarakat.
Gerakan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Singapura yang Mesra Demensia (DFSG), yang diumumkan pada 2016 oleh Kementerian Kesihatan (MOH) bagi menangani kelaziman demensia yang semakin meningkat di Singapura. Diterajui oleh AIC, kempen ini bertujuan untuk menyebarkan mesej tentang pentingnya mewujudkan masyarakat yang inklusif dan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi Rakan Demensia dalam menyokong individu yang hidup dengan demensia dalam masyarakat.
Jika anda terjumpa seseorang yang kelihatan sesat di kawasan kejiranan anda, anda boleh membawa mereka ke GTP demensia yang terdekat dengan anda. GTP ini adalah pusat dalam masyarakat, yang disokong oleh syarikat korporat dan rakan kongsi masyarakat dan berfungsi sebagai tempat selamat untuk pulang bagi individu yang hidup dengan demensia yang merayau dan tersesat. Kakitangannya telah dilatih cara-cara membantu mereka untuk bersatu semula dengan keluarga mereka. Orang ramai juga boleh mengambil risalah demensia atau mengetahui sumber-sumber tentang demensia di GTP ini.
Klik banner di bawah untuk melihat senarai GTP di kawasan anda.
3.Muat turun aplikasi CARA
Anda boleh bantu mencari individu yang hidup dengan demensia yang dilaporkan hilang dalam masyarakat melalui aplikasi ini. CARA, singkatan bagi ‘Community, Assurance, Rewards and Acceptance’ atau ‘Masyarakat, Jaminan, Ganjaran dan Penerimaan’, telah dibangunkan oleh Demensia Singapura dalam menyokong orang ramai tentang demensia dan program demensia untuk individu yang hidup dengan demensia dan penjaga mereka.
Muat turun aplikasi untuk:
- Mengakses sumber dan sokongan yang dipercayai
- Mendapatkan pengecam unik dan kad keahlian untuk individu yang hidup dengan demensia
- Menerima sokongan bagi individu yang hidup dengan demensia yang tersesat pulang dengan selamat
Semua Orang Boleh Menjadi Rakan Demensia
Dengar daripada individu-individu berikut yang kita temui dalam kehidupan seharian kita. Representasi profil ini menggambarkan pelbagai cara yang mesra demensia yang boleh kita pamerkan sebagai Rakan Demensia.
Baca lebih lanjut tentang bagaimanda anda boleh mejadi seorang Rakan Demensia.
Sertai Gerakan
Jadi Rakan Demensia hari ini dan terima pin Giffy anda! (Selagi stok masih ada.)
Rakyat Singapura boleh menyertai Gerakan #DementiaFriendlySG melalui cara berikut:
- ‘Like’ halaman Facebook Singapura yang Mesra Demensia untuk mengikuti perkembangan terkini, peraduan dan kuiz serta acara-acara, dan berita tentang demensia.
- Ketahui tentang demensia dengan melengkapkan modul e-pembelajaran tentang kesedaran demensia.
- Muat turun aplikasi CARA (dibangunkan oleh Demensia Singapura) untuk memerhatikan individu yang hidup dengan demensia yang dilaporkan hilang.
- Ketahui lebih lanjut tentang demensia dan sumber penjagaan di DementiaHub.SG.
Cabaran Giffy
‘Follow’ Singapura yang Mesra Demensia di Facebook dan nantikan Cabaran Giffy kami di mana kami akan melancarkan beberapa siri aktiviti kempen.
Cari pelekat rakan Gerakan #DementiaFriendlySG yang diletakkan di premis organisasi rakan kongsi kami.
Jika anda memerlukan nasihat atau sokongan tentang demensia, kesihatan mental atau sumber penjagaan, anda boleh hubungi Pasukan Mendekati Masyarakat (CREST) yang terdekat dengan anda. Pasukan CREST fokus untuk tingkatkan kesedaran orang ramai tentang keadaan kesihatan mental dan demensia, mempromosikan pengecaman awal individu yang berisiko, menyediakan sokongan emosi kepada individu dan penjaga mereka dan menghubungkan individu dengan khidmat penjagaan kesihatan dan sosial yang berkaitan apabila perlu. Ketahui lebih lanjut tentang CREST dan cari senarai pasukan ini di sini.
Facta Menarik
Mengumpulkan “Hati” yang Mesra Demensia
Kempen ini mengamalkan konsep hati, dan menampilkan maskot mesra demensianya, Giffy, untuk menggambarkan tingkah laku mesra demensia yang dapat membantu bina sebuah negara yang lebih baik dan penyayang. Ia menyeru anggota masyarakat untuk menjadi Rakan Demensia bagi menyokong orang yang hidup dengan demensia.
Temui Giffy, Maskot DFSG
Untuk pertanyaan tentang kerjasama yang mesra demensia, sila e-mel [email protected]
Dimulakan Oleh:
Dengan kerjasama
Rakan Strategik Kami:
Rakan Penjagaan Kami:
Komuniti yang Mesra Demensia
Yishun
Hong Kah North
MacPherson
Queenstown
Bedok
Fengshan
Teck Ghee
Taman Jurong
Bukit Batok East
Woodlands
Toa Payoh East
Toa Payoh West-Thomson
Kebun Baru
Yio Chu Kang
Clementi
Rakan Mesra Demensia (Korporat / Organisasi)
Arts & Leisure
Building
Banking
Retail
Transport
Go-To Point Demensia
Untuk senarai penuh pusat rakan kongsi yang disenaraikan sebagai GTP, sila klik di sini.
Kami mengucapkan terima kasih kepada Rakan Demensia, korporat dan rakan kongsi masyarakat yang menyertai kami dalam perjalanan membina Singapura yang prihatin dan mesra demensia ini.