Help Us Improve
6 Min Bacaan

Peranan anda sebagai penjaga berubah dengan perkembangan keadaan orang yang anda sayangi. Di bawah adalah ringkasan pengalaman penjagaan melalui pelbagai peringkat demensia:1-3

Penjagaan Peringkat Awal

Apa yang mungkin anda alami sebagai penjaga

Orang yang anda sayangi baru-baru ini telah didiagnosis dengan demensia, dan anda mungkin merasakan bahawa anda tiba-tiba memainkan peranan baharu yang tidak biasa sebagai penjaga. Anda mungkin diselubungi dengan emosi. Ini adalah perkara biasa. 

Anda mungkin mengalami atau merasa:

  • Penafian mengenai diagnosis;
  • Merasa tidak tentu tentang tempat untuk mencari maklumat dan bantuan profesional yang berkaitan dengan demensia;
  • Tekanan dan Kebimbangan disebabkan oleh ketidakpastian tentang masa depan apabila keadaan berlanjutan;
  • Takut dan bimbang tentang keupayaan anda untuk menyokong orang yang anda sayangi yang hidup dengan demensia; dan 
  • Kemarahan atau Kekecewaan dengan kehilangan kawalan ke atas masa depan.

Apa yang boleh anda lakukan sebagai penjaga

Jika orang yang anda sayangi didiagnosis dengan demensia ringan, mereka kemungkinan besar boleh berdikari dalam kebanyakan aktiviti kehidupan seharian, seperti makan, mandi dan berpakaian, dan lain-lain. Mereka mungkin masih boleh memandu dan bekerja.

Walau bagaimanapun, mereka mungkin memerlukan isyarat dan peringatan untuk membantu dengan ingatan untuk:

  • Merancang dan mengatur perkara
  • Mengingati nama 
  • Mengingati janji temu perubatan  
  • Menguruskan ubat-ubatan  
  • Menguruskan kewangan

Sebagai penjaga, anda boleh:

  • Menyokong orang yang anda sayangi dalam memaksimumkan ketakbersandaran mereka dalam aktiviti kehidupan seharian selama mungkin. Anda boleh berbincang dan mencari keseimbangan antara saling bergantung dan ketakbersandaran dengan orang yang anda sayangi. Ini juga boleh meningkatkan keyakinan mereka.
  • Bincangkan dan fahami emosi anda dan orang yang anda sayangi bersama-sama. Penafian dan ketakutan adalah perkara biasa bagi penjaga dan orang yang hidup dengan demensia.
  • Teruskan membantu orang yang anda sayangi hidup dengan baik. Walaupun mereka didiagnosis dengan demensia, mereka tentu mahu hidup dengan baik selama mungkin. Galakkan mereka untuk kekal sihat secara fizikal dan mental melalui senaman dan diet seimbang, dan aktif secara sosial dan tetap berhubungan.
  • Rancang masa depan bersama-sama mengenai hal-hal kewangan dan undang-undang, dan pengaturan penjagaan jangka panjang. Perbincangan dengan ahli keluarga yang lain akan sangat membantu. Dengan melakukan ini, ia juga boleh membantu mengurangkan kerisauan dan kebimbangan anda mengenai perkara ini.
  • Jaga diri anda. Penjagaan orang yang hidup dengan demensia adalah perjalanan panjang yang ada pasang surutnya. Adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan anda terlebih dahulu untuk memberikan penjagaan yang berkualiti kepada orang yang anda sayangi.
  • Perkasakan diri dengan maklumat dan sumber. DementiaHub.SG menyediakan sumber dan maklumat yang boleh anda manfaatkan untuk memperdalamkan pemahaman anda tentang demensia dan bagaimana untuk menjaga orang yang hidup dengan demensia. Luangkan masa anda untuk meneroka portal ini dan lawati bila-bila masa yang diperlukan.

Penjagaan Peringkat Pertengahan

Apa yang mungkin anda alami sebagai penjaga

Kemungkinan anda seorang penjaga berpengalaman dengan pengalaman beberapa tahun.

Oleh kerana orang yang anda sayangi yang hidup dengan demensia sederhana memerlukan sokongan yang semakin meningkat dalam aktiviti kehidupan seharian mereka, menunjukkan perubahan dalam tingkah laku dan/atau emosinya, dan mengalami kesukaran berkomunikasi, anda akan mempunyai lebih banyak tanggungjawab untuk menyokong kesejahteraan mereka. Ini melibatkan membuat keputusan untuk mereka dan menyediakan penjagaan fizikal.

Demensia secara beransur-ansur boleh mengubah keperibadian orang yang anda sayangi hingga anda mungkin akan bertanya jika ini adalah orang yang sama yang anda kenal dan sayangi. Ini mungkin sukar diterima, terutamanya jika anda mempunyai ikatan istimewa dengan mereka. Pada ketika ini, ingatlah bahawa orang yang anda sayangi masih orang yang sama walaupun sekarang mereka sedang hadapi cabaran dalam berkomunikasi dan mengekspresikan diri mereka.

Walaupun akan adanya hari-hari yang mencabar dan memenatkan, akan ada juga hari-hari yang baik. Walaupun ia mungkin atau mungkin tidak berlaku, ada kemungkinan hubungan anda dengan orang yang anda sayangi mungkin bertambah baik dan anda mungkin menikmati sebahagian dari perjalanan penjagaan anda.

Apa yang boleh anda lakukan sebagai penjaga

Oleh kerana orang yang anda sayangi menjadi lebih bergantung kepada anda untuk sokongan dan bantuan, anda perlu mewujudkan struktur dan membangunkan rutin harian. Pada masa yang sama, adalah baik untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan rutin ini kerana demensia mereka akan terus berlanjutan. Hayati kreativiti anda semasa anda menjana dan mengubah suai pelbagai strategi dan cara untuk menjaga orang yang anda sayangi.

Tanggungjawab penjagaan akan menjadi lebih mencabar secara fizikal dan/atau emosi, jadi ianya penting untuk anda memberi tumpuan kepada penjagaan diri anda juga.

Penjagaan Peringkat Akhir

Apa yang mungkin anda alami sebagai penjaga

Apabila demensia orang yang anda sayangi berkembang ke peringkat yang lebih lanjut, mereka akan bergantung sepenuhnya kepada anda untuk aktiviti kehidupan seharian mereka. Selain itu, mereka mungkin lebih terdedah kepada jangkitan, terutamanya ulser kulit dan radang paru-paru kerana telah menghabiskan berjam-jam di kerusi roda atau katil.

Orang yang anda sayangi akan memerlukan penjagaan fizikal yang lebih intensif sepanjang masa, dan anda mungkin memerlukan sokongan dan bantuan tambahan di rumah.

Orang yang anda sayangi menghampiri akhir hayatnya. Merasakan kehilangan adalah sebahagian daripada kehidupan. Adalah wajar untuk berasa sedih apabila orang yang anda sayangi meninggal dunia. Pada masa yang sama, sementara kesedihan adalah tindak balas sejagat terhadap sebarang bentuk kehilangan, tindak balas setiap orang terhadapnya berbeza-beza

Apa yang boleh anda lakukan sebagai penjaga

Walaupun orang yang anda sayangi mungkin menghabiskan banyak masa di atas katil atau kerusi roda, dan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan mengekspresikan diri mereka, mereka masih mempunyai keupayaan untuk mengalami dunia melalui deria mereka (penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan). Anda boleh melibatkan mereka dalam aktiviti yang merangsang deria. Contoh salah satu aktiviti tersebut ialah program Namaste Care.

Anda juga boleh berkumpul dengan ahli keluarga dan penjaga untuk membincangkan pengaturan penjagaan alternatif untuk orang yang anda sayangi untuk memastikan mereka mendapat penjagaan yang mereka perlukan dengan sewajarnya.

Jika kesedihan anda berterusan selama bertahun-tahun dan mula mengganggu kehidupan seharian anda, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor anda atau seorang kaunselor.

Gambaran keseluruhan aktiviti yang anda boleh libatkan orang yang anda sayangi pada setiap peringkat demensia, dan sumber dan sokongan yang ada boleh dimanfaatkan untuk memudahkan peranan penjagaan, boleh dilihat di bawah ini:   

Tahap Ringan Demensia

Contoh aktiviti rekreasi

  • Fungsi riwayat kehidupan, contohnya menulis memoir, membuat koleksi gambar atau video  
  • Mengenang Melalui Gambar   
  • Kesenian & Kraf  
  • Hobi
  • Permainan  

Perkhidmatan untuk memudahkan peranan penjagaan

  • Nombor-nombor kecemasan  
  • Talian bantuan
  • Hospital
  • Latihan Penjaga
  • Kaunseling  
  • Penjagaan Sementara
  • Pusat Aktiviti Warga Emas  
  • Pusat Jagaan Warga Emas  

Skim untuk mengurangkan tekanan kewangan apabila memberi penjagaan

Demensia Tahap Sederhana

Contoh aktiviti rekreasi

  • Mengenang Melalui Gambar   
  • Kesenian & Kraf  
  • Hobi
  • Permainan  

Perkhidmatan untuk memudahkan peranan penjagaan

  • Nombor-nombor kecemasan
  • Talian bantuan  
  • Hospital Pemerintah  
  • Hospital Komuniti  
  • Latihan Penjaga
  • Kumpulan Sokongan Penjaga  
  • Kaunseling  
  • Penjagaan Sementara  
  • Penjagaan Rumah  
  • Pusat Aktiviti Warga Emas  
  • Pusat Jagaan Warga Emas  
  • Rumah Rawatan  

Demensia Tahap Lanjut

Contoh aktiviti rekreasi

  • Kesenian & Kraf  
  • Hobi
  • Permainan

Perkhidmatan untuk memudahkan peranan penjagaan

  • Nombor-nombor kecemasan
  • Talian bantuan  
  • Hospital Pemerintah  
  • Hospital Komuniti  
  • Latihan Penjaga
  • Kumpulan Sokongan Penjaga  
  • Kaunseling  
  • Penjagaan Sementara  
  • Penjagaan Rumah  
  • Pusat Aktiviti Warga Emas  
  • Pusat Jagaan Warga Emas  
  • Rumah Rawatan  

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest
  1. Alzheimer’s Association. (n.d.). Early-stage caregiving. https://www.alz.org/help-support/caregiving/stages-behaviors/early-stage
  2. Alzheimer’s Association. (n.d.). Middle-stage caregiving. https://www.alz.org/help-support/caregiving/stages-behaviors/middle-stage
  3. Alzheimer’s Association. (n.d.). Late-stage caregiving. https://www.alz.org/help-support/caregiving/stages-behaviors/late-stage

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content