Playback speed:
Menangani kehilangan adalah sebahagian daripada kehidupan. Tidak mengapa untuk berasa sedih apabila orang yang disayangi meninggal dunia.
Kesedihan adalah reaksi terhadap sebarang bentuk kehilangan. Meskipun ia merupakan pengalaman sejagat, respons terhadapnya berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada pelbagai faktor seperti hubungan dengan orang di sayangi tersebut, dan makna yang diberikan padanya.
Berikut adalah beberapa reaksi lazim yang mungkin anda dan ahli keluarga anda yang lain alami semasa mengalami kesedihan.
Tingkah laku
Keresahan, ketegangan, kegelisahan, keletihan, aktiviti berlebihan, mencari, menangis, mendengus, menarik diri daripada sosial, kehilangan minat, tenaga rendah, bermimpi tentang arwah, keterikatan kepada/penolakan barang-barang yang berkaitan dengan arwah.
Reaksi Fizikal/ Tubuh
Hilang selera makan, gangguan tidur, kehilangan tenaga, keletihan, mengadu perut terasa kosong, sesak dada, tekak tersekat, sesak nafas, terlampau sensitif terhadap penglihatan/bau/bunyi, aduan fizikal yang serupa dengan arwah, penurunan imuniti.
Fikiran
Keasyikan memikirkan tentang arwah, merasakan kehadiran arwah, rasa tidak percaya, perasaan tidak realiti, tidak berdaya, putus asa, kesukaran daya ingatan dan tumpuan, pelupa, fikiran yang tidak teratur.
Emosi
Putus asa, tertekan, kebimbangan, ketakutan, rasa bersalah, menyalahkan diri sendiri, kemarahan, mudah marah, kesunyian, kesedihan, kerinduan, rasa terkejut, rasa kebas, rasa bebas, rasa lega.
Menangani Kesedihan
- Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi: Jika anda tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, tidur sebentar, bertenang dan membaca buku atau mendengar muzik.
- Teruskan dengan aktiviti biasa anda sebanyak mungkin. Ia akan mengisi masa anda dalam tempoh kesedihan ini.
- Kelilingi diri anda dengan orang-orang yang tersayang. Berkongsi kenangan tentang arwah. Jangan takut untuk ketawa tentang saat-saat lucu yang telah anda kongsikan.
- Elakkan penyelesaian singkat. Ia mungkin menggoda untuk mengambil alkohol, makan berlebihan, atau mekanisme lain yang tidak membantu sebagai kaedah untuk menangani kesedihan. Walaupun ia mungkin kelihatan membantu buat sementara waktu, ia sebenarnya akan menjadikan hidup lebih sukar dalam jangka panjang.
- Cuba bersikap terbuka untuk menerima sokongan daripada orang lain.
- Cari ketenangan dalam kumpulan sokongan atau ibadah anda. Menghadiri sesi kumpulan sokongan boleh membantu anda berkomunikasi dengan orang lain yang sedang dalam situasi yang sama. Sembahyang/doa, dan meditasi boleh membantu anda berasa lebih tenang.
- Cuba menjadi kreatif. Tulis puisi atau cipta lukisan untuk meluahkan perasaan anda. Anda mungkin dapat mengatasi kehilangan anda dengan cara yang lebih sihat.
- Temui semula atau sertai aktiviti-aktiviti secara sendirian atau berkumpulan.
- Cari masa untuk menyemak kewangan anda. Jika seperti sesetengah penjaga, anda telah berhenti kerja untuk menyediakan penjagaan, anda mungkin berasa tidak pasti untuk bekerja semula. Berikut ialah beberapa inisiatif yang tersedia untuk membantu anda dalam peralihan ini.
- Agensi Tenaga Kerja Singapura membantu rakyat Singapura mencari pekerjaan dan meneroka peluang kerjaya baru.
- SkillsFuture adalah gerakan nasional untuk menyediakan peluang kepada orang ramai untuk mengembangkan potensi mereka melalui penguasaan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.
- Percubaan Kerjaya E2i adalah sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan kerjaya untuk mengukuhkan peluang pekerjaan rakyat Singapura, melalui tempoh pekerjaan jangka pendek dengan majikan.
Ketahui Bila untuk Mendapatkan Bantuan Profesional
Tiada garis masa khusus untuk merasa sedih. Ramai orang mendapati diri mereka dapat menangani keadaan dengan lebih baik sambil masa berlalu.
Jika reaksi kesedihan anda terus merasa berat dan kerap sehingga menjejas kesihatan, penjagaan diri, fungsi harian, prestasi kerja atau sekolah dan perhubungan anda, anda mungkin mengalami kemurungan. Apabila ini terjadi, cuba dapatkan bantuan profesional daripada doktor perubatan, ahli psikologi atau kaunselor.
.
Anda juga boleh menggunakan alat penilaian diri di Mindline.sg untuk memeriksa kesejahteraan emosi anda.
Di Mana untuk Mendapatkan Bantuan?
Anda boleh berjumpa doktor swasta atau doktor poliklinik berdekatan anda untuk mendapatkan bantuan. Anda juga boleh mendapatkan kaunselor yang pakar dalam masalah kesedihan, kehilangan dan kemurungan. Berikut ialah beberapa bantuan dan sumber yang ada:
1. Senarai khidmat kaunseling dan psikoterapi yang pakar dalam masalah kesedihan, kehilangan, dan kemurungan di laman web Persatuan Kaunseling Singapura.
2. Menjaga Diri Anda Selepas Berlaku Kematian oleh Majlis Hospis Singapura dalam mengatasi kedukaan.
3. Penyedia khidmat mengatasi kedukaan
4. Menangani kedukaan oleh Institut Kesihatan Mental.