Playback speed:
Penjaga orang yang hidup dengan demensia menghadapi cabaran yang unik. Perkembangan demensia boleh mengambil masa beberapa tahun dan keperluan penjagaan berbeza-beza sambil orang tersayang mereka melalui peringkat-peringkat demensia. Berita baiknya ialah, tiada seorang pun penjaga yang bersendirian. Terdapat beberapa inisiatif di Singapura untuk membantu menyokong penjaga, khususnya mereka yang menjaga orang tersayang yang hidup dengan demensia. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya!
Kumpulan Sokongan Penjaga
Kumpulan Sokongan Penjaga (CSG) menawarkan persekitaran yang peribadi dan selamat untuk penjaga berkongsi fikiran, cabaran dan pembelajaran mereka antara satu sama lain memandangkan mereka melalui pengalaman yang serupa. Pengalaman sedemikian membolehkan penjaga berkongsi pengetahuan mereka melalui tip-tip penjagaan praktikal dan penjagaan diri.
CSG juga membantu penjaga memahami bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjalanan penjagaan mereka dan membolehkan kumpulan ini menyokong satu sama lain secara emosi.
Mencari Kumpulan Sokongan Penjaga
Kumpulan Sokongan Penjaga terdapat di hospital, dalam masyarakat dan juga dalam talian. Anda boleh bercakap dengan seorang pekerja sosial atau bertanyakan rakan penjaga untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan sokongan untuk penjaga dan orang tersayang yang hidup dengan demensia.
Berikut adalah senarai komprehensif kumpulan sokongan yang boleh dihubungi:
Di Hospital & Pusat Pakar
Hospital Khoo Teck Puat (KTPH)
Sesi Kumpulan Sokongan Demensia di KTPH adalah percuma dan terbuka kepada semua. Kumpulan ini berjumpa pada hari Sabtu terakhir bulan-bulan ganjil, dari 1ptg hingga 3 ptg.
Tel.: 6555 8000
Emel: [email protected]
Institut Sains Neuro Nasional (NNI)
Sesi Kumpulan Sokongan Demensia di NNI dianjurkan oleh pasukan CARe (Penilaian Kognitif & Pemulihan). Ia ditujukan untuk pesakit NNI yang hidup dengan demensia permulaan muda atau atipikal dan penjaga mereka. Sesi dijalankan pada pagi Rabu dan petang Khamis.
Tel.: 9656 8078
Emel: [email protected]
Dalam Masyarakat
Kumpulan Sokongan Penjaga yang dikendalikan oleh DSG terdapat dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu. Kumpulan bahasa Inggeris dijalankan di pelbagai lokasi pada hari bekerja dan Sabtu, manakala kumpulan bahasa Mandarin juga disediakan pada hari Sabtu. Kumpulan Sokongan adalah terhad kepada penjaga keluarga yang menjaga orang yang hidup dengan demensia.
Tel.: 6377 0700
Emelkan sebarang pertanyaan di sini.
Daftar terus dalam talian.
Caregivers Alliance Limited (CAL)
Kumpulan Sokongan disediakan untuk graduan program latihan penjaga-kepada-penjaga.
Tel.: 6460 4400
Persatuan Kebajikan Penjagaan (CWA)
Kumpulan Sokongan di CWA terbuka kepada semua penjaga keluarga dan diadakan dua kali sebulan, mengikut tema tertentu.
Tel.: 6466 7957 / 6466 7996/ 6734 2991
Emel: [email protected]
Kumpulan Sokongan di Club Heal ditawarkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan di tiga Pusat Kesejahteraan Mental yang terletak di kawasan yang berbeza.
Tel.: 6899 3463
Emel untuk mendaftar: [email protected]
Lihat buku kecil di sini.
Menganjurkan Caregivers’ Cove Conversations di mana penjaga berkumpul untuk berkongsi dan belajar tetang keprihatinan-keprihatinan lazim berkaitan demensia.
Kumpulan Sokongan Dalam Talian
Banyak kumpulan masyarakat persendirian aktif di laman media sosial seperti Facebook.
Kumpulan-kumpulan adalah dalam bentuk:
- Kumpulan sokongan dalam talian di mana penjaga berinteraksi dengan penjaga yang lain (contohnya, Facebook Dementia-Friendly Singapore, Facebook TOUCH Caregivers Support)
- Kumpulan minat di mana penjaga dan orang awam yang berminat menyertai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
- Projek Rangkaian Masyarakat (contohnya, Rangkaian Masyarakat ‘Project We Forgot’)
Rangkaian Sokongan Penjaga
Rangkaian Sokongan Penjaga (CSN) dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha di bawah inisiatif Dementia-Friendly Singapore (DFSG) untuk menyokong dan berhubung dengan penjaga-penjaga yang menjaga orang yang hidup dengan demensia, dan untuk menangani kesihatan mental atau keadaan kesihatan fizikal di kalangan para penjaga. Matlamat CSN adalah untuk memperkasakan para penjaga melalui Rangkaian Sokongan Rakan Setara yang fokus kepada penjagaan diri, perubahan cara pemikiran dan memberikan pengiktirafan.
Jadual di bawah menyenaraikan Rangkaian Sokongan Penjaga yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang berbeza di Singapura. Untuk membuat pertanyaan tentang CSN di kawasan tertentu, sila hubungi mereka di nombor telefon yang disertakan dalam jadual. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang CSN, anda boleh menghubungi Agensi Penjagaan Bersepadu di [email protected].
Kawasan Tengah
Toa Payoh East: Care Corner Senior Services Ltd (Tel.: 6258 6601)
Teck Ghee: Alkin Singapore Ltd (Tel.: 6312 8100)
Yio Chu Kang: AWWA Ltd (Tel.: 9621 7856)
Kawasan Timur
Bedok: MontfortCare (Tel.: 6312 3988)
Kawasan Utara
Woodlands: AWWA Ltd (Tel.: 9784 9247)
Kawasan Selatan
Queenstown: Fei Yue Community Services (Tel.: 6471 0012)
Kawasan Barat
Hong Kah North: REACH Community Services (Tel.: 6801 0878 / 6801 0876)
Taman Jurong: NTUC Health Co-operative Services (Tel.: 8223 1135)
Serata Singapura
Caregivers Alliance Limited (Singapore) (Tel: 6460 4400)
Club HEAL (Tel: 6899 3463)
Demensia Singapura Ltd (Tel.: 6377 0700)
Lain-lain Bentuk Sokongan untuk Penjaga
Talian Bantuan Demensia
Demensia Singapura juga menyediakan talian bantuan khidmat kaunseling untuk penjaga yang menjaga orang yang hidup dengan demensia. Kami memberikan jaminan bahawa semua maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.
Jika anda menjaga orang tersayang yang hidup dengan demensia dan memerlukan pertolongan atau bantuan tentang apa yang sesuai untuk anda, hubungi Talian Bantuan Demensia di 6377 0700 atau hantarkan pertanyaan dalam talian.
Talian Bantuan Demensia dibuka:
Mon to Fri: 9am to 6pm
Sat: 9am to 1pm
(Ditutup pada hari Ahad & cuti umum)