Bantu kami memperbaiki
3 Min Bacaan

Sifat pelupa bukanlah satu-satunya tanda amaran demensia. Sebaliknya, ia mungkin disebabkan penuaan biasa dan bukan demensia. Ketahui bagaimana demensia berbeza daripada penuaan biasa. 

Sambil kita meningkat usia, ada di antara kita yang mungkin menjadi lebih pelupa dan memerlukan lebih masa untuk mengingat sesuatu, atau malah sukar untuk melakukan pelbagai tugas secara serentak. Ia boleh membimbangkan sekiranya ini adalah tanda-tanda awal demensia. Bagaimanapun, ini boleh disebabkan oleh penuaan biasa dan bukan demensia. 

Jadual di bawah membandingkan 9 perbezaan antara tanda-tanda penuaan biasa dan simptom demensia. 

Perubahan Berkaitan Umur

Demensia

Masalah daya ingatan  

Sesekali terlupa nama atau janji temu dan acara, tetapi dapat mengingatnya kemudian. Kadang-kala, terlupa sepenuhnya apa yang telah disebut oleh orang lain.

Mungkin menghadapi masalah mengingati orang atau tarikh dan acara penting, dan/atau meminta maklumat yang sama berulang-kali sehingga boleh menjejas kegiatan harian mereka (cth., berjalan-jalan dan membeli barang).  

Hilang barang  

Sesekali hilang barang, tetapi dapat menjejak semula untuk mencarinya. 

Hilang barang dan tidak mampu menjejak semula untuk mencarinya. Meletakkan barang di tempat yang ganjil (cth., meletakkan telefon bimbit dalam peti sejuk), dan/atau menuduh orang lain mencuri. Tingkah laku ini mungkin lebih kerap terjadi sambil masa berlalu.  

Masalah persepsi visual  

Perubahan penglihatan berkaitan umur, seperti katarak atau glaukoma, boleh mengakibatkan penglihatan yang lemah.

Tidak mampu mengenali objek dan wajah akibat perubahan dalam otak. Kesukaran mengenal pasti corak, warna, jarak dan ruang (cth., silau di lantai dianggap sebagai air bertakung).

Masalah berjalan & mobiliti

Atas sebab-sebab kesihatan berkaitan umur, seperti otot lemah dan masalah sendi, mungkin mengalami rasa sakit dan tegang apabila berjalan, atau sukar untuk berjalan jauh atau menaiki tangga.

Kemampuan untuk berjalan dengan selamat beransur-ansur hilang kerana keseimbangan dan kesedaran terhadap persekitaran yang berkurangan. Mungkin memerlukan lebih banyak sokongan untuk duduk, berdiri dan bergerak sambil masa berlalu.

Perubahan perasaan, tingkah laku & personaliti  

Kadang-kala jemu dengan kerja, keluarga dan kegiatan sosial dan berasa sedikit muram atau gelisah. Sesekali menjadi cepat marah apabila rutin lazim atau cara pilihan dalam melakukan sesuatu diganggu.

Mengalami perasaan yang cepat berubah tanpa sebab yang jelas, menarik diri daripada kegiatan sosial, menjadi pasif, dan tidur lebih daripada biasa. Menjadi kurang sensitif terhadap orang lain.

Keliru tentang masa & tempat  

Sesekali keliru tentang hari tetapi dapat mengingatinya semula kemudian. Kadang-kala terlupa sebab mereka pergi ke satu tempat di dalam rumah, tetapi dapat ingat semula mengapa.

Tidak dapat mengenal masa, atau keliru tentang waktu makan (cth., minta makan tengah hari pada waktu malam). Tidak mampu mengecam lokasi mereka, walau rumah sendiri, yang menyebabkan rasa marah apabila dalam persekitaran yang tidak dikenali atau bising. Sesat di tempat yang sering mereka pergi.

Kesukaran berkomunikasi  

Kadang-kala mengalami sedikit kesukaran mencari perkataan yang tepat. Perlu berusaha untuk fokus apabila berbual, tetapi kadang-kala hilang fokus dalam perbualan jika terganggu atau jika beberapa orang bercakap secara serentak.

Sukar untuk meluahkan perasaan, mencari perkataan yang tepat atau menamakan objek. Sukar memahami apa yang orang lain katakan, dan kadang-kala menghentikan perbualan tanpa mengetahui bagaimana untuk meneruskannya.

Pertimbangan & tingkah laku sosial  

Sekali-sekala membuat keputusan yang kurang baik.

Tidak tahu sama ada selamat atau betul untuk melakukan sesuatu perkara (cth., memberi sejumlah besar wang kepada orang yang tidak dikenali, atau menjerit dan menanggalkan pakaian di khalayak ramai).

Kesukaran merancang, memikirkan & menyelesaikan tugas-tugas lazim  

Menjadi perlahan untuk bertindak terhadap sesuatu atau memikirkan sesuatu dengan teliti, dan menjadi kurang mampu melakukan pelbagai tugas secara serentak, terutamanya apabila tumpuan terganggu. Sesekali membuat kesilapan, cth. semasa merancang bajet bulanan keluarga.

Kesukaran merancang dan menjalankan tugas-tugas lazim dan harian (cth., mengatur senarai barangan dapur, mengurus bajet bulanan keluarga dan membayar bil, atau mengingati peraturan permainan kegemaran). Kurang memberi perhatian kepada dandanan atau kebersihan. Kesukaran menumpukan perhatian dan mengikut arahan, dan disebabkan ini, mengambil masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu

Kandungan dalam jadual diadaptasi daripada Persatuan Alzheimer  

JANGAN: Gunakan senarai di atas untuk mendiagnosis diri sendiri atau mendiagnosis seseorang yang hidup dengan demensia. 

LAKUKAN: Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami simptom demensia, dapatkan nasihat doktor keluarga atau doktor poliklinik yang boleh membimbing seseorang melalui proses ujian dan diagnosis. 

Bantu kami memperbaiki

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest
  1. Alzheimer Society of Calgary. (n.d.). Young-Onset Dementia. Retrieved 5 March, 2020, from https://www.alzheimercalgary.ca/learn/types-of-dementia/young-onset-dementia

Bantu kami memperbaiki

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Forget Us Not: Building a Dementia Friendly Community

9 Differences between Normal Ageing and Dementia

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content