Bantu kami memperbaiki
3 Min Bacaan

Semua jenis demensia adalah progresif, bermakna simptom-simptom pada permulaannya mungkin ringan tetapi akan menjadi lebih serius sambil masa berlalu. Apabila ini berlaku, seseorang yang hidup dengan demensia akan memerlukan lebih banyak bantuan dan sokongan dalam menjalani kehidupan harian. Demensia menjejas setiap individu secara berbeza. Ini termasuk bagaimana mereka mengalami simptom, kadar perkembangan demensia (yang mana ianya berbeza bagi jenis-jenis demensia yang berlainan), serta jenis dan tahap sokongan yang diperlukan.

Demensia mempunyai beberapa peringkat. Dalam semua jenis demensia, masalah daya ingatan merupakan tanda awal. Kemahiran kognitif merosot secara beransur-ansur dan di peringkat lanjut, kegiatan harian akan menjadi semakin mencabar tanpa bantuan

Perkembangan demensia secara amnya boleh dikategorikan dalam tiga peringkat – peringkat ringan, sederhana dan lanjut. Peringkat-peringkat ini adalah penjelasan ringkas bagaimana simptom-simptom demensia berubah dari semasa ke semasa. Ia boleh digunakan sebagai panduan untuk membantu mereka yang hidup dengan demensia serta keluarga mereka bersedia untuk masa hadapan. Mungkin sukar untuk menentukan peringkat demensia seseorang kerana simptom boleh dialami dalam susunan yang berbeza dan peringkat demensia kadang bertindih. Bagaimanapun, memahami peringkat-peringkatnya membantu kita melihat bagaimana demensia berkembang secara umum

Yang berikut memberikan gambaran keseluruhan tentang bagaimana simptom-simptom ini menjejas seseorang yang hidup dengan demensia dan berubah dalam tiga peringkat tersebut: 

Kegiatan Kehidupan Harian 

Demensia Ringan

Masih boleh menjaga diri sendiri dalam kegiatan kehidupan harian asas, iaitu kebersihan diri, berpakaian

Mungkin mengalami sedikit kesukaran dengan:

⇒ Menaiki pengangkutan awam
⇒ Pengurusan wang

• Mungkin mengalami kesukaran merancang dan mengurus kerja rumah seperti mencuci dan memasak

• Mungkin mengalami kesukaran untuk memulakan aktiviti

Demensia Sederhana

• Perlu diingatkan dan dibantu dalam tugas harian

• Memerlukan bantuan untuk berpakaian, kebersihan diri, menggunakan tandas, makan, dan beberapa kegiatan harian yang lain

• Risiko tinggi untuk terjatuh

Demensia Lanjut

• Tidak mampu menjaga diri sendiri. Bergantung sepenuhnya pada bantuan untuk kebersihan diri, makan, menggunakan tandas dan mandi

• Masalah dengan keseimbangan, koordinasi, mengakibatkan ketidakstabilan dan terjatuh

• Berkemungkinan mengalami masalah mobiliti, mungkin terlantar di kati

• Masalah makan dan menelan

• Kehilangan kawalan pundi kencing dan usus

Tingkah Laku

Demensia Ringan

Sikap tidak peduli; kurang minat dalam aktiviti yang pernah mereka lakukan

Mungkin menjadi lebih suka menyendiri

Perasaan yang cepat berubah-ubah atau muram

Demensia Sederhana

Merayau

• Tindakan/soalan yang berulang-ulang

• Susunan tidur yang terbalik

Berasa marah kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik

Mungkin kelihatan tertekan, dan lebih mudah merajuk, kecewa, marah dan curiga

Demensia Lanjut

Menangis, menjerit atau bercakap berulang-ulang sebagai cara untuk memaklumkan keperluan diri

Menolak penjagaan disebabkan kekeliruan

Pasif atau menyendiri

Kemerosotan Kognitif

Daya Ingatan

Demensia Ringan

Pelupa (Kesukaran dalam daya ingatan jangka pendek)

Daya pertimbangan yang terjejas

Daya pemikiran abstrak yang terjejas

• Penempatan barang yang tidak tepat 

Demensia Sederhana

Kesukaran dalam daya ingatan jangka pendek dan jangka panjang

Mungkin mula lupa atau tidak dapat mengenali ahli keluarga tertentu

Mungkin mula tidak dapat mengingati alamat atau nombor telefon sendiri

Demensia Lanjut

Tiada kesedaran yang jelas tentang masa lalu atau kini

Tidak mampu mengenali diri sendiri

Tidak mampu mengenali objek-objek biasa

Bahasa & Komunikasi

Demensia Ringan

Sukar memahami jalan cerita dan perbualan 

Sukar mencari perkataan yang sesuai atau mengingati nama

Demensia Sederhana

Sukar berkomunikasi disebabkan pertuturan yang berulang atau tidak mampu memahami konteks

Sukar meluahkan emosi dan memaklumkan keperluan diri

Demensia Lanjut

Tidak mampu berkomunikasi melalui bahasa

Tidak mampu berbual secara bermakna

Mungkin tidak mampu berkomunikasi atau ada kalanya tidak responsif 

Pertuturan yang sukar difahami 

Mungkin menyatakan keperluan diri dengan menjerit

Pengiraan

Demensia Ringan

Masalah mengendalikan kewangan

Demensia Sederhana

Mungkin menghadapi masalah melakukan kira-kira mudah

Demensia Lanjut

Tidak mampu melakukan sebarang pengiraan 

Kekeliruan  

Demensia Ringan

Mungkin sesekali berasa keliru, tetapi boleh pergi ke tempat-tempat yang kerap dikunjungi

Mungkin tersesat di tempat-tempat yang tidak berapa dikenali

Demensia Sederhana

Mungkin mengalami kekeliruan secara umum; mungkin mempunyai masalah mengetahui hari, tarikh dan/atau waktu

Mungkin tersesat di luar rumah, walaupun di tempat-tempat yang dikenali

Demensia Lanjut

Tidak dapat membezakan siang dan malam

Boleh tersesat di dalam rumah

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Bantu kami memperbaiki

Ya Tidak
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Jangan Lupakan Kami: Membangun Komuniti Mesra Demensia

Memahami Demensia

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content