Bantu kami memperbaiki
3 Min Bacaan

Pernahkah anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah kehilangan ingatan buat beberapa waktu? Pernahkah anda berasa bimbang sama ada anda atau ahli keluarga anda hidup dengan demensia? Diagnosis dapat membantu menangani kebimbangan ini dan mengurangkan sebarang kegelisahan yang mungkin anda alami mengenai simptom yang dialami oleh orang tersayang anda.

Sumber: Channel News Asia

Dokumentari ini menjejak individu-individu yang perasan tentang perbezaan dan perubahan pada minda mereka dan ingin mengetahui mengapa, dan menunjukkan proses menjalani ujian bagi demensia.

Video ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Mendapatkan diagnosis adalah langkah pertama yang penting bagi anda dan ahli keluarga anda yang hidup dengan demensia. Ia bukan sahaja memberikan penjelasan tentang simptom yang dialami oleh orang tersayang anda, tetapi boleh mempercepatkan proses rawatan, mendapatkan sokongan dan penjagaan profesional, serta merancang untuk masa hadapan.

Dapatkan akses kepada pilihan rawatan farmakologi dan bukan farmakologi

Walaupun tiada rawatan pada masa ini yang dapat membalikkan tahap kognitif yang merosot akibat demensia, masih terdapat pelbagai ubat dan intervensi psikososial yang boleh membantu melambatkan kemerosotan ini dan membantu orang tersayang anda mengekalkan mutu hidup mereka selama mungkin. Kajian juga menunjukkan bahawa rawatan biasanya adalah paling berkesan di peringkat awal.1

Mulakan mencari khidmat sokongan dan skim kewangan yang sesuai untuk ahli keluarga anda yang hidup dengan demensia dan juga diri anda sendiri

Terdapat pelbagai program yang tersedia untuk orang yang hidup dengan demensia dan juga penjaga mereka: 

  • Rangkaian Penjagaan dan Sokongan
  • Pasukan Mendekati Masyarakat (CREST)
  • Pasukan Intervensi Masyarakat (COMIT)
  • Khidmat Penjagaan Siang Hari
  • Rumah Rawatan
  • Penjagaan Sementara


Ketahui
lebih lanjut.

Selain itu, menjaga orang yang hidup dengan demensia mungkin memerlukan kos penjagaan perubatan yang besar. Mujur, terdapat beberapa skim kewangan yang boleh anda pertimbangkan untuk membantu meringankan beban kewangan dan perancangan kewangan anda:

  • Dana Mobiliti dan Pengupayaan Warga Emas (SMF)
  • Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif (EASE)
  • ElderShield
  • CareShield Hayat
  • Program Bantuan Sementara untuk Orang Lanjut Usia Kurang Upaya (IDAPE)
  • ElderFund
  • MediSave Care
  • Geran Latihan Penjaga (CTG)


Ketahui lebih lanjut tentang skim-skim kewangan
di sini.

Penting untuk ambil perhatian bahawa antara beberapa faktor lain, kriteria kelayakan bagi khidmat dan subsidi ini biasanya memerlukan diagnosis secara formal. Ini adalah untuk memastikan bahawa bantuan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Sebaiknya, libatkan ahli keluarga anda dalam membuat keputusan ini sementara mereka masih berupaya untuk membuat keputusan yang termaklum.

Bantu ahli keluarga anda membuat penyesuaian gaya hidup yang diperlukan untuk membolehkan mereka hidup baik dan sihat dengan demensia.

Jika ahli keluarga anda masih bekerja, mereka mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan waktu kerja mereka, semak semula tanggungjawab mereka pada masa ini, atau berbincang dengan majikan mereka tentang penyesuaian lain yang perlu dibuat di tempat kerja. Dalam sesetengah kes, perubahan besar ke atas kerjaya, seperti bertukar pekerjaan atau berhenti kerja sepenuhnya, mungkin perlu dilakukan.

Anda berdua juga boleh membincangkan secara lebih awal tentang isu-isu keselamatan yang berpotensi terjadi, seperti memandu  atau  merayau. 

Rancang untuk masa hadapan bagi orang tersayang anda dan juga diri anda sendiri

Selepas didiagnosis, penting untuk menyemak rancangan undang-undang, kewangan dan penjagaan pada masa ini, selain perkara-perkara penting yang lain, sementara ahli keluarga anda masih berupaya membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Penting untuk memperkasakan ahli keluarga anda untuk menentukan aturan pilihan mereka di setiap peringkat demensia mereka, melalui perbincangan bersama keluarga dan profesional penjagaan. Ini juga dapat memberikan anda dan orang tersayang anda ketenangan fikiran dan mengelakkan perselisihan faham dalam keluarga pada masa hadapan. 

Ketahui lebih lanjut tentang perancangan penjagaan awal di sini. 

Ahli keluarga akan dapat menyokong orang yang hidup dengan demensia dengan lebih baik

Sebelum diagnosis yang jelas dibuat, kemungkinan besar anda dan ahli keluarga anda sukar memahami sebab-sebab terjadinya hilang ingatan, masalah komunikasi dan perubahan personaliti, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kurangnya pemahaman sering mengakibatkan kekecewaan dan kekeliruan, kerana kedua-dua pihak mungkin tidak tahu cara menangani perubahan-perubahan ini. 

Bagaimanapun, diagnosis yang jelas dapat memberikan kesedaran bahawa insiden-insiden sedemikian sebenarnya adalah simptom demensia. Ini memudahkan orang tersayang anda, rakan dan keluarga, untuk lebih memahami keadaan orang tersayang anda serta cabaran-cabaran yang dialami. 

Ketahui lebih lanjut tentang keperluan orang yang hidup dengan demensia di sini. 

Teruskan membaca untuk mengetahui di mana untuk mendapatkan diagnosis, dan cara memulakan perbualan tentang mendapatkan diagnosis. 

Sumber Tambahan

Dalam video oleh Agensi Penjagaan Bersepadu ini, tonton Emily Ong, seorang Penyokong Demensia, berkongsi cerita beliau tentang motivasi untuk mendapatkan diagnosis. 

Video ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Bantu kami memperbaiki

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest
  1. Prince, M., Bryce, R., Ferri, C., World Alzheimer report 2011: the benefits of early diagnosis and intervention. Alzheimer’s Disease International (2011). https://www.alzint.org/u/WorldAlzheimerReport2011.pdf

Bantu kami memperbaiki

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Sumber Boleh Dimuat Turun

Bahan berikut mengandungi maklumat ringkas tentang demensia. Untuk memuat turun atau mencetaknya, hanya klik pada imej. Anda juga boleh memilih bahasa bahan tersebut dengan mengklik butang “Pilih Bahasa”.

Artikel Berkaitan

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content