Help Us Improve
2 Min Bacaan

Mengetahui bagaimana demensia mengubah otak, yang menjejas simptom-simptom demensia, membantu kita memahami tingkah laku yang  dipamerkan oleh orang yang  hidup dengan demensia

Otak manusia adalah organ sistem saraf yang mengawal aktiviti tubuh, memproses maklumat yang diterima oleh tubuh, dan mengawal fungsi psikologi seperti kognisi dan emosi. Perubahan pada keadaan bahagian-bahagian otak boleh menyebabkan kerosakan sementara atau yang berpanjangan. 

Beberapa jenis demensia yang lebih lazim adalah keadaan neurokognitif seperti demensia Alzheimer, demensia Vaskular, demensia Lewy Body, dan demensia frontotemporal.

Kebanyakan simptom-simptom yang berkait dengan keadaan neurokognitif ini bertindih. Inilah sebabnya mengapa orang-orang yang ada jenis demensia yang berbeza mempunyai simptom yang serupa. 

Pada masa yang sama, setiap keadaan neurokognitif disebabkan oleh corak perubahan fizikal dan kimia yang berbeza di dalam otak. Ini menyebabkan sedikit perbezaan dalam corak perkembangan simptom, atau dikenali sebagai “presentation” keadaan (bagaimana keadaan seseorang itu “dipamerkan”).

Bagaimana Perubahn Dalam Otak Menjejas Simptom Demensia  

Walaupun  bagaimana demensia dipamerkan banyak  bergantung pada perubahan dalam otak, tanda-tanda dan simptom juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, seperti persekitaran fizikal seseorang (contohnya bunyi bising, suhu) dan persekitaran sosial (contohnya sama ada orang tersebut merasa diterima dan dihormati). 

Bagaimanakah perubahan otak menjejas seseorang? 

Di mana perubahan berlaku di dalam otak  

  • Bahagian-bahagian berbeza di dalam otak berkait rapat dengan fungsi otak. 
  • Kerosakan pada sesuatu bahagian boleh mengganggu fungsi yang berkait dengan bahagian otak tersebut.

Jenis-jenis perubahan otak  

Bagaimana simptom berkembang bergantung pada jenis perubahan otak yang berlaku, seperti: 

  • pembentukan protein yang tidak normal 
  • gangguan aliran darah ke otak  
  • terlalu banyak cecair serebrospinal di ventrikel otak 
  • kecederaan otak yang traumatik  
  • isyarat tidak normal di dalam otak  

 

Sama ada perubahan otak adalah sementara atau berpanjangan menjejas bagaimana simptom  dipamerkan oleh seseorang.  

Keadaan kesihatan lain yang dihidapi seseorang juga boleh menjejas apa yang berlaku di dalam otak, yang boleh menjejas keadaan mental seseorang. 

Sebagai contoh, sesuatu jangkitan boleh menyebabkan seseorang meracau, yang merupakan perubahan mendadak di otak yang menyebabkan kekeliruan mental.

Perbezaan unik setiap orang 

  • Setiap orang mempunyai tubuh, otak, dan sejarah yang unik yang membentuk bagaimana sesuatu keadaan berkembang di dalam otak mereka. 

Video di bawah menunjukkan bagaimana penyakit Alzheimer, yang merupakan sejenis demensia, mengubah otak. 

Sumber: Institut Penuaan Kebangsaan 

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana otak berfungsi. 

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Was this article helpful?

Yes No
×

Tell us how we can improve?

×

Thank you for your feedback!

Your feedback will really help us to improve our content to support those living with dementia.

Follow us on social media:

Facebook Pinterest

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Downloadable Resources

The following material contains bite-sized information about dementia. To download or print it, simply click the image. You may also select the language of the material by clicking the “Select Language” button.

Related Articles

Sed tristique blandit facilisis eleifend elit lobortis eros, massa aenean. Suspendisse aliquam eget tortor viverra nulla duis.
Skip to content