Playback speed:
Beberapa masalah kesihatan berkongsi simptom dengan demensia. Berikut adalah perbandingan antara demensia, gangguan kognitif ringan, kemurungan, dan kecelaruan:
Demensia & Gangguan Kognitif Ringan (MCI)
Demensia dan gangguan kognitif ringan adalah masalah kesihatan yang berbeza.
Gangguan Kognitif Ringan (MCI) adalah keadaan di mana keupayaan kognitif termasuk daya ingatan dan kemahiran berfikir, menurun secara sederhana tetapi boleh dilihat dan diukur.
Seseorang yang hidup dengan MCI masih boleh berfungsi pada tahap biasa mereka tetapi berisiko tinggi untuk hidup dengan demensia.
Tidak seperti demensia, MCI tidak menjejas keupayaan seseorang untuk menjalankan tugas rutin mudah atau menjalani kehidupan yang normal.
Demensia & Kemurungan
Oleh kerana kemurungan dan demensia boleh berkongsi simptom yang sangat serupa seperti memencilkan diri, semakin kurang berminat dalam hobi, tidak bercampur dengan masyarakat, dan ‘detachment’, kedua-dua keadaan ini mudah dikelirukan. Kemurungan yang teruk juga kadang-kala boleh menyebabkan sekumpulan simptom gangguan kognitif dikenali sebagai pseudodemensia, yang menyukarkan lagi untuk seseorang menyatakan perasaan mereka yang berkait dengan kemurungan.
Walaupun penyelidikan mengenai kaitan antara demensia dan kemurungan masih berkembang, banyak sumber mencadangkan bahawa mengalami simptom demensia di usia pertengahan atau lewat berkait dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat demensia.2 Bagaimanapun, orang yang mengalami kemurungan tidak semestinya mendapat demensia.
Beberapa perbezaan utama antara demensia dan kemurungan adalah:3
- Permulaan, tempoh, dan arah: Permulaan demensia adalah perlahan dan berbahaya, dengan kemerosotan yang progresif dan tidak dapat dipulihkan; episod kemurungan terdiri daripada perubahan perasaan yang boleh berlangsung dari dua minggu hingga bertahun, tetapi boleh dipulihkan.
- Perasaan: Perasaan murung boleh, tetapi tidak semestinya hadir dalam demensia awal; perasaan murung pasti terdapat pada seseorang yang mengalami kemurungan.
- Berfikir: Dengan demensia, seringkali terdapat kesukaran mencari perkataan dan berfikir secara abstrak, tetapi dalam kemurungan, daya berfikir biasanya utuh, meskipun isi pemikiran seringkali bertema ketidakberdayaan dan putus asa.
Demensia & Kecelaruan
Kecelaruan merujuk kepada perubahan mendadak dalam otak yang dicirikan oleh tahap kesedaran yang naik turun, gangguan psikomotor, gangguan daya ingatan, perubahan emosi, dan perubahan kognisi atau persepsi, yang berlaku selama beberapa jam atau berhari. Faktor risiko termasuk perkembangan penyakit fizikal, gangguan deria, pembedahan yang baru dijalani, dan penggunaan ubat-ubat atau bahan (sama ada preskripsi atau haram). Kecelaruan biasanya boleh dipulihkan.
Kecelaruan tidak semestinya terjadi bersama demensia, dan orang yang tidak ada demensia juga boleh mengalami kecelaruan. Tidak seperti kecelaruan, demensia berkembang secara perlahan dari tahun ke tahun, tidak mengganggu tahap kesedaran, kekal, dan mempunyai tanda-tanda dan simptom yang agak konsisten. Tingkah laku orang yang hidup dengan demensia juga agak konsisten dari hari ke hari.
Diadaptasikan daripada: Hospital Besar Changi 4 dan HealthXchange.sg5
Tell us how we can improve?
- SingHealth. (n.d.) Mild Cognitive Impairment (MCI): Signs and Symptoms. HealthXchange.sg. Retrieved on 5 March, 2021, from https://www.healthxchange.sg/seniors/ageing-concerns/mild-cognitive-impairment-signs-symptoms
- Barnes, D. E., Yaffe, K., Byers, A. L., McCormick, M., Schaefer, C., & Whitmer, R. A. (2012). Midlife vs late-life depressive symptoms and risk of dementia: Differential effects for Alzheimer disease and vascular dementia. Archives of general psychiatry, 69(5), 493-498.
- Victoria State Government. (n.d.). Differential diagnosis – depression, delirium and dementia. health.vic. Retrieved April 28, 2021, from https://www2.health.vic.gov.au/hospitals-and-health-services/patient-care/older-people/cognition/diff-diagnosis
- Changi General Hospital. (2019, January 10). Delirium: Symptoms and Management. HealthHub. https://www.healthhub.sg/a-z/diseases-and-conditions/627/delirium
- Lim, S. C. (n.d.). Dementia and Delirium: Know the Difference. HealthXchange.sg. Retrieved on 24 March, 2021, from https://www.healthxchange.sg/head-neck/brain-nervous-system/dementia-delirium-difference