Playback speed:
Demensia permulaan muda merujuk kepada sebarang jenis demensia yang berkembang dalam kalangan individu yang berusia di bawah 65 tahun. Simptom-simptom demensia mungkin muncul dengan cara yang berbeza berbanding dengan demensia pada orang dewasa yang lebih tua.
Sumber: CNA
Ia adalah mitos bahawa demensia hanya menjejas orang dewasa yang lebih tua. Lebih 50 juta orang di seluruh dunia hidup dengan demensia pada tahun 2020, dan angka ini dijangka meningkat kepada 82 juta pada tahun 2030 dan 152 juta pada tahun 2050.1 Kira-kira 5% hingga 6% daripada jumlah ini adalah demensia permulaan muda, yang berjumlahnya sekitar 3.9 juta orang yang hidup dengan demensia permulaan muda pada 2021.2
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan rakyat Singapura yang lebih muda didiagnosis mengalami demensia meningkat pada kadar yang membimbangkan. Lebih daripada 100 individu didiagnosis mengalami demensia permulaan muda di Institut Neurosains Nasional setiap tahun.3 Sekarang, dianggarkan kira-kira 3,700 orang di Singapura sedang hidup dengan keadaan ini.4
Pelbagai simptom dalam Demensia Permulaan Muda
Bukan sahaja simptomnya muncul dengan cara yang berbeza pada golongan orang yang lebih muda, keadaan ini juga memberi impak yang lebih besar terhadap kehidupan seseorang yang lebih muda, keluarga terdekat dan masyarakat berbanding dengan orang dewasa yang lebih tua yang hidup dengan demensia.2,5
Simptom-simptom termasuk:2,5
• Orang yang hidup dengan demensia permulaan muda lebih berkemungkinan mengalami masalah dengan kemahiran motor mereka, termasuk pergerakan dan koordinasi.
• Demensia yang menjejas bahagian otak frontotemporal lebih lazim berlaku di kalangan orang yang lebih muda dan ia menjejas fungsi perancangan dan eksekutif.
Kesan Demensia terhadap Golongan Muda
Berbanding dengan orang dewasa yang lebih tua, orang lebih muda berada di peringkat kehidupan yang berbeza. Ini membuat pengalaman mereka dengan demensia berbeza secara unik daripada orang yang lebih tua. Beberapa situasi ini mungkin termasuk:2,5
• Individu yang lebih muda lebih cenderung untuk berada dalam pekerjaan dan mungkin berada pada tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya mereka dengan lebih banyak tanggungjawab, apabila demensia bermula. Simptom demensia mereka mungkin menjadi ketara di tempat kerja, menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan. Ini boleh mengakibatkan kehilangan kesejahteraan kewangan bagi keluarga mereka.
• Orang yang lebih muda juga berkemungkinan adalah seorang ibu bapa dengan anak-anak yang masih kecil. Oleh itu, mereka akan menghadapi lebih banyak cabaran dan kehilangan tanggungjawab sebagai ibu bapa kerana mereka mungkin secara beransur-ansur tidak mampu untuk menjaga anak-anak mereka yang masih kecil.
Pada masa yang sama, kebanyakan perkhidmatan dan program penjagaan demensia yang sedia ada di Singapura direka untuk golongan orang dewasa yang lebih tua dan mungkin tidak sesuai untuk orang lebih muda, memandangkan perbezaan dalam pengalaman mereka. Perkhidmatan dan program yang berkesan dan bersesuaian dengan usia untuk golongan individu ini adalah amat terhad.
Namun, pengenalan Dementia Social Club pada 1 November 2021 merupakan satu langkah penting ke hadapan..
Dementia Social Club adalah model penjagaan baharu yang memberi kuasa kepada penjaga, orang yang hidup dengan demensia, termasuk mereka yang hidup dengan demensia permulaan muda, untuk memberi sumbangan kepada Kelab dan masyarakat secara keseluruhan.
Kelab ini menyediakan pendekatan keluarga untuk penjaga mengambil bahagian dalam aktiviti yang bermakna dan bertujuan bersama orang tersayang mereka. Ia adalah tempat pertemuan sosial untuk menerima latihan kemahiran dan sokongan antara rakan sebaya. Sebagai sebahagian daripada Kelab, penjaga boleh membina rangkaian sokongan, di mana mereka boleh membangunkan kemahiran penjagaan diri, membina hubungan sokongan dengan penjaga lain, dan juga menganjurkan atau mengetuai aktiviti dan acara.
Untuk maklumat lanjut tentang cara mendaftar untuk program ini, klik di sini.
Kisah George
Ketika George mendapat tahu bahawa dia mengalami demensia, dia baru berusia 46 tahun. Sebagai seorang bekas guru kimia, pengarang yang telah terbitkan buku teks kimia, dan pelari aktif yang sentiasa menjaga kesihatan, ia adalah satu kejutan pada beliau, isteri dan tiga orang anak mereka.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami simptom demensia, dapatkan nasihat doktor keluarga atau doktor poliklinik yang boleh membimbing anda menjalani proses ujian dan diagnosis.
Tell us how we can improve?
Baca Seterusnya
- Dementia statistics. (n.d.). Alzheimer’s Disease International. Retrieved 24 March, 2021, from https://www.alzint.org/about/dementia-facts-figures/dementia-statistics/
- Hendriks, S., Peetoom, K., Bakker, C., van der Flier, W. M., Papma, J. M., Koopmans, R., Verhey, F., de Vugt, M., Köhler, S., Young-Onset Dementia Epidemiology Study Group, Withall, A., Parlevliet, J. L., Uysal-Bozkir, Ö., Gibson, R. C., Neita, S. M., Nielsen, T. R., Salem, L. C., Nyberg, J., Lopes, M. A., Dominguez, J. C., … Ruano, L. (2021). Global prevalence of young-onset dementia: A Systematic Review and Meta-analysis. JAMA Neurology, 78(9), 1080–1090. https://doi.org/10.1001/jamaneurol.2021.2161
- Chiew, H. J. (2021, July 5). Young-onset dementia: Improving outcomes with early recognition at primary care. SingHealth. https://www.singhealth.com.sg/news/defining-med/Young-Onset-Dementia
- Channel News Asia. (2024, September 4). Survey reveals half of Singaporeans resist young-onset dementia testing, even with symptoms. Channel News Asia. https://www.channelnewsasia.com/singapore/dementia-young-onset-below-65-survey-screening-test-4585526
- Alzheimer Society of Calgary. (n.d.). Young-onset dementia. Retrieved 5 March, 2020, from https://www.alzheimercalgary.ca/learn/types-of-dementia/young-onset-dementia
- Siew, W. J. W. (2021). Support programmes for people with young-onset dementia. Lee Kuan Yew Centre for Innovative Cities. https://lkycic.sutd.edu.sg/wp-content/uploads/2022/07/LKYCIC-LLMAU-Webpost-Oct-2021-Support-Programmes-for-PYOD-Final.pdf